AMARAN : Laman ini untuk membincangkan tentang ISLAM dengan merujuk kepada al-Qur'an berbanding dengan kitab tulisan tangan manusia. Bagi anda yang sensitif, sila kembali ke laman sebelumnya.
Bacaan
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian A.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian B.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian C.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian D.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian E.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian F.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian G.
Halaman Utama
link
19: ZAKAT
Ada
dua jenis zakat: zakat yang diajarkan oleh syariat dan zakat kerohanian yang
berlainan sifatnya. Zakat yang
diajarkan oleh syariat ialah mengeluarkan daripada barang-barang dalam dunia
ini. Setelah ditolak jumlah tertentu yang diperuntukkan sebagai kegunaan
keluarga, satu bahagian dibahagikan kepada orang miskin.
Didalam al-Qur’an, Allah tidak berfirman tentang adanya zakat pencarian,
harta benda, tanaman, binatang ternak, dan tiada juga nisbah satu per empat
puluh atau 2.5 peratus.
Ini hanya syariat ciptaan manusia untuk manusia.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata:
Zakat
adalah memberi bantuan kepada orang miskin. Allah perintahkan: “Sedekah-sedekah
itu untuk faqir-faqir dan miskin”. (Surah at-Taubah, ayat 60).
9:60. Sedekah
adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang miskin, dan
yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan, dan
memerdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan
musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Jadi,
tujuan zakat dan sedekah ini bukanlah terutamanya untuk membantu yang
memerlukan, kerana Allah adalah Pemberi kepada semua yang memerlukan, tetapi
supaya niat baik pemberi zakat dan sedekah itu diterima oleh Allah.
Zakat dan sedekah adalah dua benda berbeza. Sesungguhnya, Allah adalah
pencipta bahasa (30:22) dan Allah tidak lokek dalam perbendaharaan kataNya.
Zakat adalah zakat, sedekah adalah sedekah, infaq adalah infaq.
Selanjutnya
beliau berkata:
Allah
dengan kemurahan-Nya menutup dan menyembunyikan dosa para pendosa sebagai
balasan terhadap kebaktian para hamba-Nya yang baik-baik.
Memang benar, selagi manusia hidup didunia, manusia tidak ternampak akan
dosa mahupun pahala, tetapi tidaklah sampai ketahap penutupan itu sebagai
balasan terhadap kebaktian para hamba-Nya yang baik-baik.
4:123. Ia bukanlah khayalan kamu, dan bukan juga khayalan ahli Kitab.
Sesiapa membuat kejahatan akan dibalas dengannya, dan tidak akan mendapati
baginya, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung), dan tiada juga
penolong.
Pahala dan dosa adalah sesuatu yang ghaib.
2:1. Alif Lam Mim.
2:2. Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang
yang bertakwa (takut kepada Tuhan),
2:3. Yang mempercayai yang ghaib, dan melakukan solat, dan menafkahkan
(membelanjakan) sebahagian daripada apa yang Kami merezekikan mereka,
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani, berkata lagi:
Rabiatul
Adawiyah berdoa, “Wahai Tuhan. Berikan semua bahagianku daripada dunia ini
kepada orang-orang kafir dan jika ada bahagianku di akhirat bahagikannya kepada
hamba-hamba-Mu yang beriman. Apa yang aku inginkan dalam dunia ini ialah
merindui-Mu dan yang aku inginkan di akhirat ialah bersama-Mu, kerana manusia
dan apa sahaja yang diperolehinya adalah milik-Mu”.
Apakah status Rabiatul Adawiyah didalam hiraki Agama Sufi ?. Nabi
wanita?. Wali wanita ?. Orang arif wanita ?. Qil wanita ?.
Zakat terbit dari satu akar, bersama kalimat lain, iaitu, Zaka, Zakiy,
Zakka & Tazakka dimana semua diertikan kepada suci, menyuci, dan
sebagainya.
01. Zakat:
2:43. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan tunduklah bersama
orang-orang yang tunduk.
2:83. Dan apabila Kami mengambil perjanjian Bani Israil: "Kamu tidak
akan sembah sesuatu melainkan Allah, dan berbuatbaiklah kepada ibu bapa, dan
sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin; dan
katakanlah yang baik kepada manusia, dan lakukanlah solat, dan berikanlah
zakat." Kemudian kamu berpaling, kecuali sedikit daripada kamu, dan kamu
memalingkan.
2:110. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan apa sahaja
kebaikan yang kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi
Allah. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu buat.
2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan muka kamu ke Timur
dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan
malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberikan harta,
walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan
orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan
memerdekakan hamba, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka yang
menepati perjanjian mereka, apabila mereka membuat perjanjian, dan orang-orang
yang sabar dalam kecelakaan, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah
orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.
2:277. Orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan melakukan
solat, dan memberikan zakat, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan
tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
4:77. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dikatakan kepada mereka,
"Tahanlah tangan-tangan kamu, dan lakukanlah solat, dan berikanlah
zakat"? Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada
segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada
Allah, atau dengan lebih takut, dan mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami,
mengapakah Engkau menetapkan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau
menangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?" Katakanlah,
"Kesenangan dunia ini sedikit, dan akhirat adalah lebih baik bagi orang
yang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun."
4:162. Tetapi orang-orang antara mereka yang mendalam dalam pengetahuan,
dan orang-orang mukmin yang mempercayai apa yang diturunkan kepada kamu, dan
apa yang diturunkan sebelum kamu, dan orang-orang yang melakukan solat, dan
memberikan zakat, dan orang-orang yang mukmin kepada Allah dan Hari Akhir,
mereka itulah Kami pasti akan memberikan upah yang besar.
5:12. Allah telah mengambil perjanjian Bani Israil, dan Kami membangkitkan antara mereka dua belas ketua puak. Dan Allah berkata, "Aku berserta kamu. Sungguh, jika kamu melakukan solat, dan memberikan zakat, dan percaya kepada rasul-rasul-Ku, dan membantu mereka dalam masa keperluan, dan kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Aku akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Aku akan memasukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu antara kamu, sungguh, dia sesat daripada jalan yang betul."
5:55. Wali (sahabat) kamu hanyalah Allah, dan rasul-Nya, dan orang-orang
yang percaya yang melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka tunduk.
7:156. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini
yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau." Berkatalah Dia,
"Azab-Ku, Aku menimpakan dengannya siapa yang Aku mengkehendaki, dan
pengasihan-Ku, merangkumi segala sesuatu, dan Aku akan menuliskannya untuk
orang-orang yang bertakwa, dan memberi zakat, dan orang-orang yang benar-benar
mempercayai ayat-ayat Kami,
9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram telah pergi, bunuhlah
orang-orang yang menyekutukan di mana sahaja kamu mendapati mereka, dan
ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat
untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka melakukan
solat, dan memberikan zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka;
sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:11. Namun demikian, jika mereka bertaubat, dan melakukan solat, dan
memberikan zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami
menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.
9:18. Yang akan memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang
percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan melakukan solat, dan memberikan
zakat, dan tidak takut kecuali kepada Allah. Mudah-mudahan mereka itu adalah di
kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk.
9:71. Dan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin,
adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; mereka menyuruh yang baik,
dan melarang kemungkaran; mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, dan
mereka mentaati Allah dan rasul-Nya. Mereka itu, kepada mereka Allah
mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
18:81. Maka kami menghendaki supaya Pemelihara mereka memberi mereka, dengan menukarkan yang lebih baik daripada dia, dalam zakat (kesucian), dan lebih dekat dalam kasih sayang.
19:13. Dan rasa belas kasihan daripada sisi Kami, dan zakat (kesucian),
dan dia bertakwa,
19:31. Dia membuat aku diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia
mewasiatkan aku supaya bersolat, dan zakat, selama aku hidup,
19:55. Dia menyuruh keluarganya supaya bersolat dan zakat, dan dia
memuaskan hati Pemeliharanya.
21:73. Dan melantik mereka untuk menjadi imam-imam yang memberi petunjuk
dengan perintah Kami, dan Kami mewahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan
melakukan solat, dan memberikan zakat, dan Kami mereka sembah.
22:41. Orang-orang yang, jika Kami meneguhkan mereka di bumi, melakukan
solat, dan memberikan zakat, dan menyuruh yang baik, dan melarang kemungkaran;
dan kepada Allah kesudahan segala urusan.
22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia
telah memilih kamu, dan tidak meletakkan ke atas kamu kesusahan dalam agama
kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia menamakan kamu Muslim dari dahulu, dan
dalam yang ini, supaya rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu menjadi saksi
ke atas manusia. Maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan
berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat
baik, dan Penolong yang sangat baik.
23:4. Dan yang pada zakat, mereka melakukan;
24:37. Adalah lelaki-lelaki yang perdagangan dan jual beli tidak
memesongkan mereka daripada mengingati Allah, dan untuk melakukan solat, dan
untuk memberikan zakat, dan takut akan satu hari apabila hati dan penglihatan
dibalik-balikkan kepadanya.
24:56. Lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul,
supaya kamu dikasihani.
27:3. Yang melakukan solat, dan memberikan zakat, dan yakin akan akhirat.
30:39. Dan apa yang kamu memberikan dalam riba, supaya ia menambahkan
harta manusia, ia tidak bertambah di sisi Allah; tetapi apa yang kamu
memberikan dalam zakat, dengan menghendaki Wajah Allah, maka itulah yang
melipatgandakkan.
31:4. Yang melakukan solat, dan memberikan zakat, dan yang yakin akan
akhirat.
33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan janganlah
menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah
dahulu. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah
dan rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan
kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya.
41:7. Yang tidak memberi zakat, dan tidak percaya kepada akhirat.
58:13. Adakah kamu takut, sebelum pembicaraan rahsia kamu, untuk
mendahulukan sedekah? Jika kamu tidak mengerjakan, dan Allah menerima taubat
kamu, maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan
rasul-Nya. Allah menyedari apa yang kamu buat.
73:20. Pemelihara kamu mengetahui bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per
tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada
orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menentukan malam dan siang. Dia
mengetahui bahawa kamu tidak akan menjumlahkannya, dan Dia menerima taubat
kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia mengetahui bahawa
antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi,
mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah
daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan
pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang
kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah yang lebih
baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah
Pengampun, Pengasih.
98:5. Mereka diperintah hanya untuk menyembah Allah, dengan menuluskan
agama untuk-Nya, orang-orang yang lurus, dan untuk melakukan solat, dan
memberikan zakat - itulah agama yang betul.
02. Zaka:
24:21. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengikuti
langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan,
sesungguhnya ia menyuruh pada kesumbangan dan mungkar. Sekiranya tidak kerana
pemberian Allah kepada kamu dan pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara
kamu yang menjadi suci selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa yang Dia
mengkehendaki; dan Allah Mendengar, Mengetahui.
03. zakiy:
2:232. Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, lalu mereka sampai
tempoh mereka, janganlah menghalangi mereka daripada mengahwini suami-suami
mereka, apabila mereka telah saling mempersetujui antara mereka, dengan baik.
Dengan ini ditegurkan sesiapa antara kamu yang mempercayai Allah, dan Hari
Akhir. Itu lebih suci dan lebih bersih bagi kamu; Allah mengetahui, dan kamu
tidak mengetahui.
18:19. Dan demikianlah Kami membangkitkan mereka supaya mereka saling
bertanya antara mereka. Seorang daripada mereka berkata, "Berapa lamakah kamu
tinggal?" Mereka berkata, "Kami tinggal selama sehari atau sebahagian
hari." Mereka berkata, "Pemelihara kamu sangat mengetahui berapa lama
kamu tinggal. Hantarlah salah seorang antara kamu dengan duit perak ini ke
kota, dan hendaklah dia memerhatikan siapa antara mereka yang mempunyai makanan
yang paling suci, dan mendatangkan kepada kamu rezeki darinya; hendaklah dia
bersopan santun, dan janganlah memberitahu seorang pun mengenai kamu.
18:74. Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka bertemu seorang anak
lelaki muda, dia membunuhnya. Berkata, "Apa, adakah kamu membunuh satu
jiwa yang suci, dan bukan kerana membalas untuk jiwa yang dibunuh? Sesungguhnya
kamu mendatangkan sesuatu yang dahsyat."
19:19. Dia berkata, "Aku hanyalah seorang rasul yang datang daripada
Pemelihara kamu, untuk memberi kamu seorang anak lelaki yang suci."
24:28. Dan jika kamu tidak mendapati seseorang di dalamnya, janganlah
memasukinya sehingga diizinkan kepada kamu. Dan jika dikatakan kepada kamu,
"Kembalilah", maka kembalilah kamu; itu lebih suci bagi kamu; dan
Allah mengetahui apa yang kamu buat.
24:30. Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka menundukkan
pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka; itu lebih suci bagi mereka.
Sesungguhnya Allah menyedari apa yang mereka mengerjakan.
04. Zakka:
2:129. Wahai Pemelihara kami, bangkitkanlah di kalangan mereka seorang
rasul, seorang daripada mereka, yang akan membacakan mereka ayat-ayat Engkau,
dan mengajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan menyucikan mereka;
sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."
2:151. Sebagaimana juga Kami mengutus di kalangan kamu, daripada kamu
sendiri, seorang rasul untuk membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan untuk
menyucikan kamu, dan untuk mengajar kamu al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan untuk
mengajar kamu apa yang kamu tidak tahu.
2:174. Orang-orang yang menyembunyikan apa-apa daripada al-Kitab yang
Allah menurunkan kepada mereka, dan menjualnya untuk harga yang sedikit, mereka
itulah yang tidak makan melainkan Api di dalam perut-perut mereka, dan Allah
tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Kiamat, dan tidak juga
menyucikan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.
3:77. Sesungguhnya orang-orang yang menjual perjanjian Allah dan
sumpah-sumpah mereka untuk harga yang sedikit, mereka itu tidak dapat bahagian
mereka di akhirat; Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak
memandang kepada mereka pada Hari Kiamat, dan Dia tidak juga menyucikan mereka;
dan bagi mereka, azab yang pedih.
3:164. Sesungguhnya Allah berbudi baik kepada orang-orang mukmin apabila
Dia membangkitkan antara mereka seorang rasul daripada mereka sendiri, untuk
membacakan mereka ayat-ayat-Nya, dan menyucikan mereka, dan mengajarkan mereka
al-Kitab dan Kebijaksanaan, sedang sebelum itu, mereka adalah dalam kesesatan
yang nyata.
4:49. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang menyucikan diri-diri
mereka? Tidak, hanya Allah menyucikan siapa yang Dia mengkehendaki, dan mereka
tidak dizalimi sedikit pun.
9:103. Ambillah daripada harta mereka sedekah untuk membersihkan mereka,
dan untuk menyucikan mereka dengannya, dan rahmatilah mereka; salawat kamu
adalah kerehatan bagi mereka; Allah Mendengar, Mengetahui.
24:21. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengikuti
langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan,
sesungguhnya ia menyuruh pada kesumbangan dan mungkar. Sekiranya tidak kerana
pemberian Allah kepada kamu dan pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara
kamu yang menjadi suci selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa yang Dia
mengkehendaki; dan Allah Mendengar, Mengetahui.
53:32. Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan kesumbangan, kecuali
kesalahan kecil - sesungguhnya Pemelihara kamu luas dalam keampunan-Nya. Dia
sangat mengetahui mengenai kamu apabila Dia menumbuhkan kamu dari bumi, dan
apabila kamu belum dilahirkan di dalam rahim ibu-ibu kamu; maka janganlah
menganggap diri kamu suci; Dia sangat mengetahui siapa yang bertakwa.
62:2. Dia yang membangkitkan pada kaum yang ummiy (orang Arab) seorang
rasul di kalangan mereka untuk membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, dan
menyucikan mereka, dan mengajar mereka Kitab dan Kebijaksanaan, walaupun
sebelum itu mereka adalah dalam kesesatan yang nyata,
91:9. Beruntunglah orang yang menyucikannya (jiwa),
05. Tazakka:
20:76. Taman-Taman Adn, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di
dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah balasan ke atas orang yang menyucikan
diri.
35:18. Orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain; dan jika orang
yang bebannya berat untuk dipikulnya menyeru supaya bebannya dipikul, tiadalah
sesuatu daripadanya akan dipikul, walaupun dia sanak saudara yang dekat. Kamu
hanya memberi amaran kepada orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka
dalam keadaan ghaib, dan melakukan solat; dan sesiapa yang menyucikan dirinya,
hanyalah menyucikan untuk jiwanya sendiri. Kepada Allah kepulangan.
(solat itu tazakka atau menyucikan)
79:18. Dan katakanlah, ‘Adakah bagi kamu untuk menyucikan diri kamu,
80:3. Dan tahukah kamu, boleh jadi dia menyucikan diri?
80:7. Walaupun ia tidaklah atas kamu jika dia tidak menyucikan dirinya.
87:14. Beruntunglah orang yang menyucikan dirinya,
92:18. Yang memberikan hartanya untuk menyucikan dirinya,
20: PUASA SYARIAT DAN PUASA KEROHANIAN
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata:
Puasa
syariat adalah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh daripada
terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan
isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi
mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan
menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan
carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan
minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam,
pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah
mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had
(hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan
ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.
Adakah terbenam
matahari itu waktu magrib atau malam ?.
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani
berkata:
Puasa
syariat terikat dengan masa sementara puasa rohani pula berkekalan di dalam
kehidupan sementara ini dan kehidupan abadi di akhirat. Inilah puasa yang
sebenar.
Jika puasa syariat pun masih gagal diikuti, masihkah mampukah untuk
berbicara perihal puasa rohani ?.
Perempuan yang berhaid pun diarahkan berpuasa. Sila rujuk www.angelfire.com/trek/bab untuk
keterangan lanjut.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Lebih
berharga daripada dua jenis puasa itu ialah puasa yang sebenarnya (puasa
hakikat), iaitu mengelakkan hati daripada menyembah sesuatu yang lain dari Zat
Allah.
Apa kata manusia terus berpuasa dari menyembah sekutu-sekutu Allah, berpuasa dari mengarang kitab-kitab syariat, hakikat, makrifat dan lain-lain lagi (Allah mencelakai dengan tiga kali celaka), berpuasa dari tunduk pada syariat karangan manusia, berpuasa dari berguru dengan Jin, Syaitan dan Iblis. Puasa dari menyembah hawa nafsu sendiri, ego sendiri dan berpuasa dari apa saja yang bathil ?.
Dia
jadikan manusia untuk-Nya, dan Dia berfirman:
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”.
Satu firman yang tidak dikitabkan ?.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi: “Rahsia itu ialah cahaya daripada cahaya
Allah Yang Maha Suci”.
Berapa banyak punya cahaya dan rahsia wahai saudara Syeikh Abdul Qadir
al-Jilani ?.
21: HAJJI KE MEKAH DAN HAJJI ROHANI
KE HAKIKAT HATI
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata dipermulaan bab ini:
Pekerjaan hajji menurut syariat
ialah mengunjungi ka’abah di Makkah. Ada beberapa syarat berhubung dengan
ibadat hajji: memakai ihram - dua helai kain yang tidak berjahit menandakan
pelepasan semua ikatan duniawi; memasuki Makkah dalam keadaan berwuduk; tawaf
keliling ka’abah sebanyak tujuh kali tanda penyerahan sepenuhnya; lari-lari
anak dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali; pergi ke Padang Arafah dan
tinggal di sana sehingga matahari terbenam; bermalam di Musdalifah; melakukan
korban di Mina; meminum air zamzam; melakukan sembahyang dua rakaat berhampiran
dengan tempat Nabi Ibrahim a.s pernah berdiri. Bila semua ini dilakukan pekerjaan
hajji pun sempurna dan balasannya diperakui. Jika terdapat kecacatan pada
pekerjaan tersebut balasannya dibatalkan. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
“Sempurnakan
hajji dan umrah kerana Allah”. (Surah al-Baqarah, ayat 196).
Perkataan "Haji" tercatat sebanyak 12 kali di dalam 8 ayat
al-Qur’an.
Ayat ini ialah ayat
al-Qur'an yang pertama mengandungi perkataan Haji. Haji dilakukan di Rumah.
Tawaf pula diantara Safa dan Marwa.
2:158. Safa dan Marwa adalah antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa
melakukan haji di Rumah, atau berkunjung (umrah), tidaklah bersalah ke atasnya
untuk bertawaf antara keduanya; dan sesiapa mengerjakan kebaikan dengan
sukarela, maka sesungguhnya Allah Mensyukuri (Berterima Kasih), Mengetahui.
Haji bermula pada permulaan bulan.
2:189. Mereka menanyai kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah,
"Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan haji."
Ia bukanlah ketaatan untuk datang ke rumah-rumah dari belakangnya, tetapi
ketaatan adalah untuk menjadi bertakwa; maka datangilah rumah-rumah pada
pintu-pintunya, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.
Pemberian di tempat korban
2:196. Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu
dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu
sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit,
atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau
berkorban. Apabila kamu berasa aman, sesiapa yang menikmati umrah sehingga
haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia
tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam haji, dan tujuh
apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang
yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan
ketahuilah bahawa
Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.
Bulan-bulan Haji.
2:197. Haji adalah pada bulan-bulan yang diketahui; sesiapa yang
menetapkan untuk haji padanya, tidak boleh bercampur dengan isterinya, dan tidak
boleh berbuat fasiq, dan tidak boleh berbantahan semasa dalam haji. Dan apa-apa
kebaikan yang kamu buat, Allah mengetahuinya, dan berbekallah kamu, tetapi
bekal yang paling baik ialah takwa; maka kamu takutilah Aku, wahai orang-orang
yang mempunyai minda.
Wajib apabila boleh.
3:96. Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia ialah yang di Bakkah,
yang diberkati, dan menjadi petunjuk bagi semua alam.
3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas - medan Ibrahim, dan sesiapa
memasukinya dia berasa aman. Adalah kewajipan manusia terhadap Allah untuk
datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh membuat jalannya ke sana. Dan orang
yang tidak percaya - maka sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam.
9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah dan rasul-Nya kepada manusia pada
hari haji Besar, "Allah berlepas diri, dan rasul-Nya, daripada orang-orang
yang menyekutukan. Maka jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi
jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa kamu tidak dapat mengandaskan
Allah." Dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang tidak
percaya dengan azab yang pedih
9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji,
dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah,
dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada
pandangan Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim
22:27. Dan serulah manusia kepada haji, dan mereka akan datang kepada
kamu berjalan kaki, dan di atas tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari
tiap-tiap jurang yang dalam,
22:28. Supaya mereka mempersaksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan
mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan
ternakan yang Dia merezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya, dan
berilah makan orang-orang fakir yang sengsara."
Kewajipan.
3:97. Adalah kewajipan manusia terhadap Allah untuk datang berhaji ke
Rumah, jika dia boleh membuat jalannya ke sana. Dan orang yang tidak percaya -
maka sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam
Lain daripada itu bukan dari Allah. Mungkin arahan atau undang-undang
sekutuNya, untuk lebih mencantikan amalan haji tersebut.
6:112. Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh,
syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang
indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu
menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa
yang mereka mengada-adakan.
16:63. Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus kepada umat-umat yang
sebelum kamu, tetapi syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan
mereka; ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab
yang pedih.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Ganjaran
untuk orang yang mengerjakan hajji dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya:
“Dan
barangsiapa masuk ke dalamnya amanlah ia, dan kerana Allah (wajib) atas manusia
pergi ke rumah itu bagi yang berkuasa ke sana”. (Surah al-‘Imraan, ayat 97).
Keseluruhan ayat tersebut:
3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas - medan Ibrahim, dan sesiapa
memasukinya dia berasa aman. Adalah kewajipan manusia terhadap Allah untuk
datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh membuat jalannya ke sana. Dan orang
yang tidak percaya - maka sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam.
Orang
yang sempurna ibadat hajjinya selamat daripada azab neraka. Itulah balasannya.
Ganjaran dimaksudkan ialah “dia akan berasa aman” dalam proses amalan hajinya. Ini janji Allah. Bukan sampai terlepas dari azab nereka.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Langkah
pertama ialah mencari juru pandu, pembimbing, guru, seorang yang dikasihi,
dihormati, diharapkan dan ditaati oleh orang yang mahu menjadi murid itu.
Pembimbing
itulah yang akan membekalkan murid itu bagi mengerjakan hajji kerohanian,
dengan segala keperluannya.
Kemudian
dia mesti menyediakan hatinya. Untuk menjadikannya jaga seseorang itu perlu
mengucapkan kalimah tauhid “La ilaha illa Llah” dan mengingati Allah dengan
menghayati kalimah tersebut.
Pemergian suci dimulai dengan noda !.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani menyambung:
Selepas
penyucian batin seseorang perlu menyebutkan nama-nama bagi sifat-sifat Allah
yang akan menyalakan cahaya keindahan dan kemuliaan-Nya. Di dalam cahaya itulah
seseorang itu diharapkan dapat melihat ka’abah bagi hakikat rahsia. Allah
memerintahkan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s melakukan penyucian
ini:
“Janganlah
engkau sekutukan Aku dengan sesuatu apa pun dan bersihkan rumah-Ku untuk
orang-orang tawaf, dan yang berdiri, dan yang rukuk, dan yang sujud”. (Surah
al-Hajj, ayat 26).
Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, melakukan penyucian dengan tidak menyekutukan Allah, dengan sesuatu apa sekalipun dan bersihkan rumah-Nya untuk orang-orang yang mengelilinginya, dan orang-orang yang berdiri, dan orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Sesungguhnya
ka’abah zahir yang ada di Makkah dijaga dengan bersih untuk para pekerja hajji.
Betapa lebih lagi kesucian yang perlu dijaga terhadap ka’abah batin yang ke
atasnya hakikat akan memancar.
Selepas
persediaan itu pekerja hajji batin menyelimutkan dirinya dengan roh suci,
mengubah bentuk kebendaannya menjadi hakikat batin, dan melakukan tawaf ka’abah
hati, mengucap di dalam hati nama Tuhan yang kedua- “ALLAH”, nama yang khusus
bagi-Nya. Ia bergerak dalam bulatan kerana laluan rohani bukan lurus tetapi
dalam bentuk bulatan. Akhirnya adalah permulaannya.
Episod haru biru diundang tiba. Dengan mengucap di dalam hati nama Tuhan
yang kedua - “ALLAH” ?.
Perhatikan perkataan “nama Tuhan yang kedua” itu baik-baik dan siapakah
pula gerangan Tuhan yang pertama ?.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata:
Kemudian
ia pergi ke Padang Arafah hati, tempat batin yang merendahkan diri dan merayu
kepada Tuhannya, tempat yang diharapkan seseorang dapat mengetahui rahsia “La
ilaha illa Llah”, “Yang Maha Esa, tiada sekutu”. Di sana ia berdiri mengucapkan
nama ketiga “HU” - bukan sendirian tetapi bersama-Nya kerana Allah berfirman:
“Dia beserta kamu walau di mana kamu berada”. (Surah al-Hadiid, ayat 4).
Kemudian
dia mengucapkan nama keempat “HAQ”, nama bagi cahaya Zat Allah - dan kemudian
nama kelima “HAYYUN” - hidup Ilahi tang darinya hidup yang sementara muncul.
Kemudian dia menyatukan nama Ilahi Yang Hidup Kekal Abadi dengan nama keenam
“QAYYUM” - Yang Wujud Sendiri, yang bergantung kepada-Nya segala kewujudan. Ini
membawanya kepada Musdalifah yang di tengah-tengah hati.
Kemudian
dia di bawa ke Mina, rahsia suci, intipati atau hakikat, di mana dia ucapkan
nama yang ke tujuh “QAHHAR” - Yang Meliputi Semua, Maha Keras. Dengan kekuasaan
nama tersebut dirinya dan kepentingan dirinya dikorbankan. Tabir keingkaran
ditiupkan dan pintu kebatilan diterbangkan.
Mengenai
tabir yang memisahkan yang dicipta dengan Pencipta, Nabi s.a.w bersabda, “Iman
dan kufur wujud pada tempat di sebalik arasy Allah. Keduanya adalah hijab
memisahkan Tuhan daripada pemandangan hamba-hamba-Nya. Satu adalah hitam dan
satu lagi putih”.
Kemudian
kepada roh suci dicukurkan daripada segala sifat kebendaan.
Dengan
membaca nama Ilahi ke lapan “WAHHAB” - Pemberi kepada semua, tanpa batas, tanpa
syarat - dia memasuki daerah suci bagi Zat. Kemudian dia mengucapkan nama
kesembilan “FATTAH” - Pembuka segala yang tertutup.
Memasuki
ke tempat menyerah diri di mana dia tinggal mengasingkan diri, hampir dengan
Allah, dalam keakraban dengan-Nya dan jauh daripada segala yang lain, dia
mengucapkan nama yang ke sepuluh “WAHID” - Yang Esa, yang tiada tara, tiada
sesuatu menyamai-Nya. Di sana dia mula menyaksikan sifat Allah “SAMAD” - Yang
menjadi sumber kepada segala sesuatu. Ia adalah pemandangan tanpa rupa, tanpa
bentuk, tidak menyerupai sesuatu.
Kemudian
tawaf terakhir bermula, tujuh pusingan yang dalam tempoh tersebut dia
mengucapkan enam nama-nama yang terakhir dan ditambah dengan nama ke sebelas
“AHAD” - Yang Esa. Kemudian dia minum daripada tangan keakraban Allah.
Demikianlah dengan panjang lebar, satu ibadat mudah yang berjaya diperumitkan, dari segi istilah, makna dan maksud. Begitulah haji menurut Agama Sufi. Hujah yang panjang lebar itu tidak disandarkan dengan mana-mana ayat Tuhan kecuali:
“Dia beserta kamu walau di mana kamu berada”. (Surah al-Hadiid, ayat 4).
Ini adalah ayat umum:
57:4. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia
duduk di atas Arasy. Dia mengetahui apa yang menembusi ke dalam bumi, dan apa
yang keluar darinya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik
kepadanya. Dia berserta kamu di mana sahaja kamu berada; dan Allah melihat apa
yang kamu buat.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Kemudian
dia minum daripada tangan keakraban Allah. “Dan Tuhan mereka membuat mereka
meminum minuman asli”. (Surah Insaan, ayat 21).
Tidak ada manusia yang baru balik dari musim haji, tiba di perlabuhan
atau lapangan terbang, Allah pakaikan mereka dengan pakaian hijau daripada
sutera, dan broked; diperhiaskan dengan gelang-gelang perak, dan Allah memberi
mereka minum dengan minuman yang bersih !.
76:21. Bagi mereka adalah pakaian hijau daripada sutera, dan broked;
mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang perak, dan Pemelihara mereka memberi
mereka minum dengan minuman yang bersih.
Oleh kerana, saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, telah mengatakan minum
daripada tangan keakraban Allah, beliau terpaksa pula mencari cawan !.
Cawan
yang di dalamnya minuman ini disediakan ialah nama yang kedua belas “SAMAD” -
Sumber, yang menunaikan segala hajat, satu-satunya tempat meminta tolong.
Setelah mendapat cawan, beliau terpaksa pula menceritakan perihal cawan, khasiat cawan, azimat cawan dsb.
Dengan
meminum dari sumber ini dia melihat semua tabir tersingkap daripada wajah
keabadian. Dia mendongak melihat kepada-Nya dengan cahaya yang datang
daripada-Nya. Alam ini tiada persamaan, tiada bentuk, tiada rupa.
Ia
tidak mampu diterangkan, diibaratkan, alam yang tidak ada mata pernah
melihatnya, tiada telinga pernah mendengarnya dan tiada hati manusia yang
ingat. Kalam Allah tidak didengar dengan bunyi atau dilihat dengan tulisan. Kesukaan
yang tiada hati manusia boleh merasai ialah kelazatan menyaksikan hakikat Allah
dan mendengar percakapan-Nya:
“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal salih, maka
mereka itu Allah akan tukarkan kejahatan-kejahatan mereka kepada
kebaikan-kebaikan”. (Surah al-Furqaan, ayat 70).
Kemudian
pekerja hajji itu dibebaskan daripada semua perbuatan yang daripada dirinya dan
bebas daripada ketakutan dan dukacita.
“Ketahuilah sesungguhnya pembantu-pembantu Allah, tidak ada ketakutan atas
mereka dan tidak akan mereka berdukacita”. (Surah Yunus, ayat 62).
Akhirnya
tawaf selamat tinggal dilakukan dengan mengucapkan semua nama-nama Ilahi.
Kemudian
pekerja hajji kembali ke rumahnya, ke tempat asalnya, bumi suci di mana Allah
ciptakan manusia dalam bentuk yang paling baik dan paling indah. Ketika
kembalinya itu dia mengucapkan nama kedua belas “SAMAD”, perbendaharaan yang
daripadanya semua keperluan makhluk dibekalkan. Itu adalah alam kehampiran
Allah. Itulah tempat kediaman pekerja hajji batin, dan ke sanalah mereka
kembali.
Hanya
itulah yang dapat diceritakan sekadar lidah mampu ucapkan dan akal mampu
terima. Selepas itu tiada berita yang boleh diberi kerana selebih daripada itu
tidak boleh disaksikan, tidak dimengerti, tidak mampu difikir atau diterangkan.
(Cerita tatacara “tawaf” ini dibiarkan berbuih keluar dari mulut sang
pencerita, dan ia tidak potong dipertengahan jalan kerana penulis sendiri
“terpegun” dengan jalan ceritaria tersebut).
Sebagai penutup Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, berhujah “hanya itulah yang dapat diceritakan sekadar lidah mampu ucapkan dan akal mampu terima”, adakah ini bermakna, ada lagi, yang lebih dasyat, yang lebih magik sehingga ia tidak dapat diceritakan oleh si lidah kerana akal yang waras sudah tidak mampu menerimanya ?.
Demikianlah berakhirnya sudah suatu episod kacau bilau yang haru biru.
Untuk menyokong hujahnya Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:
Orang
yang memiliki ilmu ketuhanan mengeluarkan dasarnya. Hikmah kebijaksanaan orang
arif adalah sebenar-benar rahsia bagi Allah Yang Maha Tinggi. Tiada siapa yang
tahu apa yang Dia tahu kecuali Dia sendiri.
“Sedang mereka tidak meliputi (sedikit pun) daripada ilmu-Nya kecuali apa yang
dikehendaki-Nya. Pengetahuan-Nya meliputi langit-langit dan bumi, dan
memelihara keduanya tidaklah berat bagi-Nya”. (Surah al-Baqarah, ayat 255).
Mereka
yang dirahmati, yang dikurniakan sebahagian ilmu-Nya adalah nabi-nabi dan
kekasih-Nya yang berjuang untuk datang hampir kepada-Nya. Firman-Nya:
“Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7).
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Kepunyaan-Nya nama-nama yang sangat
baik”. (Surah Ta Ha, ayat 8).
Adalah pelik, setelah puas berkarya dengan rukun-rukun ibadat haji ala
Agama Sufi, maka Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, mula menutup dengan “hanya
itulah yang dapat diceritakan sekadar lidah mampu ucapkan dan akal mampu
terima” dan disudahi pula dengan dua ayat umum iaitu 2:255 & 20:7/8.
Cuba buka al-Qur’an dan semak ayat-ayat ini. Ia adalah ayat umum.
2:255. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Kekal.
Mengantuk tidak mengambil-Nya, dan tidak juga tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di
dalam langit dan apa yang di dalam bumi. Siapakah dia yang akan mengantara di
sisi-Nya, kecuali dengan izin-Nya? Dia mengetahui apa yang sebelum mereka, dan
apa yang sesudah mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu daripada
pengetahuannya, kecuali apa yang Dia mengkehendaki. Takhta-Nya merangkumi
langit dan bumi, dan Dia tidak berasa tertekan menjaga keduanya; Dia Yang
Tinggi, Yang Agung.
20:6. Kepunyaan-Nya apa yang di dalam langit, dan apa yang di dalam bumi,
dan semua yang di antara keduanya, dan semua yang di bawah tanah.
20:7. Kamu lantangkanlah ucapan kamu; namun demikian, sesungguhnya Dia
mengetahui rahsia, dan apa yang lebih tersembunyi.
Baiklah, sebagai index, diperturunkan perkataan yang bersangkutan dengan
ibadat haji.
IHRAM ("HURUM")
5:1, 5:2, 5:95, 5:96, 9:5 dan 9:36.
**Ada dua lagi perkataan "hurum" tetapi diterjamahkan kepada
"haram", kerana diguna untuk bulan, iaitu "bulan haram",
Kata dasarnya "harama" yang bermakna haram, dll, Ayat-ayat tersebut
adalah:
UMRAH
2:158 dan 2:196.
RUMAH
2:125, 2:127, 2:158, 3:96, 3:97,
5:2, 5:97, 8:35, 11:73, 14:37, 22:26, 22:29, 22:33, 52:4 dan 106:3.
TEMPAT AMAN
2:125/126, 3:97, 14:35, 28:57, 29:67dan 48:27.
TEMPAT SUCI
28:57dan 29:67.
BAGI SEMUA ALAM
3:96.
MONUMEN SUCI (Masy'aril Haram)
2:198.
INGAT (PADA TUHAN)
2:152, 2:198, 2:200, 2:203, 22:34 dan 22:36.
MEDAN ("MAKAM") IBRAHIM
2:125.
KAABAH
5:95 dan 5:97.
MASJIDIL HARAM
2:144, 2:191, 2:196, 2:217, 5:2, 9:7, 9:19, 9:28, 22:25, 48:25 dan 48:27.
MAKMUR
52:4.
MEKAH
48:24, 48:25, 48:26 dan 48:27.
ARAFAH
2:198 dan 2:199.
SAFA dan MARWA
2:158.
BULAN HARAM dan "HURUM"
2:194, 2:217, 5:2, 5:97, 9:5 dan 9:36.
BULAN-BULAN LAIN
2:189 dan 2:197.
PERIBADATAN
2:128, 2:200, 22:34 dan
22:67.
TAWAF (TATAWAFA)
2:158 dan 22:29.
MENGELILINGI (TA'IF)
2:125 dan 22:26.
PEMBERIAN
2:196, 5:2, 5:95 5:97 dan 48:25,
KORBAN
i, "Nasaka" : 2:196 dan 6:162.
ii, "Mahil" (tempat korban): 2:196, 22:33 dan 48:25.
iii, "Budn" (binatang korban): 22:36,
iv, Terdapat juga perkataan "qurban" tetapi tidak termasuk di
dalam ayat Haji, namun, membawa pengertian yang sama, iaitu "korban"
3:183, 5:27, 46:28, 37:107 dan 108:2.
CUKUR KEPALA
2:196 dan 48:27.
RANTAI LEHER
5:2 dan 5:97.
NAZAR
22:29.
BERBURU
5:1, 5:2, 5:4, 5:95 dan 5:96.
BINATANG TERNAK
5:95, 6:136, 22:28 dan 22:30.
PENEBUSAN
2:196 dan 5:95.
PUASA
2:187, 2:196 dan 5:95.
SEDEKAH
2:196, 2:263, 2:264, 2:271, 9:60 dan 9:103.
TANDA-TANDA ALLAH
2:158, 5:2, 22:32, 22:36 dan 22:37.
HAL-HAL ALLAH
22:27, 22:28, 22:29 dan 22:30.
SETELAH MELAKSANAKAN
2:200 dan 2:201.
Walaupun begitu cuba lihat kedua-dua ayat ini:
45:6. Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka
dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan
mempercayai?
47:17. Tetapi orang-orang yang mendapat petunjuk dengan benar, bagi
mereka, Dia menambahkan dalam petunjuk, dan memberi mereka ketakwaan mereka.