Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Salamun Alaikum

AMARAN : Laman ini untuk membincangkan tentang ISLAM dengan merujuk kepada al-Qur'an berbanding dengan kitab tulisan tangan manusia. Bagi anda yang sensitif, sila kembali ke laman sebelumnya.

Bacaan

“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian A.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian B.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian C.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian D.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian E.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian F.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian G.


Halaman Utama
link

“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar”

 

22: MENYAKSIKAN YANG HAK MELALUI SUASANA KEDAMAIAN YANG DATANG DARIPADA PELEPASAN SEGALA KEDUNIAAN DAN MELALUI ZAUK.

 

Berkata saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:

 

Banyak ayat-ayat dan hadis-hadis serta perkhabaran daripada wali-wali menceritakan suasana ini.


Sebuah kitab al-Qur’an masih belum cukup untuk menjadi muslim yang baik.

 

Manusia yang mengaku beragama Islam sentiasa ketagih serta menanti perkhabaran demi perkhabaran daripada para wali itu dan para wali ini untuk menceritakan sesuatu yang baru..

 

Seratus peratus yakinkah jika beramal dengan cara was-was sebegini ?.

 

Tahukah kita, jika al-Qur’an dibaca 30 puluh minit sehari, ini bermakna masa yang diambil hanya lebih kurang 2 peratus sahaja dari 24 jam sehari suntuk yang telah diamanahkan kepada manusia.

 

Kemana baki 98.8 % lagi ?. (Itu baru membaca al-Qur’an. Amalan belum dikira lagi).

 

Mampukah dengan 2 peratus ini manusia mengidam untuk menghuni syurga Allah ?.

 

Berkata saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:

 

Banyak ayat-ayat dan hadis-hadis serta perkhabaran daripada wali-wali menceritakan suasana ini.

 

“Dan apakah orang yang Allah luaskan dadanya kepada Islam, iaitu ia berjalan atas nur dari Tuhannya (sama dengan yang beku hatinya?). Maka kecelakaan (adalah) bagi mereka yang beku hatinya dari mengingat Allah. Mereka itu (adalah) dalam kesesatan yang nyata. Allah telah turunkan sebaik-baik perkataan, kitab yang sebahagiannya menyerupai sebahagiannya, yang diulang-ulangkan, yang seram lantarannya kulit-kulit badan orang yang takut kepada Tuhannya. Kemudian jadi lemas kulit-kulit mereka dan hati-hati mereka kepada mengingat Allah. Yang demikian itu pimpiman Tuhan, yang Ia pimpin dengannya siapa yang Ia kehendaki, dan barangsiapa disesatkan oleh Allah maka tidaklah ada baginya sebarang pimpinan”. (Surah az-Zummar, ayat 22 & 23).

 

39:22. Adakah orang yang dadanya Allah melapangkan untuk Islam, lalu dia berjalan di atas satu cahaya daripada Pemeliharanya? Tetapi kecelakaanlah bagi orang-orang yang hati mereka keras terhadap mengingati Allah! Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

 

39:23. Allah menurunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka menjadi lembut pada mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengannya Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, maka tidak ada baginya yang memberi petunjuk.

 

Mintalah doa pada Allah, Rob sekian alam supaya tidak diletakan penudung pada hati, (2:7, 6:25, 17:46, 18:57, 24:31 dan 45:23).

 

Ayat yang sedang dibincang adalah ayat yang mengencam orang yang berpaling dari hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab. Kitab itu adalah al-Qur’an sendiri.

 

Itu “perkataan” Allah, “hadis” yang Allah turunkan, yang paling baik. Dalam ayat yang lain Allah bertanya lagi:

 

7:185. Tidakkah mereka merenungkan dominion langit dan bumi, dan apa sahaja yang Allah cipta, dan boleh jadi tempoh mereka sudah dekat? Maka dengan hadis apakah yang mereka, sesudah ini, akan mempercayai?

 

45:6. Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan mempercayai?

 

77:49. Kecelakaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan!

77:50. Maka dengan hadis apakah sesudah ini yang mereka akan mempercayai?

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:

 

Junaid al-Baghdadi berkata, “Bila zauk (keghairahan) bertemu dengan kenyataan Ilahi di dalam diri seseorang, dia itu berada di dalam keadaan samada kelazatan yang amat sangat atau keharuman yang mendalam”.

 

Ada dua jenis zauk: zauk lahiriah dan zauk rohaniah.

 

Tahukah siapa Imam Besar Junaid al-Baghdadi ?. Beliau juga menulis kitab yang bernama  Ehyaul Uloom. Dalam muka surat 53, dia berkata, “Saya perlukan seks lebih daripada makanan”. Sila semak sendiri untuk kepastian.

 

Satu kumpulan anak murid Imam Besar Junaid Baghdadi berjalan mengharungi Sungai Tigris. Mereka mengucap "Ya Junaid, Ya Junaid." Tetapi bila anak muridnya berkata "Ya Allah, Ya Allah," dia hampir tenggelam. Sila lihat kitab Malfoozat karangan Ahmed Raza Khan Barelwi - 1:117. Sila semak sendiri untuk kepastian.

 

Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jilani lagi:

 

Secara biasa, pengaruh luar - seperti puisi yang indah yang dibaca, atau Qur’an dibaca dengan suara yang merdu, atau keghairahan yang dicetuskan oleh upacara zikir sufi - boleh mengakibatkan peningkatan kerohanian.

 

Bila seorang membaca al-Qur’an dengan satu nada yang sama, samada bab seronok (syurga) atau bab takut (neraka) maka kesimpulannya ialah dia tidak tahu apa yang dia baca !.

 

(Sila lakukan ujian ini, dengan membaca sebuah novel. Rasakan degup jantung sendiri. Dalam babak asmara, jiwa terusik, kalau babak menyayat hati, air mata akan membasahi pipi,  kalau babak lucu pula, akan terukir sebuah senyuman - penulis)

 

Allah mengatakan al-Qur’an bukan syair 36:39 tetapi mengikut Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, yang ber“bin”kan Imam Besar Junaid al-Baghdadi, al-Qur’an dibaca dengan suara yang merdu, atau keghairahan yang dicetuskan oleh upacara zikir sufi - boleh mengakibatkan peningkatan kerohanian.

 

Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, lagi:

 

“Dan orang yang menjauhi berhala-hala daripada menyembahnya dan kembali kepada Allah adalah bagi mereka khabar yang menggirangkan. Oleh itu girangkanlah hamba-hamba-Ku. Yang mendengar perkataan lalu menurut yang sebaik-baiknya. Merekalah orang-orang yang dipimpin oleh Allah dan mereka itu ialah orang-orang yang mempunyai fikiran”. (Surah az-Zumar, ayat 17 & 18).

 

39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

 

Orang yang beriman, akan menggunakan otak untuk berfikir. Mereka akan mendengar bermacam-macam hujah, lalu dia akan mengikuti pendapat yang paling baik. Pendapat yang paling baik adalah pendapat yang ada dalam sebuah kitab berusia 1400 tahun.

 

Untuk memudahkan pembaca, telah ada bermacam-macam pendapat, ulasan demi ulasan, dari bab pertama sehinggalah apa yang dibaca sekarang, terpulanglah pada kalian untuk mengikuti pendapat yang paling baik.

 

39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

“Ayat-ayat Qur’an, puisi yang berhikmah dan ajaib mengenai cinta dan bunyi serta suara kerinduan menyalakan wajah roh”.

 

Lihatlah pendapat tersebut, perlukah ia diulas ?.

 

Zauk sebenar adalah hubungan cahaya dengan cahaya bila roh insan bertemu dengan cahaya Ilahi. Allah berfirman:


“Yang suci untuk yang suci pula”. (Surah an-Nuur, ayat 26).

 

Jika menurut al-Qur’an. Surah Nur ayat 11 hingga 26 adalah kes berat. Ada ancaman Allah, teguran Allah pada orang mukmin lelaki dan perempuan, undang-undang zina, menabur fitnah, cakap tanpa usul periksa berat pada pandangan Allah, jangan mengikuti langkah syaitan dll.

 

Ayat itu tidak boleh dijadikan hujah “zauk”,  “cahaya dengan cahaya” dan lain-lain lagi. Ini satu yang tidak releven. Cuba baca keseluruhan ayat-ayat tersebut. Ada kencaman Allah sedang menanti.

 

24:11. Orang-orang yang datang dengan kedustaaan adalah satu kumpulan daripada kamu; janganlah menyangka ia jahat bagi kamu, tetapi ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap lelaki daripada mereka mendapat dosa yang ia mengusahakan dikenakan kepadanya; dan sesiapa daripada mereka yang mengambil bahagian yang lebih besar daripadanya, baginya azab yang besar.

 

24:12. Mengapa tidak, apabila kamu mendengarnya, orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, terhadap diri-diri mereka sendiri menyangka baik, dan berkata, "Inilah kedustaan yang nyata"?

 

24:13. Mengapa mereka tidak mendatangkan empat saksi terhadapnya? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi, maka pada pandangan Allah, merekalah pendusta-pendusta.

 

24:14. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya di dunia dan di akhirat, tentulah kamu disentuh kerana rungutan-rungutan kamu, dengan azab yang besar.

 

24:15. Apabila kamu menerimanya dengan lidah kamu, dan kamu mengatakan dengan mulut-mulut kamu apa yang mengenainya kamu tidak ada pengetahuan, dan kamu mengiranya satu yang ringan, dan di sisi Allah ia adalah satu yang besar.

 

24:16. Dan mengapa, apabila kamu mendengarnya, kamu tidak berkata, "Tidak patut bagi kami untuk mengatakan mengenai ini; Engkau disanjung! Ini pengumpatan yang besar"?

 

24:17. Allah menegurkan kamu, bahawa kamu jangan kembali kepada yang serupa dengannya lagi selama-lamanya, jika kamu orang-orang mukmin.

 

24:18. Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

 

24:19. Orang-orang yang menyukai bahawa kesumbangan disebarkan mengenai orang-orang yang percaya, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui.

 

24:20. Tetapi kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, dan bahawa Allah Lembut, Pengasih.

 

24:21. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia menyuruh pada kesumbangan dan mungkar. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu dan pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara kamu yang menjadi suci selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Mendengar, Mengetahui.

 

24:22. Janganlah orang-orang antara kamu yang mempunyai pemberian dan keluasan bersumpah untuk tidak memberi sanak saudara, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah; tetapi hendaklah mereka memaafkan dan mengampunkan. Tidakkah kamu menyukai bahawa Allah akan mengampuni kamu? Allah Pengampun, Pengasih.

 

24:23. Sesungguhnya orang-orang yang membalingkannya kepada wanita-wanita yang berkahwin, yang lalai tetapi mukmin, akan dilaknati di dunia dan di akhirat; dan bagi mereka, azab yang besar.

 

24:24. Pada hari apabila lidah mereka, dan tangan mereka, dan kaki mereka, mempersaksikan terhadap mereka mengenai apa yang mereka telah buat.

 

24:25. Pada hari itu, Allah membayar kepada mereka sepenuhnya pembalasan mereka yang patut, dan mereka mengetahui bahawa Allah, Dia adalah jelasnya Yang Benar (Hak).

 

24:26. Wanita-wanita yang buruk untuk lelaki-lelaki yang buruk, dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita-wanita yang buruk; wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka inilah yang terlepas daripada apa yang mereka mengatakan; bagi mereka, keampunan dan rezeki yang mulia.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, berkata lagi:

 

Rohnya yang di dalam zauk mengatasi pancaindera. Ia adalah umpama keadaan meracau orang yang demam panas, agak tidak mungkin mencegah orang yang demikian daripada terketar-ketar, bergoyang dan menjadi kaku di dalam meracau itu kerana dia tidak ada kuasa terhadap penzahiran yang keluar atau berlaku kepadanya itu.

 

Adakah ini panggil “menurun”, “masuk dato” atau “Naik Sheikh”  ?.

 

Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:

 

Keadaan zauk kerohanian yang demikian, yang di masuki oleh para sahabat akrab Allah di dalam melakukan pergerakan dan pusingan pada upacara mereka, adalah cara untuk menimbulkan keghairahan dan dorongan pada hati mereka.

 

Mengapa tidak digunakkan “diresapi oleh makluk halus”, sebaliknya ungkapan yang digunakkan ialah  “di masuki oleh para sahabat akrab Allah ?”.

 

Adakah Allah mempunyai sahabat akrab  yang terdiri dari makluk halus seperti Jin ?. Syaitan ?. Iblis?.

 

6:116. Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan.

 

Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:

 

Nabi s.a.w bersabda, “Upacara keghairahan yang dilakukan oleh para pencinta Allah, tarian dan nyanyian mereka, merupakan kewajipan bagi sebahagian, dan bagi sebahagian yang lain adalah harus sementara bagi yang lain pula adalah bidaah. Ia adalah kewajipan bagi manusia yang sempurna, harus bagi kekasih Allah dan bagi yang lalai adalah bidaah”. Dan, “Adalah sifat yang tidak sihat bagi orang yang tidak merasa kelazatan berada bersama kekasih Allah: puisi orang arif yang mereka nyanyikan, musim bunga, warna dan keharuman bunga, burung dan nyanyiannya”.

 

Mengapa sampai seteruk ini, tohmah dan fitnah yang dilemparkan kepada Nabi Muhammad. Tidak malukah kepada Allah ?. 

 

68:4. Sesungguhnya kamu adalah di atas budi pekerti yang besar. (kamu disitu adalah Nabi Muhammad - penulis)

 

Orang arif pula dengan puisi sufi dan dihiburkan pula dengan nyanyian burung Bulbul. Leka dalam lekaan berpanjangan.

 

Benar firman Allah:

 

6:70. Dan tinggalkanlah orang-orang yang mengambil agama mereka untuk satu permainan, dan satu hiburan, dan yang kehidupan dunia menipu mereka. Peringatkanlah dengannya supaya sesuatu jiwa tidak dibinasakan kerana apa yang ia mengusahakan; selain daripada Allah, ia tidak ada wali (pelindung) dan tidak ada pengantara, dan jika ia menebus dengan yang setara, ia tidak akan diambil daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dibinasakan kerana apa yang mereka mengusahakan. Bagi mereka, minuman daripada air yang mendidih, dan azab yang pedih, kerana mereka tidak percaya.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Orang yang lalai, yang menganggapkan mencari zauk kerohanian sebagai bidaah, orang yang tidak sihat sifatnya yang tidak dapat menikmati kelazatan yang indah, adalah sakit dan tidak ada penawar untuk penyakit ini. Mereka lebih rendah daripada burung dan haiwan, lebih rendah daripada keldai, kerana haiwan juga menikmati irama.

 

Bila Nabi Daud a.s melagukan suaranya burung-burung terbang di sekelilingnya untuk menikmati kemerduan suaranya. Nabi Daud a.s berkata, “Orang yang tidak mengalami keghairahan tidak dapat merasai agamanya”.

 

Demikianlah Agama Sufi, seperti dibuai oleh kepercayaan haiwan juga menikmati irama.  Usahlah kena tiga kali celaka seperti 2:79, dan janganlah serupa keledai 62:5 yang memikul kitab tebal.

 

Entah dari mana datang pula Nabi Daud dengan berkata, “Orang yang tidak mengalami keghairahan tidak dapat merasai agamanya”.

 

Kata-kata tulin Nabi Daud hanya ada dalam al-Qur’an, dan Kitab Nabi Daud adalah Zabur dan sesungguhnya Nabi Daud tidak merapu dan meracau.

 

38:26. "Wahai Daud, sesungguhnya Kami melantik kamu khalifah (pengganti) di bumi; maka hakimkanlah antara manusia dengan adil, dan janganlah mengikuti keinginan supaya ia tidak menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah, bagi mereka, azab yang keras kerana mereka melupakan Hari Perhitungan."

 

 

 

 

 

23: PENGASINGAN DIRI DARI DUNIA DENGAN MEMASUKI KHALWAT DAN SULUK

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:

 

Khalwat dan suluk harus dilihat secara zahir dan batin. Khalwat zahir ialah apabila seseorang mengambil keputusan untuk memisahkan dirinya daripada dunia, memencilkan dirinya di dalam satu ruang yang terpisah daripada orang ramai supaya manusia dan makhluk di dalam dunia selamat daripada kelakuan dan kewujudannya yang tidak diingini.

 

Namakan bersumberkan al-Quran, seorang para utusan, yang berkhalwat, mengambil keputusan untuk memisahkan dirinya daripada dunia, memencilkan dirinya di dalam satu ruang yang terpisah daripada orang ramai supaya manusia dan makhluk di dalam dunia selamat daripada kelakuan dan kewujudannya yang tidak diingini ?.

 

Para Nabi dan Rasul adalah contoh terbaik. Jika mereka tidak membuat begitu, mengapa pula harus kita melakukan sebegitu ?.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata:

 

Mengasingkan diri adalah benteng menghalang musuh bagi dosa diri sendiri dan kesalahan. Di dalamnya, sendirian, seseorang terpelihara di dalam kesucian. Firman Allah:

 
“Barangsiapa percaya akan pertemuan Tuhannya hendaklah ia kerjakan amal salih dan janganlah ia sekutukan seseorang jua dalam ibadat kepada Tuhannya”. (Surah al-Kahfi, ayat 110).

 

Nabi Muhammad juga serupa dengan manusia lain. Baginda tidak mengasingkan diri. Baginda juga akan meninggal dunia (3:144), memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar (25:7), kahwin (33:28), mempunyai keluarga dan keturunan (33:59), berperang (33:50), berniaga dan baginda juga sebaik-baik contoh.

 

Berkata saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:

 

Nabi s.a.w bersabda, “Kebesaran dan apa yang diburunya adalah bala, dan melarikan diri daripada kebesaran dan mengharapkan pujian orang dan apa yang dibawanya adalah keselamatan.”. Orang yang bercadang memasuki khalwat batin mestilah menutupi hatinya daripada kemegahan, sombong, takabur, marah, dengki, khianat dan yang seumpamanya. Jika sebarang perasaan yang demikian masuk kepadanya di dalam khalwatnya hatinya menjadi terikat. Ia tidak lagi terlepas daripada dunia dan khalwat demikian tidak berguna. Sekali kekotoran memasuki hati ia kehilangan kesuciannya dan semua kebaikan terbatal.


“Apa yang kamu bawa itu sihir, sesungguhnya Allah akan membatalkannya (kerana) Allah itu tidak membaguskan amal orang-orang yang berbuat bencana”. (Surah Yunus, ayat 81).

 

Apa releven atau hubung kait antara “Hadis Nabi” tentang “memasuki khalwat batin” dengan Allah membatalkan sihir ?.

 

Adakah kerana adanya perkataan “membatalkannya” dalam  “Hadis Nabi” itu, maka diambilnya ayat 10:81 itu sebagai hujah ?. (jadi, ayat al-Qur’an diambil untuk menguatkan “Hadis Nabi” ? - penulis)

 

Ayat itu berbunyi:

 

10:81. Kemudian, setelah mereka melempar, Musa berkata, "Apa yang kamu mendatangkan ialah sihir; sesungguhnya Allah akan membatalkannya. Sesungguhnya Allah tidak membetulkan amalan orang-orang yang membuat kerosakan."

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Walaupun perbuatan seseorang itu kelihatan bagus pada pandangan orang lain, bila sifat-sifat buruk memasukinya, orang itu dianggap berlaku khianat dan menipu dirinya sendiri dan juga orang lain.

 

Tahukah saudara, kitab tulisan tangan saudara telah menjadi rujukan orang ramai ?. Mereka kagum, terpesona, menangis dan ketawa dalam “majlis ilmu” tersebut ?.

 

Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jilani lagi:

 

Wajahnya akan menjadi cantik; perasaannya, samada dipendamkan atau dizahirkan, menjadi tulen.

 

Wajah fizikal yang cantik ?. Allah tidak melihat pada rupa paras yang cantik.

 

3:171. Mereka bergembira dengan rahmat dan pemberian daripada Allah, dan sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang mukmin.

 

18:30. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, sesungguhnya Kami tidak mensia-siakan upah orang yang amalannya baik.

 

Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:

 

Jadi, Allah menjaganya. Allah menerima doanya, kerinduannya dan puji-pujiannya dan mengabulkan segala keinginannya.

 
“Barangsiapa mahukan kemuliaan maka bagi Allah jualah semua kemuliaan. Kepada-Nya naik perkataan yang baik, amal yang salih itu Dia angkat”. (Surah Fatir, ayat 10).

 

Perkataan yang baik menyelamatkan lidah daripada perkataan yang sia-sia. Lidah adalah alat yang baik untuk memuji Tuhan, mengulangi nama-nama-Nya yang indah, memperakui keesaan-Nya.

 

Ayat penuh itu:

 

35:10. Sesiapa yang menghendaki kemuliaan, maka kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah. Kepada-Nya kata-kata yang baik naik, dan kerja-kerja kebaikan - Dia menaikkannya; tetapi orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bagi mereka adalah azab yang keras, dan tipu daya mereka akan menjadi sia-sia belaka.

 

Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:

 

Allah memberi amaran terhadap perkataan yang sia-sia:


“Tidak sekali-kali! Sesungguhnya yang demikian perkataan yang ia ucapkan padahal di belakang mereka satu dinding hingga hari mereka dibangkitkan (mereka tidak benar dalam perkataan mereka)”. (Surah Mukminuun, ayat 100).

 

Allah mengurniakan keampunan-Nya, kasihan belas-Nya kepada orang yang belajar dan mengamalkannya dengan niat yang baik. Dia membawanya hampir dengan membawanya kepada darjat yang lebih tinggi. Dia reda kepadanya, Dia maafkan kesalahannya.

 

Ayat itu telah dimanupulasikan sepenuhnya.

 

23:99. Sehingga, apabila kematian datang kepada seorang daripada mereka, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, kembalikanlah aku,

23:100. Supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang aku telah meninggalkan." Tidak, ia hanyalah satu kata yang dia mengucapkan; dan di belakang mereka ada barzakh (tembok) hingga hari mereka dibangkitkan.

23:101. Maka apabila trompet ditiupkan, pada hari itu tidak akan ada pertalian kekeluargaan lagi antara mereka, dan mereka tidak saling bertanya.

 

Bila hendak mati, baru dia berdoa kepada Allah, "Wahai Pemeliharaku, kembalikanlah aku, supaya aku membuat kerja-kerja kebaikan yang aku telah meninggalkan."

 

Tetapi, kata-katanya atau doanya ada tembok antara dia dan Allah. (hajat tak kesampaian - penulis), dia dimatikan sehingga hari berbangkit.

 

Walaupun begitu ulasan saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, yang “Allah mengurniakan keampunan-Nya, kasihan belas-Nya kepada orang yang belajar dan mengamalkannya dengan niat yang baik. Dia membawanya hampir dengan membawanya kepada darjat yang lebih tinggi. Dia reda kepadanya, Dia maafkan kesalahannya” adalah sesuatu yang keterlaluaan dan sesuatu yang mustahil !.

 

Kes pertama dengan niat baik, seseorang boleh belajar dari 2:102, sihir, berkawan dengan Jin, kitab-kitab agama lain, menyambung, memotong atau mencampur ayat-ayat al-Qur’an, dengan syair, jampi dan mentera.

 

Kes kedua juga dengan niat baik juga, bomoh, dukun, pawang atau orang arif itu membaca surah-surah tertentu sekian-sekian banyak, pada malam atau pagi sekian-sekian atau melakukan  sembahyang sekian-sekian rokaat dan sebagainya.  

 

Kedua-dua kes tersebut adalah dengan niat yang baik, hendak menolong orang, mengubati orang, mencari barang hilang, jampi penerang hati, mengembalikan keharmonian rumah tangga, menolak bala, melaris perniagaan dan sebagainya.

 

 

Berkata lagi Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:

 

Bila seseorang telah dinaikkan kepada darjat itu hatinya menjadi seperti laut. Bentuk dan warna laut itu tidak berubah kerana sedikit Kekejaman dan penganiayaan yang orang ramai Buangkan kepadanya.

 

Nabi s.a.w bersabda, “Jadilah seperti laut yang tidak berubah, tetapi di dalamnya tentera gelap (ego) kamu akan lemas”, seperti Firaun lemas di dalam Laut Merah.

 

Dalam lautan itu kapal agama timbul dengan selamat dan sejahtera, ia berlayar di dalam lautan yang luas itu. Roh orang yang di dalam khalwat terjun ke dasarnya untuk mendapatkan mutiara kebenaran, membawa ke permukaan mutiara kebijaksanaan (makrifat) dari batu karang budi pekerti dan menyebarkannya ke tempat yang jauh.

 

Firman Allah:

 
“Keluar daripadanya mutiara dan marjan (batu karang)”. (Surah ar-Rahmaan, ayat 22).


Amboi, tiada kata secantik bahasa !. Ayat itu telah dimanupulasi sepenuhnya. 

 

Dinaikkan kepada darjat itu hatinya menjadi seperti laut, lalu ada “Hadis Nabi” tentang laut, kemudian menyamakan seperti Firaun yang lemas di dalam Laut Merah, dan, roh orang itu, terjun kedasarnya untuk mendapatkan mutiara kebenaran, dan membawa ke permukaan mutiara kebijaksanaan (makrifat) dari batu karang budi pekerti dan menyebarkannya ke tempat yang jauh - Demi Allah ini sesuatu yang benar-benar pelik.   

 

55:14. Dia mencipta manusia daripada tanah liat yang kering yang seperti kepunyaan pembuat tembikar,

55:15. Dan Dia mencipta jin daripada api yang tiada asap.

55:16. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:17.  Pemelihara dua Timur, Pemelihara dua Barat,

55:18. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu?

55:19. Dia membiarkan dua laut yang bertemu bersama,

55:20.  Antara keduanya ada satu barzakh (tembok) yang keduanya tidak melintasi.

55:21. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:22. Dari keduanya keluar mutiara dan merjan.

55:23. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu dan kamu mendustakan?

55:24. Bagi-Nya juga kapal-kapal yang berlayar, yang tumbuh di laut seperti tanda-tanda untuk perjalanan.

 

47:30. Sekiranya Kami mengkehendaki, tentu Kami memperlihatkan mereka kepada kamu, kemudian kamu akan mengenali mereka dengan tanda mereka; dan sungguh, kamu akan kenal mereka pada ucapan mereka yang memutarbelitkan; dan Allah mengetahui amalan-amalan (perbuatan) kamu.

 

 

 

 

24: DOA DAN ZIKIR BERHUBUNG DENGAN JALAN SULUK

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Melakukan ibadat tersebut memerlukan suasana yang suci dan sebaik-baiknya berada di dalam keadaan berpuasa. Bilik khalwat biasanya berhampiran dengan masjid kerana syarat bagi salik perlu meninggalkan bilik khalwatnya lima kali sehari bagi mengerjakan sembahyang berjemaah dan pada ketika tersebut hendaklah menjaga dirinya agar tidak menonjol, menyembunyikan diri dan tidak berkata-kata walau sepatah perkataan pun. Sesiapa yang di dalam suluk hendaklah mengambil langkah tegas untuk lebih menghayati dan mematuhi prinsip-prinsip, dasar-dasar dan syarat-syarat sembahyang berjemaah.

 

Setiap malam, ketika tengah malam, salik mestilah bangun untuk mengerjakan sembahyang tahajjud, yang bermaksud suasana jaga sepenuhnya di tengah-tengah tidur. Sembahyang tahajjud membawa symbol kebangkitan setelah mati. Bila seseorang berjaya bangun untuk melakukan sembahyang tahajjud dia adalah Pemilik hatinya dan pemikirannya bersih. Agar suasana jaga ini tidak rosak dia tidak seharusnya melibatkan diri dengan kegiatan harian seperti makan dan minum.

 

Sebaik sahaja bangun dengan menyedari dibangkitkan daripada kelalaian kepada kesedaran, ucapkan:

 
“Alhamduli-Llahi ahyani ba’da ma amatani wa-ilaihin-nusyur- Segala puji bagi Allah yang membangkitkan daku setelah mengambil hidupku. Selepas mati semua akan dibangkitkan dan kembali kepada-Nya”.

 

Kemudian bacakan sepuluh ayat terakhir surah al-‘Imraan, iaitu ayat 190 - 200.

 

Selepas itu mengambil wuduk dan berdoa:


“Kemenangan untuk Allah! Segala puji untuk-Mu. Tidak ada yang lain daripada-Mu yang layak menerima ibadat. Daku bertaubat dari dosaku. Ampuni dosaku, maafkan kehadiranku, terimalah taubatku. Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memaafkan. Wahai Tuhanku! Masukkan daku ke dalam golongan mereka yang menyedari kesalahan mereka dan masukkan daku ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang salih yang memiliki kesabaran, yang bersyukur, yang mengingati Engkau dan yang memuji Engkau malam dan siang”.

 

Kemudian dongakkan pandangan ke langit dan buat pengakuan:


“Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah, Esa, tiada sekutu, dan aku naik saksi Muhamamd adalah hamba Allah dan Rasul-Nya. Daku berlindung dengan keampunan-Mu daripada azab-Mu. Daku berlindung dengan keredaan-Mu daripada murka-Mu. Daku berlindung dengan-Mu daripada-Mu. Aku tidak mampu mengenali-Mu sebagaimana Engkau kenali Diri-Mu. Aku tidak mampu memuji-Mu selayaknya. Daku adalah hamba-Mu, daku adalah anak kepada hamba-Mu. Dahiku yang di atasnya Engkau tuliskan takdir adalah dalam tangan-Mu. Perintah-Mu berlari menerusi daku. Apa yang Engkau tentukan untukku adalah baik bagiku. Daku serahkan kepada-Mu tanganku dan kekuatan yang Engkau letakkan padanya. Daku buka diriku di hadapan-Mu, mendedahkan semua dosaku. Tiada Tuhan kecuali Engkau, dan Engkau Maha Pengampun, aku yang zalim, aku yang berbuat kejahatan, daku menzalimi diriku. Untukku kerana daku adalah hamba-Mu ampunkan dosa-dosaku. Engkau jualah Tuhan, hanya Engkau yang boleh mengampunkan”.

 

Kemudian menghadap ke arah kiblat dan ucapkan:


“Allah Maha Besar! Segala puji untuk-Nya. Aku ingat dan membesarkan-Nya”.

 

Kemudian ucapkan sepuluh kali:

“Segala kemenangan buat Allah”.

 

Kemudian ucapkan sepuluh kali:

“Segala puji dan syukur untuk Allah”.

 

Kemudian ucapkan sepuluh kali:

“Tiada Tuhan melainkan Allah”.

 

Kemudian lakukan sembahyang sepuluh rakaat, dua rakaat satu salam. Nabi s.a.w bersabda, “Sembahyang malam dua, dua”. Allah memuji orang yang bersembahyang malam.


“Dan di sebahagian malam hendaklah engkau sembahyang tahajjud sebagai sembahyang sunat untukmu, supaya Tuhanmu bangkitkan kamu di satu tempat yang terpuji”. (Surah Bani Israil, ayat 79).

 

“Renggang rusuk-rusuk mereka dari tempat tidur, dalam keadaan menyeru Tuhan mereka dengan takut dan penuh harapan, dan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan itu mereka belanjakan”. (Surah as-Sajadah, ayat 16 & 17).

 

Kemudian pada akhir malam bangun semula untuk mengerjakan sembahyang witir tiga rakaat, sembahyang yang menutup semua sembahyang-sembahyang pada hari itu. Pada rakaat ketiga selepas al-Faatihah bacakan satu surah dari Qur’an, kemudian angkatkan tangan seperti pada permulaan sembahyang sambil ucapkan “Allahu Akbar!” dan bacakan doa qunut. Kemudian selesaikan sembahyang seperti biasa.

 

Setelah matahari terbit orang yang di dalam suluk perlu melakukan sembahyang isyraq, sembahyang yang menerangi, dua rakaat.

 

Selepas itu melakukan sembahyang istihadha’ dua rakaat, mencari perlindungan dan keselamatan daripada syaitan. Pada rakaat pertama selepas al-Faatihah bacakan surah al-Falaq. Dalam rakaat kedua selepas al-Faatihah bacakan surah an-Nas.

 

Bagi mempersiapkan diri untuk hari itu lakukan sembahyang sunat istikharah, sembahyang meminta petunjuk Allah untuk keputusan yang benar pada hari itu. Pada tiap rakaat selepas al-Faatihah bacakan ayat al-Kursi. Kemudian tujuh kali surah al-Ikhlas.

 

Kemudian pagi itu lakukan sembahyang dhuha, sembahyang kesalihan dan kedamaian hati. Lakukan enam rakaat. Bacakan surah asy-Syams dan surah ad-Dhuha. Sembahyang dhuha diikuti oleh dua rakaat kaffarat, sembahyang penebusan terhadap kekotoran yang mengenai seseorang tanpa boleh dielakkan atau disedari. Tersentuh dengan kekotoran walaupun secara tidak sengaja masih berdosa, boleh dihukum. Ini boleh berlaku walaupun di dalam suluk, misalnya melalui keperluan tubuh badan. Nabi s.a.w bersabda, “Jaga-jaga dari najis - walaupun ketika kamu kencing, satu titik tidak mengenai kamu - kerana ia adalah keseksaan di dalam kubur”. Setiap rakaat, selepas membaca al-Faatihah bacakan surah al-Kausar tujuh kali.

 

Satu lagi sembahyang - panjang, walaupun empat rakaat - harus dilakukan dalam satu hari semasa khalwat atau suluk. Ini adalah sembahyang tasbih - sembahyang penyucian atau pemujaan. Jika seseorang itu mengikuti mazhab Hanafi dia melakukannya empat rakaat satu salam. Jika dia berfahaman Syafi’e dilakukannya dua rakaat satu salam, dua kali. Ini jika dilakukan di siang hari. Jika dilakukan malam hari Hanafi dan Syafi’e sependapat, dua rakaat satu salam, dua kali.

 

Dalam Agama Sufi, ada amalan Suluk, dimana siSalik hanya mengikut ajaran sang Sifu.

 

Allah tidak mengalpakan/melupakan (6:38), sama sekali walaupun satu huruf dalam al-Qur’an. Walaupun seperti berkata “cis” atau “ah” (17:53) pada ibu bapa pun Allah memberitahu pada umat manusia,  inikan pula satu ibadat solat yang amat besar.

 

“Dan di sebahagian malam hendaklah engkau sembahyang tahajjud sebagai sembahyang sunat untukmu, supaya Tuhanmu bangkitkan kamu di satu tempat yang terpuji”. (Surah Bani Israil, ayat 79).

 

Tidak ada solat tahajjud.

 

17:79. Dan untuk malam, pada sebahagiannya, berjaga-jagalah dengannya sebagai amalan tambahan bagi kamu; mudah-mudahan Pemelihara kamu membangkitkan kamu kepada sebuah medan yang terpuji.

 

17:80. Dan katakanlah, "Wahai Pemeliharaku, masukkanlah aku dengan kemasukan yang sebenar, dan keluarkanlah aku dengan keluaran yang sebenar; dan buatkanlah bagiku kuasa daripada sisi Engkau untuk menolongku."

 

17:81. Dan katakanlah, "Yang benar telah datang, dan yang palsu telah lenyap; sesungguhnya yang palsu pasti lenyap."

 

Berjaga malamlah dengan amalan tambahan, kemudian diakhirilah ia dengan berdoa “Wahai Pemeliharaku, masukkanlah aku dengan kemasukan yang sebenar, dan keluarkanlah aku dengan keluaran yang sebenar; dan buatkanlah bagiku kuasa daripada sisi Engkau untuk menolongku. Yang benar telah datang, dan yang palsu telah lenyap; sesungguhnya yang palsu pasti lenyap."

 

Jika ada solat tahajjud apa akan terjadi pada ayat 11:114  ?.

 

11:114. Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.

 

Tetapi banyak ada amalan-amalan malam yang telah dikitabkan. Sila semak al-Qur’an untuk lebih memahami.

 

Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:

 

Nabi s.a.w memberitahu mengenai sembahyang ini kepada bapa saudara baginda, Ibnu Abbas, “Wahai bapa saudaraku yang ku kasihi. Ingatlah aku akan berikan kepada kamu satu pemberian. Perhatikanlah aku akan Sampaikan kepada kamu satu yang sangat baik. Ingatlah aku akan berikan kepada kamu kehidupan dan harapan baharu. Ingatlah aku akan berikan kepada kamu sesuatu yang bernilai sepuluh daripada perbuatan-perbuatan yang baik. Jika kamu kerjakan apa yang aku beritahu dan ajarkan kepada kamu Allah akan ampunkan dosa-dosa kamu yang lalu dan yang akan datang, yang lama dan yang baharu, yang kecil dan yang besar. Lakukan secara diketahui atau tidak diketahui, secara tersembunyi atau terbuka”.



“Engkau kerjakan sembahyang empat rakaat. Pada tiap-tiap rakaat selepas al-Faatihah kamu bacakan satu surah dari Qur’an. Ketika kamu berdiri bacakan lima belas kali:


Subhana Llahi il-hamdu li-Llahi la ilaha illa Llahu wa-Llahu akbar, wa-la hawla wa-la quwwata illa billahil l-‘Ali I-‘Azim.

 
Bila kamu rukuk, tangan di atas lutut, bacakan sepuluh kali. Ketika berdiri ulanginya sepuluh kali lagi. Ketika kamu sujud bacakan sepuluh kali. Bila kamu bangun dari sujud bacakan sepuluh kali. Ketika duduk bacakan sepuluh kali. Sujud semula bacakan sepuluh kali. Duduk semula bacakan sepuluh kali. Kemudian bangun untuk rakaat kedua. Lakukan serupa untuk rakaat yang lain sehingga empat rakaat”.

 

“Jika kamu mampu lakukan sembahyang ini setiap hari. Jika tidak lakukan sekali sebulan. Jika tidak mampu juga lakukan sekali setahun. Jika masih tidak mampu lakukan sekali seumur hidup”.

 

Jika ini ayat ini benar-benar keluar dari mulut Nabi Muhammad, ini bermakna Nabi Muhammad berpilih kasih. Kenapa mesti bapa saudara baginda ?. Kenapa tidak pada isteri-isteri baginda ?. Kenapa tidak pada sahabat baginda yang lain ?. Kenapa tidak diistiharkan kepada orang ramai ?. Kenapa mesti berahsia ?. Kenapa tidak ada suruhan ini didalam al-Qur’an ?. Adakah Allah terlupa dikitabkan sesuatu “solat” yang sangat penting itu dalam al-Quran ?.

 

Kisah orang yang tidur didalam Qua (18:17), pun Allah ceritakan dalam kitabnya, inikan pula suatu peristiwa besar. Fikir-fikirkanlah.

 

Andaikata, ayat ini benar-benar keluar dari mulut Nabi Muhammad sendiri, Allah akan memutuskan urat jantung Nabi Muhammad.

 

69:44. Sekiranya dia mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan,

69:45. Tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan,

69:46. Kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya,

 

Jika, Nabi Muhammad tidak menyuruh amalan suluk pada diri si salik, maka, milik siapakah agenda ini ?.

 

3:161. Tiadalah bagi seorang Nabi untuk dia menipu, dan sesiapa menipu akan datang dengan apa yang ditipukannya pada Hari Kiamat; kemudian tiap-tiap jiwa akan dibayar sepenuhnya apa yang ia mengusahakan, dan mereka tidak dizalimi.

 

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:

 

Orang yang di dalam suluk juga dianjurkan membaca surah al-Ikhlas seratus kali sehari. Perlu juga membaca Selawat seratus kali sehari. Dia juga perlu membaca doa ini sebanyak seratus kali:

 
“Astaghfiru Llah al-‘Azim, la ilaha illa Huwa l-Hayy ul-Qayyum - mimma qaddamtu wa-ma akhkhartu wa-ma ‘alantu wa-ma asrartu wa-ma anta a’lamu bihi minni. Anta l-Muqaddimu wa-antal Muakhkhiru wa-anta ‘ala kulli syai in Qadir”.

 

Kenapa penterjemah lupa menterjemahkan doa tersebut kedalam bahasa melayu ?.

 

 

 

View My Guestbook
Sign My Guestbook