AMARAN : Laman ini untuk membincangkan tentang ISLAM dengan merujuk kepada al-Qur'an berbanding dengan kitab tulisan tangan manusia. Bagi anda yang sensitif, sila kembali ke laman sebelumnya.
Bacaan
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian A.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian B.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian C.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian D.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian E.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian F.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian G.
Halaman Utama
link
13: TABIR CAHAYA DAN KEGELAPAN
Allah
berfirman:
“Sesiapa yang buta di dunia buta juga di akhirat”. (Surah Bani Israil, ayat
72).
Bukan
buta mata yang di kepala tetapi buta mata yang di hati yang menghalang
seseorang daripada melihat cahaya hari akhirat. Firman Allah:
“Bukan matanya yang buta tetapi hatinya yang di dalam dada”. (Surah Hajj, ayat
46).
Ayat itu adalah:
22:46. Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi, supaya mereka ada hati
untuk memahami dengannya, atau telinga untuk mendengar dengannya? Ia bukanlah
mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.
Sebenarnya mereka ada mata, telinga dan hati yang sihat tetapi menafikan
ayat-ayat Allah.
2:171. Persamaan orang-orang yang tidak percaya seperti persamaan orang
yang meneriak kepada apa yang tidak mendengar, kecuali satu panggilan dan
seruan; pekak, bisu, buta - mereka tidak faham.
6:39. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami adalah pekak dan
bisu, dalam kegelapan. Sesiapa yang Allah menghendaki, Dia menyesatkan, dan
sesiapa yang Dia menghendaki, Dia meletakkannya di atas jalan lurus.
8:22. Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah
orang-orang yang pekak, dan bisu, dan tidak memahami.
17:97. Sesiapa yang Allah memberi petunjuk, dia mendapat petunjuk yang
benar; dan sesiapa yang Dia menyesatkan, kamu tidak akan mendapati bagi mereka
wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Dia. Dan Kami akan
mengumpulkan mereka pada Hari Kiamat di atas muka-muka mereka; buta, dan pekak,
dan bisu; tempat menginap mereka ialah Jahanam, dan setiap kali ia pudar, Kami
menambahkan bagi mereka yang Menyala.
25:73. Yang, apabila mereka diberi peringatan dengan ayat-ayat Pemelihara
mereka, tidak jatuh padanya, pekak dan buta,
47:23. Mereka itulah orang-orang yang Allah melaknatkan, lalu menjadikan
mereka pekak, dan membutakan mata mereka.
Tidak ada rahsia tersembunyi. Sesungguhnya, Allah telah memberitahu
kepada semua lapisan manusia, siapakah yang sebenarnya pekak, buta dan bisu,
dan merekalah seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah !.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Dia
Maha Besar, segala puji untuk-Nya. Dia Maha Pengampun. Dia menjadi nyata dalam
apa yang Dia sembunyikan daripada kamu. Dia menyatakan Diri-Nya sebagaimana Dia
melabuhkan tirai di antara Dia dengan kamu. Pengenalan tentang Diri-Nya
tersembunyi di dalam ketidakupayaan mengenali-Nya.
Itu adalah kata-kata arif sang sufi.
Jika
ada di antara kamu yang sampai kepada cahaya yang diterangkan dalam buku ini
ketika kamu masih lagi berada di dalam dunia, buatlah muhasabah (hisab)
terhadap diri kamu, buku catatan kamu tentang amalan kamu.
Adakah buku karya ini lebih lengkap dari “kitab Allah yang terakhir”.
Kamu
akan membaca buku catatan kamu di hadapan Tuhan kamu pada hari pembalasan. Itu
adalah muktamad. Kamu tidak ada peluang mengimbanginya di sana.
Jika
kamu lakukan di sini ketika kamu masih ada masa, kamu akan termasuk ke dalam
golongan yang diselamatkan. Jika tidak azab dan seksa menjadi bahagian kamu di
akhirat.
Benar.
Selagi ada masa, selagi otak masih berfungsi, selagi jantung masih berdenyut, selagi pancaindera masih boleh diharapkan, buatlah satu keputusan betul bila tiba di dua persimpangan utama.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Hidup
ini akan berakhir. Di sana ada azab di dalam kubur, ada hari pembalasan, ada
neraka yang menimbang sehingga kepada dosa yang paling kecil dan kebaikan yang
paling kecil. Kemudian ada jambatan yang lebih halus daripada rambut dan lebih
tajam daripada mata pedang, penghujungnya ialah taman, sementara di bawahnya
ialah neraka yang penuh dengan kecelakaan, penderitaan, semuanya adalah berkekalan
apabila kehidupan yang singkat ini berakhir.
Allah mungkin terlupa untuk memberitahu yang ada jambatan yang lebih
halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang, penghujungnya ialah
taman, sementara di bawahnya ialah neraka yang penuh dengan kecelakaan,
penderitaan, semuanya adalah berkekalan apabila kehidupan yang singkat ini
berakhir.
Sila lihat www.angelfire.com/trek/bab
untuk keterangan lanjut. Terutamanya bab 9.
14: KEBAHAGIAAN KERANA BERAMAL SALIH
DAN KESENGSARAAN KERANA INGKAR
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata :
Kamu
patut tahu bahawa manusia akan termasuk kepada salah satu daripada dua
golongan, golongan pertama ialah yang berada dalam kedamaian, keimanan, bahagia
dalam melakukan ketaatan kepada Allah, sementara golongan kedua berada dalam
keadaan tidak selamat, keraguan dan kerisauan dalam keingkaran terhadap
peraturan Tuhan.
Tidak Benar.
Ada golongan ketiga. Mereka yang duduk di al-A’raf.
7:8. Penimbangan pada hari itu adalah benar; orang yang timbangannya
berat, merekalah orang-orang yang beruntung.
7:9. Dan orang yang timbangannya ringan, mereka merugikan jiwa mereka
sendiri kerana menzalimkan ayat-ayat Kami.
7:46. Dan antara
keduanya ada tabir, dan di atas Benteng adalah lelaki-lelaki yang mengenali
masing-masing dengan tanda mereka yang memanggil orang-orang Taman,
"Salamun alaikum!" Mereka belum memasukinya, dan mereka sangat
menginginkannya.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Orang
yang kejahatannya lebih berat daripada kebaikannya akan dihukum menurut kadar
kejahatannya. Kemudian dia dikeluarkan daripada neraka, jika dia beriman, dan
akan masuk syurga.
Kalau mengikut pendapat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, manusia masih ada
peluang untuk beriman dalam nereka. Ini sesuatu yang mengelikan hati. Perhatikan
kata-kata beliau “Kemudian dia dikeluarkan daripada neraka, jika dia beriman”.
Didalam dunia yang dipenuhi dengan masa pun manusia memilih untuk “pekak,
buta dan bisu”, inikan pula masa tengah dipanggang dan diazab dalam nereka.
Entahlah, belum lagi dijumpai kitab RM 3.50 menerangkan rahsia cara-cara
beriman dalam nereka.
Manusia telah tertipu dengan pahaman masuk neraka hanyalah sekejap. Lepas
diazab, dia akan dipelawa pula untuk memasuki syurga.
Bilamana, seseorang masuk syurga atau nereka mereka akan tinggal terus
didalamnya.
Mahukah jadi seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang berkata yang mereka
juga akan masuk neraka, tetapi hanyalah untuk beberapa hari sahaja.
2:80. Dan mereka berkata, "Api tidak akan menyentuh kami kecuali
beberapa hari yang terhitung." Katakanlah, "Sudahkah kamu mengambil
satu perjanjian sehingga Allah tidak akan memungkiri perjanjian-Nya, atau kamu
mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu tahu?"
3:24. Itu adalah kerana mereka mengatakan, "Api tidak akan menyentuh
kami kecuali untuk beberapa hari yang terhitung." Apa yang mereka
mengada-adakan menipu mereka dalam agama mereka.
Sila lihat apa firman Allah dalam kitab terakhirnya.
4:169. Kecuali jalan ke Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya dan
selamanya, dan itu bagi Allah adalah mudah.
9:63. Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa menentang Allah dan
rasul-Nya, maka baginya api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya? Itulah
kerendahan yang besar.
9:68. Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang
munafik perempuan, dan orang-orang yang tidak percaya, dengan api Jahanam, di
dalamnya tinggal selama-lamanya. Cukuplah itu bagi mereka; Allah melaknatkan
mereka, dan bagi mereka, azab yang kekal.
16:29. Maka masuklah pintu-pintu Jahanam, di dalamnya tinggal
selama-lamanya." Buruknya tempat tinggal orang-orang yang sombong!
43:74. Tetapi orang-orang yang berdosa akan tinggal selama-lamanya di
dalam azab Jahanam,
72:23. Melainkan satu Penyampaian daripada Allah, dan Mesej-Mesej-Nya. Dan sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya, baginya api Jahanam; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya, dan selamanya."
98:6. Orang-orang yang tidak percaya daripada ahli Kitab, dan orang-orang
yang menyekutukan berada di dalam api Jahanam, di dalamnya tinggal
selama-lamanya; mereka itulah seburuk-buruk makhluk.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Contoh
yang baik diberikan kepada kita adalah perbandingan di antara Adam a.s dengan
iblis yang dilaknat. Iblis meletakkan kesalahan kepada takdir, yang menyebabkan
dia menjadi derhaka, maka dia menjadi kafir dan dibuang jauh daripada keampunan
dan kehampiran Tuhan. Adam a.s mengakui kesilapannya dan memohon keampunan,
menerima keampunan dari Allah dan diselamatkan.
Satu pembetulan. Iblis tidak meletakkan kesalahan kepada takdir.
15:39. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, oleh kerana Engkau telah
membuat aku bersalah, aku akan menampakkan semuanya indah bagi mereka di bumi,
dan aku akan membuat mereka bersalah, kesemuanya,
15:40. Kecuali hamba-hamba Engkau, antara mereka, yang tulus."
Itu janji Iblis. Untuk menampakkan semuanya indah bagi mereka di bumi,
dan iblis akan membuat mereka bersalah - kesemuanya !.
Apakah pula salah si-Iblis.
2:34. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu
kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong,
dan ia menjadi antara orang-orang yang tidak percaya (kafir).
2:35. Dan Kami berkata, "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu
di Taman (Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu
menghendaki, tetapi jangan mendekati pokok ini, supaya kamu tidak menjadi
orang-orang yang zalim."
2:36. Kemudian syaitan menggelincirkan mereka daripadanya, dan
mengeluarkan mereka dari dalam apa yang mereka berada, dan Kami berkata,
"Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain,
dan di bumi sebuah tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk suatu
waktu."
2:37. Lalu Adam menerima kata-kata tertentu daripada Pemeliharanya, dan
Dia menerima taubatnya; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang
Pengasih.
2:38. Kami berkata, "Turunlah kamu keluar darinya, kesemuanya. Jika
datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, dan sesiapa yang mengikuti
petunjuk-Ku, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
Iblis enggan sujud kepada Adam kerana ia sombong, lalu ia menjadi kafir.
Iblis ego.
15:33. Berkata, "Aku tidak akan sujud kepada makhluk yang Engkau
cipta daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk."
Mesej penting yang ada pada kesudahan peristiwa ini adalah:
2:38. Kami berkata, "Turunlah kamu keluar darinya, kesemuanya. Jika
datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, dan sesiapa yang mengikuti
petunjuk-Ku, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
Oleh kerana Iblis akan gagal untuk menyesatkan orang yang ikhlas
dijalanNya (15:40), maka beruntunglah sesiapa sahaja yang tulus dan ikhlas bila
telah datang petunjukNya kepada orang tersebut ?.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Ada
kisah orang arif berdoa kepada Tuhannya, “Wahai Yang Maha Suci, semua telah
diatur oleh Engkau. Takdirku adalah kepunyaan-Mu. Ilmu yang Engkau letakkan
padaku adalah milik-Mu”.
Ketika
itu dia mendengar jawapan tanpa suara tanpa sepatah perkataan, keluar dari
dalam dirinya mengatakan, “Wahai hamba-Ku. Segala yang engkau katakan adalah
kepunyaan Yang Maha Esa dan dalam keesaan. Ia bukan milik hamba-hamba”.
Hamba
yang beriman itu berkata, “Wahai Tuhanku, aku telah menzalimi diriku, aku
bersalah, aku berdosa”.
Selepas
pengakuan itu sekali lagi dia mendengar dari dalam dirinya, “Dan Aku mempunyai
keampunan terhadap dirimu. Aku telah hapuskan kesalahan-kesalahan kamu, Aku
telah ampun kamu”.
Melebihi daripada hikayat seribu satu malam.
Siapakah orang arif itu ?. Akal yang sihat akan bertanya, dari mana
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani tahu, sedangkan dialog tersebut berlaku secara
rahsia diantara “orang arif itu” dengan “Tuhan” dia ?.
Bagaimanakah pula dialog (tanya-jawap-tanya-jawap) yang panjang berjela
itu dapat berlaku tanpa suara dan tanpa sepatah pun perkataan ?.
Siapa yang menjawap dengan wahyu indah itu ?. Allah ?. Malaikat ?. Suara
Batin orang itu sendiri ?. Adakah kemungkinan ia adalah bisikan syaitan ?.
Iblis ?. Jin ?.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Bila
Nabi s.a.w bersabda, “Telah diketahui bila seseorang itu berada di dalam
kandungan ibunya samada dia akan menjadi baik atau pendosa” baginda maksudkan
‘dalam kandungan ibu’ itu adalah empat anasir yang melahirkan semua kekuatan
atau tenaga dan kebolehan lahiriah.
2:78. Dan antara mereka yang ummiy (yang tidak diberi Kitab), tidak
mengetahui al-Kitab melainkan hanya dengan khayalan, dan semata-mata sangkaan.
Tidak benar. Nabi Muhammad tidak berkata-kata mengikut hawa nafsu
baginda. Sila lihat 53:3. Itu satu kepalsuan. Yang benar ialah:
6:50. Katakanlah, "Aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku mempunyai
perbendaharaan Allah'. Aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak
mengatakan kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan
kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang
melihat sama? Tidakkah kamu memikirkan?"
Nabi Muhammad sendiri berkata yang baginda tidak tahu yang ghaib, Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani, pula berkata Nabi Muhammad berkata yang baginda tahu
yang ghaib.
Siapakah lebih patut dipercayai saudara Qadir al-Jilani atau Nabi Muhammad?.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani bersambung:
Dua
daripada anasir tersebut adalah tanah dan air yang bertanggungjawab kepada
pertumbuhan keyakinan dan pengetahuan, melahirkan kehidupan dan lahir dalam
hati sebagai tawaduk (kerendahan diri). Dua anasir lain ialah api dan angin
yang bertentangan dengan tanah dan air - membakar, membinasa, membunuh.
Tanah, air, api dan angin ujud dalam diri manusia ?. Konsep ini ada dalam agama lain.
Kudrat
Tuhan yang menyatukan anasir-anasir yang berlawanan dan berbeza menjadi satu.
Bagaimana air dan api boleh wujud bersama? Bagaimana cahaya dan kegelapan boleh
terkandung di dalam awan?.
“Dia
yang mengunjukkan kepada kamu kilat untuk menakutkankan dan kerana harapan, dan
Dia jadikan mega yang berat. Dan petir itu beribadat dengan memuji Tuhannya,
dan malaikat juga, lantaran takut kepada-Nya, dan Dia kirim halilintar dan Dia
kenakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki…”.(Surah ar-Ra’d, ayat 12 &
13).
Sila lihat keseluruhan ayat ini:
13:12. Dia yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk ketakutan dan
harapan, dan menumbuhkan awan yang berat.
13:13. Guruh melafaz sanjungan-Nya, dan para malaikat, dalam ketakutan
kepada-Nya. Dia mengutuskan halilintar, dan menimpa dengannya sesiapa yang Dia
mengkehendaki; namun begitu, mereka berbantah-bantah mengenai Allah; Dia yang
kuat dalam kuasa.
13:14. Bagi Dia seruan yang benar; dan orang-orang yang mereka seru,
selain daripada Dia, tidak menyahuti mereka sedikit pun, tetapi ia seperti
orang yang menjulurkan tangan-tangannya ke air supaya sampai ke mulutnya, dan
tidaklah ia sampai kepadanya. Doa orang-orang yang tidak percaya hanyalah dalam
kesesatan.
Ini bukan tentang “Kudrat Tuhan” untuk menyatukan anasir-anasir yang
berlawanan menjadi satu seperti air dan api, cahaya dan kegelapan.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani terus berkata:
Allah
menciptakan iblis dan keturunannya dengan sifat kekerasan-Nya. Dia ciptakan
malaikat dengan sifat kemurahan-Nya. Nilai-nilai kesucian dan kebaktian yang
berterusan terkandung dalam kejadian malaikat, sementara iblis dan keturunannya
yang diciptakan dengan sifat kekerasan-Nya, mempunyai nilai kejahatan, kerana
itu iblis menjadi takabur, dan bila Allah perintahkan sujud kepada Adam dia
ingkar.
Malu kepada Allah untuk diulas.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, lagi:
Wali-wali
pula tidak terjamin dipelihara daripada dosa tetapi adalah dikatakan wali-wali
itu hampir dengan Tuhan, mencapai makam kesempurnaan, mereka masuk ke bawah
perlindungan Tuhan daripada dosa-dosa besar.
Seronoknya mendapat taraf wali dalam Agama Sufi.
Syaqiq
al-Baqi berkata, “Terdapat lima tanda kebenaran: perangai yang lemah lembut dan
lembut hati, menangis kerana menyesal, mengasingkan diri dan tidak peduli
tentang dunia, tidak bercita-cita tinggi, dan memiliki rasa hati (gerak hati
atau intuisi).
Tanda-tanda
pendosa juga lima; keras hati, mempunyai mata yang tidak pernah menangis,
mencintai dunia dan kesenangannya, bercita-cita tinggi, tidak bermalu dan tidak
ada rasa atau gerak hati”.
Demikianlah rujukan saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, melalui saudara Syaqiq al-Baqi dalam Agama Sufi yang mempunyai 5 sifat positif dan 5 sifat negetif.
Berkata
Allah memerintahkan rasul-Nya:
“Barangsiapa memaafkan dan membereskan
maka ganjarannya (adalah) atas (tanggungan) Allah”. (Surah Syura, ayat 40).
42:40. Dan balasan ke atas kejahatan ialah kejahatan yang serupa
dengannya; tetapi sesiapa memaafkan, dan membetulkan, maka upahnya adalah atas
Allah; sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.
15: DARWIS (SUFI)
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Yang
lain memanggil mereka sufi kerana mereka hampir dengan Allah dan akan berdiri
di barisan pertama di hadapan Allah pada hari kiamat.
Adakah ini cuma
andaian ?.
2:78. Dan antara mereka yang ummiy (yang tidak diberi Kitab), tidak
mengetahui al-Kitab melainkan hanya dengan khayalan, dan semata-mata sangkaan.
Jika benar mereka
hampir dengan Allah dan akan berdiri di barisan pertama di hadapan Allah pada
hari kiamat, kemukakan bukti.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani terus berkata:
Terdapat empat alam, empat dunia.
Pertama ialah alam atau dunia jirim - tanah, air, api dan angin merupakan jirim
dalam alam ini. Kedua ialah alam makhluk rohani - malaikat, jin, mimpi dan
kematian, ganjaran Allah - lapan syurga dan keadilan Allah - tujuh neraka.
Ketiga ialah alam huruf, nama-nama indah bagi sifat-sifat Allah, dan Loh
Tersembunyi (Loh Mahfuz) yang menjadi sumber kepada perintah-perintah Allah.
Keempat ialah alam Zat Allah Yang Maha Suci, alam yang tidak boleh digambarkan
atau dihuraikan kerana pada alam ini atau tahap ini tidak ada perkataan,
nama-nama, sifat-sifat atau persamaan. Tiada siapa kecuali Allah mengetahuinya.
Dalam bab terdahulu, masih ingatkah lagi yang Syeikh Abdul Qadir
al-Jilani, berkata ada sembilan buah syurga ?. Sekarang beliau berkata lapan
buah syurga pula, entah mana hilangnya sebuah lagi ?. Kenapa ada percanggahan
?.
6:116. Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan
menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan,
semata-mata dugaan.
Terdapat
pula empat jenis ilmu. Pertama ilmu tentang peraturan-peraturan Allah, dan
berhubung dengan aspek lahir kehidupan dunia ini. Kedua ialah ilmu kerohanian,
pengetahuan batin tentang sebab dan akibat. Ketiga ialah ilmu tentang jiwa,
roh, mengenal diri dan melaluinya pengetahuan tentang ketuhanan diperolehi.
Akhirnya ilmu tentang kebenaran atau hakikat.
Roh
juga ada empat jenis, roh kebendaan, roh yang arif, roh yang memerintah (roh
sultan) dan roh kudus (roh suci).
Yang
zahir, kenyataan bagi Pencipta, juga ada empat jenis. Pertama ialah kenyataan
di dalam rupa, bentuk, warna, seumpama gubahan-Nya. Kedua ialah kenyataan perbuatan
dan tindak balas dalam perkara yang berlaku. Ketiga ialah kenyataan dalam
sifat-sifat, bakat-bakat, perangai-perangai sesuatu. Akhirnya kenyataan bagi
zat-Nya.
Akal
atau daya menimbang juga ada empat jenis: akal yang menguruskan soal-soal
kehidupan duniawi, akal yang menimbang dan memikirkan soal-soal akhirat, akal
bagi roh yang bertugas dalam bidang makrifat dan akhirnya akal yang meliputi.
Perkara
yang dibincangkan juga ada empat jenis. Empat jenis ilmu, empat jenis roh,
empat jenis penzahiran (kenyataan) dan empat jenis akal. Ada orang yang berada
pada tahap pertama ilmu, roh, kenyataan dan akal. Mereka adalah penghuni syurga
pertama yang dipanggil syurga yang menjadi tempat kembali yang mensejahterakan,
iaitu syurga keduniaan. Mereka yang berada pada tahap kedua ilmu, roh,
kenyataan dan akal tergolong ke dalam syurga yang lebih tinggi, taman kesukaan
dan kesenangan kurniaan Allah kepada makhluk-Nya, syurga di dalam alam
malaikat.. Sebahagian manusia yang mencapai tahap ketiga ilmu, roh, kenyataan
dan akal (makrifat) berada di dalam syurga peringkat ketiga, syurga
langit-langit, syurga nama-nama dan sifat-sifat Ilahi dalam alam keesaan.
Namun,
mereka yang mencari dan terikat dengan ganjaran Allah, walaupun syurga, tidak
dapat melihat hakikat sebenar dalam diri mereka dan dalam benda-benda di
sekeliling mereka.
Kali ini khutbah Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, panjang berjela.
49:16. Katakanlah, "Apa, adakah kamu akan mengajar Allah mengenai
agama kamu, padahal Allah mengetahui apa yang di langit, dan apa yang di bumi?
Dan Allah mengetahui segala sesuatu."
10:66. Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah segala yang ada di langit
dan di bumi; mereka mengikuti, yang menyeru sekutu-sekutu selain daripada Allah
- mereka tidak mengikuti apa-apa, kecuali sangkaan, semata-mata dugaan.
Ajaran Maha Suci telah berjaya disimpulkan, dibelitkan, diikat,
dikerosotkan dan dikeranyukan menjadi sesuatu ajaran yang pelik dan susah
difahami walaupun pada dasarnya Islam dikenal pasti sebagai satu agama yang
mudah dan sesuai dalam semua zaman.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkarya:
Mereka
yang arif, yang mencari hakikat, mereka yang mencapai suasana sebenar sufi,
suasana keinginan menyeluruh - tidak inginkan sesuatu apa pun kecuali Allah,
berhajat kepada Allah sahaja - meninggalkan segala-galanya dan tidak mencari
apa-apa kecuali yang hak.
Jika sesiapa ingin mencari Allah, dengan sebenar-benar mencari, dengan hati dan jiwa yang tulus lagi ikhlas, orang tersebut, harus kembali beriman dengan sebenar-benar iman, tanpa mencampuradukkan antara yang haq dan bathil dan tidak menimbulkan rasa kasih, simpati atau sayang, walaupun sebintik pun, secara fizikal mahupun secara nawaitu untuk menyamakan sekutu-sekutu Allah dengan Allah.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata:
Ini
sesuai dengan perintah Allah, "Carilah keselamatan dengan Allah" dan
ikut nasihat Nabi s.a.w, "Kedua-dua dunia dan akhirat terlarang bagi orang
yang mencintai Allah".
Tidak berlandaskan kitab dari Allah - sila kemukakan bukti sebagai hujah.
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:
Allah
berfirman melalui Rasul-Nya, "Kecintaan-Ku, Wujud-Ku, adalah kecintaan
mereka kepada-Ku". Nabi s.a.w bersabda, "Keadaanku yang sangat
berhajat, kemiskinanku, adalah kemegahanku".
Tidak berlandaskan kitab dari Allah - sila kemukakan bukti sebagai hujah.
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:
Kemudian
hati menjadi bernilai atau layak untuk menerima janji Allah, "Aku tidak
dapat ditanggung oleh langit dan bumi tetapi layak ditanggung oleh hati
hamba-hamba-Ku yang beriman".
Tidak berlandaskan kitab dari Allah - sila kemukakan bukti sebagai hujah.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata:
Bayazid
Bustami menggambarkan keluasan hatinya dengan katanya, "Jika segala yang
maujud di dalam dan di sekeliling arasy, keluasan semua ciptaan Allah,
diletakkan di penjuru hati manusia sempurna dia tidak akan merasai
beratnya".
Itu yang digambarkan oleh saudara Bayazid Bustami dalam kitab karangan
beliau untuk menggambarkan keluasan hatinya. Isi pati kitab tersebut diambil
kembali oleh saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani tanpa usul periksa.
Jika sebuah al-Qur’an diturun ke gunung, pasti gunung akan hancur,
(59:21), inikan pula untuk meletakan dipenjuru hati manusia sempurna arasy dan
keluasan semua ciptaan Allah dia tidak akan merasai beratnya ?.
Dalam arasy Allah ada Allah, langit, bumi, apa yang ada diantara langit
dan bumi, matahari, bintang-bintang, bulan dan para malaikat.
7:54. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang mencipta langit dan
bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, menutup siang dengan
malam yang mengikutinya dengan cepat; dan matahari, dan bulan, dan
bintang-bintang ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya, bagi-Nya ciptaan
dan perintah. Berkatnya Allah, Pemelihara semua alam!
10:3. Sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Allah yang mencipta langit dan
bumi dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy, mengarah segala urusan.
Tidak ada pengantara, kecuali setelah izin-Nya. Itulah Allah, Pemelihara kamu,
maka sembahlah Dia. Tidakkah kamu mengingati?
11:7. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di
atas air, kerana Dia hendak menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik
dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, "Sesungguhnya kamu akan
dibangkitkan setelah kematian kamu", orang-orang yang tidak percaya
berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."
13:2. Allah ialah Dia yang menaikkan langit tanpa tiang yang kamu dapat
melihat, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia menundukkan matahari dan bulan,
masing-masing berlayar hingga satu tempoh yang dinyatakan. Dia mengarah urusan;
Dia menjelaskan ayat-ayat supaya kamu yakin akan pertemuan dengan Pemelihara
kamu.
25:59. Yang mencipta langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya,
dalam enam hari, kemudian duduk di atas Arasy, Yang Pemurah; maka tanyalah yang
maklum mengenainya!
39:75. Dan kamu akan melihat para malaikat mengelilingi Arasy, dengan
melafaz sanjungan Pemelihara mereka; dan dengan adil perkara diputuskan antara
mereka; dan dikatakan, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua
alam."
57:4. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia
duduk di atas Arasy. Dia mengetahui apa yang menembusi ke dalam bumi, dan apa
yang keluar darinya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya.
Dia berserta kamu di mana sahaja kamu berada; dan Allah melihat apa yang kamu
buat.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Dengan
berkata nama Allah - HU - nama itu tiada yang lain kecuali yang hak dapat
menceritakannya, mereka sampai kepada peringkat dipersucikan daripada segala
sifat-sifat keji dan perbuatan jahat dan menemui suasana tenang dan aman,
kemudian cahaya hijau keluar daripada mereka.
Allah Hu Ahad, bermaksud Dia Allah, Satu. “Dia” disini dirujuk kepada Allah.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkarya lagi:
Inilah
gambaran orang-orang sufi daripada peringkat permulaan mereka di dalam
perjalanan sampailah kepada peringkat pertengahan. Tetapi seseorang yang sampai
kepada perbatasan peringkat ini tidak mempunyai bentuk atau warna. Dia menjadi
seolah-olah sinaran cahaya matahari. Cahaya matahari tidak berwarna. Sufi yang
sampai kepada makam yang paling tinggi tidak mempunyai kewujudan untuk
membalikkan cahaya atau warna. Jika ada, warnanya ialah hitam, yang menyerap
semua warna. Inilah tanda keadaan fana.
Orang
ramai yang melihat kepadanya, keadaan yang tiada warna ini, kelihatan gelap,
menjadi tabir menutupi cahaya makrifat yang dia miliki, seperti malam menutupi
sinaran matahari. Allah berfirman:
"Dan Kami jadikan malam itu (sebagai) pakaian. Dan Kami jadikan siang itu
tempat penghidupan". (Surah Nabaa, ayat 10 & 11).
Ia tidak ada kena mengena dengan orang yang berfahaman sufism yang boleh
bertukar atau menyerap warna, seperti binatang yang dipanggil sesumpah !.
78:1. Mengenai apakah mereka saling bertanya?
78:2. Mengenai berita besar,
78:3. Yang mengenainya mereka berselisih.
78:4. Tidak sekali-kali! Kelak mereka akan mengetahui!
78:5. Kemudian, tidak sekali-kali! Kelak mereka akan mengetahui!
78:6. Tidakkah Kami membuatkan bumi sebagai satu buaian,
78:7. Dan gunung-gunung sebagai pasak?
78:8. Dan Kami mencipta kamu berpasangan,
78:9. Dan Kami membuatkan tidur kamu untuk satu kerehatan,
78:10. Dan Kami membuatkan malam untuk satu pakaian,
78:11. Dan Kami membuatkan siang untuk satu penghidupan (mata pencarian).
Manusia, berselisih dengan berita besar, tetapi akhirnya manusia akan
mengetahui juga tentang berita tersebut. Allah telah menciptakan, bumi ini
sebagai satu buaian, dan gunung-gunung sebagai pasak, kemudian Allah ciptakan
makluknya berpasangan.
Malam pula hanya satu pakaian, kerehatan, setelah penat bekerja pada
waktu siang untuk mencari penghidupan (mata pencarian). Itu saja.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Di
dalam kenyataan, hitam adalah pakaian paling sesuai bagi mereka yang berkabung
kerana kehilangan kemanusiaan dan kewujudan diri mereka.
Oleh kerana terlanjur cakap, warna hitam, memanglah warna berkabung.
Kaum cina yang kerabat/sahabat mereka meninggal dunia juga berkabung
dengan warna hitam, Yahudi dan Kristian juga berkabung dengan warna yang sama,
adakah ahli sufi juga berkehendak pada warna yang sama ?.
Diakhirat kelak, 3:106, ada muka hitam dan putih. Pada ayat 39:60,
orang-orang yang berdusta terhadap Allah, muka-muka mereka menjadi hitam, dan
dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang yang sombong.
56:41. Dan Orang-Orang Kiri. Siapakah Orang-Orang Kiri?
56:42. Di tengah angin yang membakar, dan air yang mendidih,
56:43. Dan bayang asap hitam,
Demikianlah perkabungan dengan warna hitam.
16: PENYUCIAN DIRI
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani lagi:
Menurut
hukum dan peraturan agama, seseorang menjadi tidak suci dan wuduk menjadi batal
jika keluar sesuatu dari rongga badan. Ini perlu diperbaharui dengan wuduk.
Sila lihat www.angelfire.com/trek/bab
untuk keterangan lanjut.
Zina,
yang juga satu dosa, bukan sahaja dilakukan di atas katil. Nabi s.a.w bersabda,
"Mata juga berzina".
Keyataan ini berbau fitnah. Nabi Muhammad tidak berkata mata juga
berzina, tetapi baginda berkata:
24:30. Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka menundukkan
pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka; itu lebih suci bagi mereka.
Sesungguhnya Allah menyedari apa yang mereka mengerjakan.
17: MAKSUD IBADAT SECARA AMALAN ZAHIR
DAN IBADAT BATIN
Lima
kali sehari semalam, pada masa yang telah ditentukan, sembahyang diwajibkan
kepada sekalian Muslim yang baligh dan berkuasa. Ini diperintahkan oleh Allah:
"Kerjakan
sembahyang dengan tetap dan akan sembahyang yang terlebih penting".
(Surah
al-Baqaraah, ayat 238).
2:238. Peliharalah salawat (doa memohon ampun), dan solat di tengah, dan
berdirilah kamu patuh kepada Allah.
Ayat 2:238, Allah menyuruh manusia yang patuh dengan arahanNya supaya
memelihara solat mereka, dan solat wusta pula adalah solat yang ditengah. Waktu
solat telah ditentukan oleh Allah.
Allah berfirman lagi dalam al-Qur’an:
11:114. Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam;
sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan
bagi orang-orang yang mahu ingat.
17:78. Lakukanlah solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam,
dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.
4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah,
berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu
tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang
dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
24:58. Wahai orang-orang yang percaya, hendaklah mereka yang tangan-tangan kanan kamu memiliki, dan mereka antara kamu yang belum cukup umur, meminta izin kepada kamu tiga kali - sebelum solat fajar, dan apabila kamu menanggalkan pakaian kamu pada waktu zuhur (tengah hari), dan selepas solat isyak - tiga kali aurat (penelanjangan) bagi kamu. Tidak ada kesalahan ke atas kamu atau ke atas mereka, selain daripada ini, untuk kamu ke sana dan ke mari, sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Bahagian
kedua perintah Allah "terutamanya sembahyang pertengahan" merujuk
kepada sembahyang hati, kerana hati berada di tengah-tengah pada kejadian
manusia.
Perkataan arabik itu ialah “wusta”. Iaitu solat pertengahan, bukan
merujuk kepada sembahyang hati, kerana
mengikut kata saudara sendiri hati itu berada di tengah badan manusia !.
Bagaimana pula hendak sembahyang hati ?. Perlukah wuduk ?. Sejadah ?.
Imam ?.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Tujuan
sembahyang ini adalah mendapatkan kesejahteraan pada hati. Hati berada di
tengah-tengah, antara kanan dengan kiri, antara hadapan dengan belakang, antara
atas dengan bawah, antara kebaikan dnegan keburukan. Hati adalah pusat, titik
pengimbang, penengah.
Adakah tujuan bersolat adalah untuk mendapatkan kesejahteraan pada hati
?.
13:28. Orang-orang yang percaya, hati mereka tenteram dengan mengingati
Allah - dengan mengingati Allah, hati tenteram.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani, berkata:
Sebab
itu Nabi s.a.w bersabda, "Amalan sembahyang mungkin dengan hati yang
diam".
Kenapa digunakan perkataan “mungkin”, perkataan “mungkin” merujuk pada sesuatu yang tidak pasti dan bersifat ragu-ragu. Sesuatu yang “mungkin” bukan berasal dari Allah.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani, berkata:
Sembahyang
yang diperintahkan oleh agama (syariat) dilakukan pada waktu tertentu, lima
kali sehari semalam. Sebaiknya dilakukan di dalam masjid secara berhemah,
menghadap ka'abah, mengikut imam yang tidak munafik dan tidak ria'.
Nabi Muhammad sendiri tidak tahu orang munafik, masakan orang macam
saudara dapat megetahui siapa pula orang munafik dan siapa pula tidak ?.
9:101. Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah
orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota menjadi berani dalam
kemunafikan. Kamu tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahui mereka, dan
Kami akan mengazab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab
yang besar.
29:11. Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang percaya, dan Dia
mengetahui orang-orang munafik.
(Pada dua tiga perengan-perengan terakhir saudara Syeikh Abdul Qadir
al-Jilani asyik berbincang perilah ganjaran itu dan ini yang sengaja tidak
diulas - penulis)
18: PENYUCIAN INSAN SEMPURNA, YANG
TELAH MENGASINGKAN DIRINYA DAN MEMBEBASKAN DIRINYA DARIPADA SEGALA URUSAN
DUNIA.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani, berkata lagi:
Tujuan
penyucian itu ada dua jenis: Pertama untuk membolehkannya masuk kepada alam
sifat-sifat Ilahi dan kedua untuk mencapai makam Zat.
Benarkah ?.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani bekata lagi:
Ada
tiga nama keesaan, tiga yang akhir daripada dua belas nama-nama Ilahi.
7:180. Kepunyaan Allah nama-nama yang paling baik, maka berserulah kepada-Nya dengannya, dan tinggalkanlah orang-orang yang mencercai nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas apa yang mereka buat.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata:
Kenyataan
cahaya Ilahi memadamkan semua cahaya: “Tiap-tiap sesuatu akan binasa kecuali
Zat-Nya”. (Surah Qasas, ayat 88).
Ayat 85-88 dari Surah Qasas.
28:85. Dia yang menetapkan al-Qur'an kepada kamu benar-benar akan
mengembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah, "Pemeliharaku sangat
mengetahui siapa yang datang dengan petunjuk, dan siapa yang dalam kesesatan
yang nyata."
28:86. Kamu tidak mengharapkan bahawa Kitab dilemparkan kepada kamu,
melainkan ia sebagai satu pengasihan daripada Pemelihara kamu; maka janganlah
kamu menjadi penyokong orang-orang yang tidak percaya.
28:87. Janganlah mereka menghalangi kamu daripada ayat-ayat Allah setelah
ia diturunkan kepada kamu. Dan berserulah kepada Pemelihara kamu, dan janganlah
kamu menjadi daripada orang-orang yang menyekutukan.
28:88. Dan janganlah menyeru tuhan yang lain berserta Allah; tidak ada
tuhan melainkan Dia. Segala benda akan binasa, kecuali Wajah-Nya. Bagi-Nya Putusan,
dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
Ayat-ayat teratas bercakap tentang al-Qur’an, pada orang yang beriman
dengan orang sebaliknya, dan ayat terakhir, nasihat Allah, supaya jangan
menyekutukanNya dengan apa sahaja, kerena semua objek akan binasa kecuali, Wajah-Nya.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Bila
semuanya lenyap apa yang tinggal selamanya adalah roh suci. Ia melihat dengan
cahaya Allah. Ia melihat-Nya, Dia melihatnya. Di sana tiada gambaran, tiada
persamaan di dalam melihat-Nya:
“Tiada sesuatu yang serupa dengan-Nya. Dia mendengar dan melihat”. (Surah
asy-Syura, ayat 11).
Bila
semuanya lenyap, yang tinggal selamanya adalah roh suci. Roh suci ini pula
melihat dengan cahaya Allah. Ia melihat-Nya, Dia melihatnya.
Allah berfirman yang semua makluk akan lenyap tetapi Syeikh Abdul Qadir
al-Jilani berkata semuanya lenyap, yang tinggal selamanya adalah roh suci.
Jika roh suci adalah Allah. adakah Allah melihat dengan cahaya Allah ?.
Oleh itu bila semuanya lenyap, “Roh Suci” tidak lenyap. Ini juga membawa
maksud yang “Roh Suci” sama “kuat” dengan Allah.
Sekarang sudah ada dua Tuhan, Allah dan “Roh Suci”.
Demikianlah kelirunya Agama Sufi. Ia terserlah pula dengan hujah “Ia
melihat-Nya, Dia melihatnya”. Kekalutan ini dapat diselesaikan dengan membaca
ayat tersebut.
42:11. Pemula langit dan bumi; Dia membuatkan untuk kamu, daripada
diri-diri kamu, pasangan-pasangan, dan pasangan-pasangan daripada binatang
ternak, di dalamnya menjadikan kamu berkembang. Tidak ada yang serupa dengan-Nya;
Dia Yang Mendengar, Yang Melihat.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani lagi:
Nabi s.a.w bersabda, “Ada ketika aku sangat hampir dengan Allah, tiada siapa, malaikat yang hampir atau nabi yang diutus, boleh masuk antara aku dengan-Nya”.
Nabi Muhammad tidak berkata begini. Sila kemukan bukti sebagai hujah.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani lagi:
Allah
memerintahkan melalui Rasul-Nya, “Pisahkan diri kamu dari segala perkara dan
carilah keesaan”.
Apa akan jadi pada Islam, jika perintah sebesar itu tidak dikitabkan
dalam al-Qur’an ?.