AMARAN : Laman ini untuk membincangkan tentang ISLAM dengan merujuk kepada al-Qur'an berbanding dengan kitab tulisan tangan manusia. Bagi anda yang sensitif, sila kembali ke laman sebelumnya.
Bacaan
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian A.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian B.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian C.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian D.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian E.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian F.
“Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar - Bahagian G.
Halaman Utama
link
25: MIMPI-MIMPI
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Nabi
s.a.w bersabda, “Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi sesungguhnya dia
benar-benar melihatku kerana syaitan tidak dapat mengambil bentukku”.
Seperti kanak-kanak yang mengidami sebuah basikal. Hari-hari dia berfikir
perihal basikal, sehingga dia bermimpi mendapat basikal.
Begitu juga jika seseorang yang “mind-set” betul-betul mengidam bertemu
Rasullulah, tidak mustahil dia bermimpikan seorang Arab dengan serban dan
berjubah, dan pasti dia akan mengaku bahawa dia bermimpikan Rasullulah.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Orang
arif mentafsirkan hadis Nabi s.a.w di atas dengan mengatakan syaitan bukan
sahaja tidak dapat mengambil bentuk Nabi s.a.w malah syaitan juga tidak dapat
berpura-pura mengakui seseorang atau sesuatu yang ada sifat kemurahan dan
kebaikan atau kasih sayang dan lemah lembut dan beriman.
Katakanlah, seseorang itu bermimpi didatangi seorang jelmaan lelaki Arab
dengan serban dan jubah lalu mengaku bahawa dia adalah “Rasullulah”.
Jelmaan lelaki Arab itu semestinya Rasullulah, kerana Syeikh Abdul Qadir al-Jilani telah berkata yang syaitan tidak dapat mengambil bentuk Nabi Muhammad malah syaitan juga tidak dapat berpura-pura mengakui dia Nabi Muhammad, maka jelmaan lelaki Arab tersebut semestinya Rasullulah.
Maka jika “Rasullulah” berkata-kata dengan si empunya kemudian membisikan
kata-kata indah, janji-janji manis, lalu diselitkan dengan wirid-wirid khas
dengan dakwaan mempunyai khasiat itu dan ini, serta ganjaran sekian dan sekian,
adakah amalan itu benar-benar disampaikan oleh “Rasullulah” ?.
Jika jawapan itu “ya”, maka terdapat tiga tandatanya disini.
Pertama, baginda gagal dalam melaksanakan kewajipan kerasulan semasa
hayat baginda lalu baginda terpaksa membuat “follow-up” kepada manusia walaupun
setalah baginda wafat !.
Kedua, selaku Nabi yang amanah, baginda mesti hadir dalam mimpi setiap
manusia !.
Ketiga, jika “Rasullulah” itu pula menyuruh membunuh, merogol atau
merompak adakah arahan “Rasullulah” patut dipatuhi ?. Adakah orang yang
bermimpi itu terpaksa menurut
kehendak “Rasullulah” tersebut
?.
Mengikut Syeikh Abdul Qadir al-Jilani sendiri, “Rasullulah” palsu itu
sebenarnya “Rasullulah” tulin, kerana Syeikh Abdul Qadir al-Jilani sendiri
telah berkata yang syaitan tidak dapat mengambil bentuk Nabi Muhammad, malah,
syaitan juga tidak dapat berpura-pura mengakui dia Nabi Muhammad.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata:
Sesungguhnya
Nabi-nabi, wali-wali, malaikat, Masjidil haram, matahari, bulan, awan putih,
Qur’an yang suci, merupakan kewujudan yang ke dalamnya syaitan tidak boleh
masuk juga tidak dapat mengambil bentuk mereka.
Daripada syaitan tidak boleh menyerupai Nabi Muhammad, kini senarai tersebut telah diperpanjangkan kepada semua para Nabi-nabi, wali-wali, malaikat, Masjidil haram, matahari, bulan, awan putih dan al-Qur’an yang suci.
Adakah objek-objek tersebut sama taraf dengan Nabi Muhammad ?.
Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Ini
kerana syaitan adalah tempat dan keadaan yang menzahirkan kekerasan, hukuman
dan kesengsaraan. Ia hanya boleh menggambarkan kekeliruan dan keraguan.
Benar saudara, syaitan menimbulkan kesengsaraan, kekeliruan dan keraguan.
Dari sebuah kitab jelas tanpa ragu-ragu, telah menjadi kitab melondeh “rahsia
dalam rahsia”, penuh dengan omong kosong, kekeliruan dan keraguan.
2:09. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang percaya, dan hanya
diri-diri mereka sendiri yang mereka tipu, dan mereka tidak menyedari.
2:10. Di dalam hati mereka ada penyakit, dan Allah menambahkan penyakit mereka, dan bagi mereka, azab yang pedih kerana mereka mendustakan.
2:11. Apabila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu membuat
kerosakan di bumi", mereka berkata, "Kami hanyalah orang-orang yang
membetulkan."
2:12. Sesungguhnya, merekalah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi
mereka tidak menyedari.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Tetapi
syaitan boleh mengaku menjadi Allah dan menipu manusia, membawa mereka menjadi
sesat. Ini hanya boleh dilakukan dengan izin Allah.
Siapa lebih hebat Allah, Rob sekian alam atau Nabi Muhammad hambaNya ?.
Jika mengikut tulisan Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, jawapan diberi semestinya
ialah Nabi Muhammad.
Ini kerana syaitan tidak boleh menyerupai Nabi Muhammad walaupun dalam
mimpi, tetapi, dalam mimpi, syaitan boleh mengaku menjadi Allah untuk menipu
manusia.
Tidak mahu menyimpan sifat berburuk sangka terhadap saudara Syeikh Abdul
Qadir al-Jilani, tetapi, beliau telah menulis dalam sebuah kitab lain tentang
penggalaman beliau menewaskan tipu daya syaitan.
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani menceritakan: ``Pada suatu hari ketika aku musafir, bahang matahari kurasakan tersangat panas menyebabkan diriku kehausan yang teramat sangat. Tiba-tiba muncul gumpalan awam hitam pekat menaungiku, dan daripadanya berhembus angin dingin menyebabkan lidahku basah semula.
``Tiba-tiba muncul suara dari gumpalan awan hitam itu hingga aku
tersentak terkejut. Suara itu menyeru namaku: ``Wahai Abdul Qadir, akulah
tuhanmu.'' Aku bertanya, ``Kamukah Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia?''
Lalu suara itu memanggilku lagi, katanya: ``Wahai Abdul Qadir, aku
tuhanmu, kini aku halalkan kepadamu apa-apa yang aku haramkan atasmu.'' Lantas,
aku tegas membantah: ``Tidak, kamu bukan Tuhanku, tapi kamu adalah Iblis.''
``Serta-merta gumpalan awan itu terkoyak-koyak diikuti suara di
belakangku: ``Wahai Abdul Qadir, sungguh kamu terselamat daripada tipu dayaku
kerana kefaqihanmu (kefahaman) terhadap agamamu. Sesungguhnya sebelum kamu,
sudah terpedaya 70 orang yang masuk dalam jaringanku.''
Sama-samalah kita merenungi peristiwa berikut. Benar ataupun khayalan,
logik atau tidak, ia bukanlah batu asas dalam tajuk perbincangan ini.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani lagi:
“Katakanlah:
‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia)
kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah! Dan
bukanlah aku dari golongan musyrikin”. (Surah Yusuf, ayat 108).
Dalam
ayat ini ‘orang yang mengikuti daku’ adalah manusia sempurna, guru kerohanian
yang sebenar yang akan datang selepas Nabi Muhamamd s.a.w, yang akan mewarisi
ilmu batin baginda dan kebijaksanaan baginda dan yang akan berada hampir dengan
Allah. Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing
sebenar’. (Surah al-Kahfi, ayat 17).
Surah Yusof ayat 108, telah “ditafsirkan” oleh “ijtihad” atau “pendapat
peribadi” Syeikh Abdul Qadir al-Jilani sendiri.
12:101. Wahai Pemeliharaku, Engkau telah memberikan aku untuk memerintah,
dan Engkau telah mengajar aku interpretasi hadis (mimpi). Wahai Pemula langit
dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku
dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih."
12:102. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami mewahyukan
kamu, dan kamu tidak berada dengan mereka ketika mereka bersetuju dalam urusan
mereka, dengan membuat tipu daya.
12:103. Walaupun kamu sangat menginginkan, tetapi kebanyakan manusia
tidak mukmin (mempercayai).
12:104. Kamu tidak meminta upah untuknya; ia tidak lain hanyalah
peringatan bagi semua alam.
12:105. Berapa banyaknya ayat yang ada di langit dan di bumi yang mereka
melalui, dengan berpaling daripadanya!
12:106. Dan kebanyakan mereka tidak mempercayai Allah, melainkan mereka menyekutukan-Nya.
12:107. Adakah mereka berasa aman, bahawa akan datang kepada mereka tiada
yang menutupi daripada azab Allah; atau, bahawa Saat datang kepada mereka dengan
tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedari?
12:108. Katakanlah, "Ini jalanku. Aku berseru kepada Allah dengan
bukti-bukti yang nyata, aku dan sesiapa yang mengikuti aku. Kepada Allah
sanjungan! Dan aku tidak termasuk orang-orang yang menyekutukan."
12:109. Kami tidak mengutus seseorang sebelum kamu, melainkan
lelaki-lelaki yang Kami mewahyukan mereka daripada penduduk yang tinggal di
bandar-bandar raya. Tidakkah mereka mengembara di bumi? Tidakkah mereka melihat
bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka? Sesungguhnya tempat
kediaman akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apa,
tidakkah kamu faham?
Nabi Muhammad disuruh oleh Allah bersabda pada kaum baginda:
"Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak
(kamu) kepada Allah dengan
hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang
musyrik".
Tidak ada kena-mengena dengan dakwaan Syeikh Abdul Qadir al-Jilani,
‘Orang yang mengikuti daku’ adalah guru kerohanian yang sebenar yang akan
datang selepas Nabi Muhamamd yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan
kebijaksanaan baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah !.
Berkata
saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Manusia
yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’. (Surah
al-Kahfi, ayat 17).
Kali ini ada nama surah dan nombor ayat, malangnya keseluruhan terjemahan
itu telah dighaibkan dan ianya diulas sebagai ‘pelindung dan pembimbing
sebenar’ . Walau apa sekalipun muslihat beliau, maka, keseluruhan ayat itu
diturunkan sebagai bukti.
18:17. Dan kamu melihat matahari, apabila ia naik, condong dari gua
mereka ke kanan, dan apabila ia membenam, meninggalkan mereka di sebelah kiri,
sedang mereka berada di rekahan yang luas. Itu adalah satu daripada ayat-ayat
Allah; sesiapa yang Allah memberi petunjuk, dia mendapat petunjuk yang benar,
dan sesiapa yang Dia menyesatkan, kamu tidak akan mendapati baginya seorang
wali untuk menunjukkan.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Ada
dua jenis mimpi; subjektif (memberi pandangan atau perasaan sendiri) dan
objektif (bermatlamat), masing-masing dibahagi kepada dua jenis. Jenis pertama
mimpi subjektif ialah bayangan atau gambaran suasana kerohanian yang tinggi dan
hasil daripada keharmonian, dan kelihatan dalam gambar seperti matahari, bulan,
bintang, pemandangan padang pasir putih bermandikan cahaya, taman syurga,
mahligai, roh yang cantik dalam bentuk malaikat dan lain-lain.
Ini semua adalah sifat-sifat hati yang murni. Jenis kedua mimpi subjektif mengandungi gambaran yang berkaitan dengan suasana seseorang yang bebas daripada keresahan, yang mengenal diri dan menemui ketenteraman fikirannya.
Setelah, menulis panjang lebar bab mimpi dengan tajuk-tajuk kecil perihal
mimpi, saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani memasuki jerat sendiri dengan
terpaksa memberi contoh kepada para pengikutnya.
Misalnya,
unta adalah haiwan syurga. Kuda dihantar sebagai haiwan yang membawa tentera
suci di dalam peperangan menentang orang-orang kafir di sekelilingnya dan di
dalamnya. Lembu jantan kepada Nabi Adam a.s bagi menenggala tanah untuk ditanam
gandum. Kambing biri-biri datangnya dari madu syurga, unta diciptakan dari
cahaya syurga, kuda daripada selasih manis di dalam syurga, biri-biri daripada
kunyit syurga.
Baghal
menggambarkan suasana terendah seseorang yang menemui hati dan fikiran yang
tenang. Bila dia mimpikan baghal itu tandanya dia cuai dan malas di dalam
melakukan ibadat sebab hawa nafsu badannya menahan, dan usaha kerohaniannya
tidak memberi hasil. Kemudian dia harus bertaubat dan teruskan melakukan
kebajikan supaya dia akan mendapat hasil.
Keldai
diciptakan dari batu syurga dan diberikan untuk berkhidmat kepada Nabi Adam a.s
dan keturunannya. Keldai adalah lambang jasad dan keperluan kebendaannya, ego
dan pentingkan diri sendiri. Jasad adalah haiwan yang membawa beban, membawa
roh. Jika seseorang menjadi hamba kepada jasad dia adalah umpama orang yang
memikul keldai di atas bahunya, tetapi manusia sebenar menunggangi keldai jasad
kebendaannya. Jadi, keldai melambangkan cara atau alat dia mengarahkan urusan
akhiratnya di dalam dunia ini.
Berkata-kata
dengan jejaka tampan dengan wajah yang berseri-seri adalah tanda kenyataan
Ilahi sampai kepada seseorang itu kerana mereka yang sudah memperolehi makrifat
kepada kenyataan Ilahi di dalam syurga akan muncul di dalam rupa yang cantik.
Bagaimankah saudara tahu perihal kejadian semua haiwan tersebut dengan sangat terperinci ?. Adakah Allah memberitahu saudara dengan wahyuNya ?. Adakah Nabi Muhammad yang sendiri memberitahu saudara ?. Atau saudara membuat rujukan pada kitab karangan manusia lain ?. Atau saudara sendirikah yang menggarang perihal kejadian semua haiwan tersebut ?.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Baginda
bahkan mengatakan, “Aku lihat Tuhanku dalam rupa jejaka tampan”.
Ini bukan kata-kata Nabi Muhammad yang sahih, sebaliknya, ia adalah satu
diantara beribu-ribu siri tohmah dan fitnah yang konsistan terhadap baginda.
112:1. Katakanlah, "Dia Allah, Satu,
112:2. Allah, tempat perlindungan yang berkekalan,
112:3. Yang tidak beranak, dan tidak diberanakkan,
112:4. Dan yang setara dengan Dia, tiada sesiapa."
Sila lihat jalan keluar dari masalah tersebut.
Kerana
Allah tidak menyerupai sesuatu, hadis ini dimengertikan sebagai kenyataan
sifat-sifat Allah Yang Maha Indah digambarkan di dalam cermin roh yang suci.
Gambaran ini dinamakan bayi bagi hati.
Berkata
saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani lagi:
Murid
menemui roh yang diilhamkan di dalam dirinya melalui mereka yang menjadi guru
kerohanian tersebut.
“Dia jualah yang tinggi darjat-Nya, yang memiliki arasy. Dia kirimkan roh (dari
perintah-Nya) kepada sesiapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya buat Dia
ancam dengan hari pertemuan”. (Surah Mukmin, ayat 15).
Untuk
keselamatan hati kamu mestilah mendapatkan guru yang mengilhamkan kamu dengan
roh itu.
Benar firman Allah,
17:85. Mereka menanyai kamu mengenai Roh. Katakanlah, "Roh adalah
daripada perintah Pemeliharaku. Kamu tidak diberi pengetahuannya melainkan
sedikit."
Manusia semenjak dari zaman Nabi Muhammad lagi tidak senang hati dengan
masalah roh. Mengapa Allah tidak memperincikan perihal roh, bentuknya, rupanya,
kerjanya dan sebagainya.
Sejarah telah berulang. Manusia yang tidak pernah berpuas hati itu terus
wujud sehingga zaman sekarang dan membincangi masalah yang sama !.
Sekali lagi, bila urusan roh ditanya pada Nabi Muhammad baginda akan
berkata "Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku. Kamu tidak diberi
pengetahuannya melainkan sedikit”.
Masih tidak puas hati kerana ilmu roh adalah “sedikit", maka ia
telah dipanjangkan huraian, rahsia, fatwa atau pengkajian sehingga terbitnya
bukan satu, malahan beratus-ratus kitab membincang masalah roh.
Ada ynag menulis mengikut firasat mazhab sendiri, ada yang cenderung
kepada analisa orang terdahulu, dan ada yang mengarang kitab itu sendiri dan
sebagainya.
Dalam surah 2, selalu dibacakan ayat-ayat ini, dalam majlis-majlis
keagamaan.
2:1. Alif Lam Mim.
2:2. Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang
yang bertakwa (takut kepada Tuhan),
2:3. Yang mempercayai yang ghaib, dan melakukan solat, dan menafkahkan
(membelanjakan) sebahagian daripada apa yang Kami merezekikan mereka,
malangnya, manusia masih tidak mahu mengambil iktibar daripada ayat
tersebut.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani lagi:
Imam al-Ghazali berkata, “Tidak menjadi kesalahan bagi seseorang melihat Allah dalam mimpinya sebagai gambaran yang indah.
Teruskan baca surah diatas.
2:06. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya, sama sahaja bagi
mereka, sama ada kamu memberi amaran kepada mereka, atau tidak memberi amaran
kepada mereka, mereka tidak mempercayai.
2:07. Allah meletakkan penutup pada hati mereka, dan pada pendengaran
mereka, dan pada penglihatan mereka, penudung; dan bagi mereka, azab yang
besar.
2:08. Dan sebahagian manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada
Allah dan Hari Akhir"; tetapi mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang
mempercayai).
2:09. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang percaya, dan hanya
diri-diri mereka sendiri yang mereka tipu, dan mereka tidak menyedari.
2:10. Di dalam hati mereka ada penyakit, dan Allah menambahkan penyakit
mereka, dan bagi mereka, azab yang pedih kerana mereka mendustakan.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Begitu juga Nabi s.a.w tidak dapat dilihat dalam rupa baginda yang asli, kecuali mereka yang menjadi waris kepada hikmah kebijaksanaan baginda, ilmu dan amalan baginda, dan yang mengikuti baginda secara keseluruhan. Yang lain, bila mereka mimpikan Rasulullah s.a.w, mimpikan simbol menurut kemampuan dan suasana mereka, tetapi mereka tidak sebenarnya melihat baginda”.
Lihatlah petentangan kata-kata beliau sendiri dengan pendapat beliau kali ini. Mula-mula tidak boleh langsung, sekarang boleh pula dengan bersyarat “menjadi waris kepada hikmah kebijaksanaan baginda, ilmu dan amalan baginda, dan yang mengikuti baginda secara keseluruhan”.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani lagi:
Kata
qil (kata orang bijak pandai), “Dibolehkan melihat Allah di dalam mimpi sebagai
cahaya atau rupa manusia”. Dia menyatakan Diri-Nya dalam bentuk
sifat-sifat-Nya. Kepada Nabi Musa a.s Dia kelihatan sebagai api pada pokok
jujube yang terbakar. Itu adalah penzahiran tentang Kalam Suci yang Nabi Musa
a.s dengan sebagai Belukar Terbakar, mengatakan,“Wahai Musa, apakah di tangan
kamu?’ (Surah Ta Ha, ayat 15).
Kini ada perkataan baru iaitu qil. Allah berfirman “tidak ada sesuatu
menyerupainya”, manakala si bijak pandai qil ini pula berkata “boleh”.
Mengikut akal logik, qil lebih berkuasa dari Allah kerana, qil ada kuasa
veto untuk membatalkan perkataan Allah dan manusia pula mempunyai dua pilihan,
ikut firman Allah atau ikut kata-kata qil.
Dalam surah Ta Ha ayat 15 adalah nombor ayat yang silap, munkin Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani ingin memetik ayat 17.
20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukanlah solat untuk mengingati Aku.
20:15. Saat pasti datang; Aku hampir-hampir merahsiakannya, supaya
tiap-tiap jiwa dibalas dengan usahanya.
20:16. Janganlah sesiapa menghalangi kamu daripadanya, yang tidak
mempercayainya dan mengikuti keinginannya, atau kamu akan binasa.
20:17. Apakah itu yang di tangan kanan kamu, wahai Musa?"
20:18. Berkata, "Ia tongkatku; aku bersandar padanya, dan dengannya
aku memukul pokok untuk daun-daun kambingku, dan keperluan lain juga aku
mendapati padanya."
20:19. Berkatalah Dia, "Lemparlah ia, wahai Musa!"
20:20. Maka dia melemparnya, dan tiba-tiba ia menjadi ular yang merayap.
Apakah yang ada di tangan kanan Nabi Musa ?.
Bukan pokok jujube yang terbakar, tetapi hanyalah sebatang tongkat, yang
baginda gunakan untuk bersandar, memukul pokok untuk daun-daun makanan
kambingnya dan sebagai keperluan lain.
Apa yang jelas disini, jika seseorang manusia tidak membaca atau menyemak
al-Qur’an, dengan mudah dia dapat mempercayai kata-kata songsang qil yang tidak
berasas.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Apa
yang kelihatan kepada Musa a.s sebagai api adalah cahaya Ilahi. Dia melihatnya
sebagai api menurut peringkat dan hasratnya, kerana dia sedang mencari api.
Kalau benar pun Nabi Musa sendiri melihat api, siapa pula gerangan saudara untuk menyangkal apa yang Nabi Musa telah melihat ?.
Adakah saudara lebih “nampak” apa yang Nabi Musa tidak “nampak’” ?.
Hadirkah saudara dimasa pertarungan Nabi Musa dengan ahli-ahli sihir itu ?.
Saudara duduk disebelah mana ?.
Jika kuasa pembatal veto saudara boleh membatal perkataan Allah, tidak
mustahil pula kuasa veto saudara dapat membatal apa yang Nabi Musa nampak !.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Bagi
manusia, peringkat kewujudan terendah pada dirinya ialah tumbuh-tumbuhan,
kemudian haiwan.
Kuasa veto saudara digunakan lagi:
8:22. Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah
orang-orang yang pekak, dan bisu, dan tidak memahami.
Allah berfirman seburuk-buruk haiwan, saudara pula mengatakan
tumbuh-tumbuhan. Siapakah lebih bijak,
saudara atau Allah ?.
49:16. Katakanlah, "Apa, adakah kamu akan mengajar Allah mengenai
agama kamu, padahal Allah mengetahui apa yang di langit, dan apa yang di bumi?
Dan Allah mengetahui segala sesuatu."
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Terdapat rahsia-rahsia besar di dalam peringkat seperti ini yang dicapai oleh manusia sempurna. Terlalu sukar untuk menerangkannya dan terlalu panjang untuk menghuraikannya. Ia hanya berkaitan dengan mereka yang menghabiskan hayatnya mengejar ilmu batin.
Kenapa sampai terlalu sukar untuk menerangkannya dan terlalu panjang
untuk menghuraikannya ?.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani lagi:
Untuk
menjadi penerima penzahiran Ilahi dan untuk berhubung dengan roh Nabi s.a.w,
seseorang mesti diajar dan dididik dan dibawa ke peringkat kerohanian tersebut.
Orang yang baharu memasuki perjalanan kerohanian tidak boleh berharap dapat
berhubung dengan Allah dan Rasul-Nya.
Seorang yang baru menjadi ahli, otaknya masih belum “dikotorkan” seratus
peratus dan bagi status ahli lama yang telah “berkarat” dengan “agama”
tersebut, mudahlah bagi syaitan jin dan syaitan manusia untuk meresapi dan
meniup bisikan-bisikan rahsia ini dan itu.
25:30. Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku
mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan."
Tugasan kerasulan Nabi Muhammad telah selesai. Yang baginda tinggal
hanyalah al-Qur’an. Sila “berhubung” dengan al-Qur’an untuk sebarang keterangan
lanjut.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Guru
yang masih hidup mestilah ada hubungan dengan Nabi s.a.w - iaitu jika dia
benar-benar pewaris suasana Nabi s.a.w. Dalam perjalanannya dia menerima
bimbingan daripada Nabi s.a.w dan diajarkan untuk menjadi hamba Allah yang
sabar. Dengan bantuan ini dia menjadi alat bagi penerusan jalan batin.
Selebihnya adalah rahsia. Hanya orang yang layak mengalaminya akan
mengalaminya.
“Bagi Allah jualah kemuliaan dan bagi Rasul-Nya dan bagi orang mukmin”. (Surah
Munafiquun, ayat 8).
Suasana
yang mulia ini adalah rahsia.
Inilah khayalan ulamak. Mereka mengaku pewaris Nabi Muhammad. Adakah dari
pertalian darah atau dari pertalian ilmu ?.
Kalau pertalian darah - Nabi Muhammad adalah orang Arab, kalau pertalian ilmu, jauh panggang dari api.
63:7. Merekalah orang-orang yang berkata, “Janganlah kamu menafkahkan
kepada mereka yang dengan rasul Allah, sehingga mereka bersurai”; namun begitu,
kepunyaan Allah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik
tidak memahami.
63:8. Mereka berkata, “Jika kita kembali ke Kota, orang-orang yang
perkasa daripadanya akan mengusir orang-orang yang lebih hina”; namun begitu,
kemuliaan adalah bagi Allah, dan bagi rasul-Nya, dan bagi orang-orang mukmin,
tetapi orang-orang munafik tidak mengetahuinya.
63:9. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah harta-harta kamu dan
jangan juga anak-anak kamu memesongkan kamu daripada mengingati Allah; sesiapa
yang berbuat demikian itu, merekalah orang-orang yang rugi.
Inilah padahnya ambil separuh ayat sebagai hujah. Maksud lain menjadi
lain.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Malah
dalam suasana yang lebih baik bila seseorang diingatkan oleh Allah tentang
kesalahan dan dosanya dia mimpikan haiwan liar seperti harimau dan singa,
serigala dan beruang, anjing dan babi jantan, dan haiwan-haiwan kecil - musang,
arnab, kucing ular, kala jengking dan haiwan yang memakan daging dan juga
haiwan berbisa, haiwan yang merosakkan.,
Untuk
menyatakan sebahagian kecil kejahatan yang ditunjukkan oleh gambaran-gambaran
itu: Harimau adalah simbol; ujub dan besar diri serta takabur yang sampai
kepada peringkat angkuh dengan Allah:
“Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan tidak mahu terima dia, maka
tidak akan dibuka pintu-pintu langit dan tidak akan mereka masuk syurga
sehingga unta boleh masuk ke lubang jarum”. (Surah al-A’raaf, ayat 40).
Setelah puas berkarya tentang kejadian haiwan liar seperti harimau dan
singa, serigala dan beruang, anjing dan babi jantan dan supaya manusia tidak
ada hujah terhadap beliau, beliau telah memetik ayat 40 dari Surah al-A’raaf
supaya tidak ada manusia dapat menafikan cerita palsu beliau.
Bagaimankah beliau tahu perihal kejadian semua haiwan tersebut dengan
terperinci ?.
Adakah Allah memberitahunya dengan wahyuNya ?. Adakah dari kitab karangan
manusia terdahulu ?. Atau adakah beliau yang sendiri menggarang perihal
kejadian semua haiwan tersebut ?.
7:40. Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan menyombongkan diri
terhadapnya, pintu-pintu langit tidak akan dibuka untuk mereka, dan tidak juga
mereka akan masuk Taman sehingga unta melintasi lubang jarum. Begitulah Kami
membalas orang-orang yang berdosa.
Orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dengan menyembuyikan, mengolah, menambah,
mengurangi atau mencampuradukkan. Ini sangat besar disisi Allah.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani lagi:
Serigala
adalah simbol kasihkan diri yang melampau dan inginkan pujian. Beruang
melambangkan kemarahan dan keberangan dan kezaliman ke atas orang yang dia
kuasai. Serigala melambangkan kerakusan tanpa memperdulikan haram dan halal,
bersih atau kotor. Anjing melambangkan kasihkan dunia dan huru harinya. Babi
melambangkan kedinginan, cita-cita tinggi, berendam dan hawa nafsu yang kuat.
Musang menunjukkan penipuan, pembohongan, menipu dalam urusan dunia. Arnab
menunjukkan kelakuan yang sama, kecuali dilakukan secara tidak sedar dan dalam
kelalaian. Harimau bintang - usaha yang digunakan tanpa pertimbangan dan
menyakitkan hati, juga ingin menjadi terkenal. Kucing - kebakhilan dan memutar
belit. Ular - berbohong, mengata-ngata, membuat tuduhan palsu dan menyakitkan
orang lain dengan perkataannya. Kala jengking - kritik yang tidak sihat,
mempersendakan orang dan tidak menerima mereka. Tebuan - bahasa kesat yang
menyakitkan hati orang.
Begitulah, dengan terperincinya kitab kejadian binatang tersebut maka tidak hairanlah, terbitnya kitab-kitab ilmu nujum berbahasa Arab lain seperti Tajul Muluk dan kitab-kitab seangkatan denganya yang menjadi rujukan “ulamak pewaris Nabi” dan kitab-kitab itu mendapat tempat dalam masyarakat kerana menggunakan tajuk Arab, penulis Arab, askara Arab dan penerbitan Arab.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani lagi:
Jika
seseorang bermimpi berlawan dengan salah satu daripada haiwan tersebut tetapi
tidak dapat mengalahkannya dia perlu memperkuatkan lagi usaha, ibadat dan
ingatan secara sedar, sehingga sekali pukul binatang itu dapat dihapuskan. Jika
bermimpi membunuh binatang itu bermakna dia telah berhenti melakukan kesalahan
dan menyakitkan hati orang lain. Allah berfirman:
“Dia akan hapuskan daripada mereka kejahatan dan Dia akan perbaiki keadaan
mereka”. (Surah Muhammad, ayat 2).
Kali ini, ayat-ayat Tuhan dipergunakan untuk memperkuatkan ayat-ayat
manusia.
47:2. Tetapi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan percaya kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad, dan ia adalah yang
benar daripada Pemelihara mereka, Dia akan melepaskan mereka daripada
kejahatan-kejahatan mereka, dan membetulkan keadaan mereka.
Orang yang beriman dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan percaya kepada
apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, Allah akan melepaskan mereka daripada
kejahatan-kejahatan mereka, dan membetulkan keadaan mereka.
Oleh itu, apakah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad ?. Adakah kitab
perihal mimpi, nujum, kitab kejadian binatang-binatang atau kitab karangan Nabi
Muhammad sendiri ?. Semuanya tidak, melainkan sebuah kitab iaitu al-Quran.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Jika
dia bermimpi salah satu daripada binatang itu berubah menjadi manusia itu
tandanya suasananya yang salah dahulu telah diperbetulkannya dan taubatnya
diterima, kerana tanda sebenar taubat diterima ialah ketidak-upayaan melakukan
kesalahan yang sama.
“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan akal salih, maka
mereka itu Allah tukarkan kejahatan mereka dengan kebaikan…” (Surah al-Furqaan,
ayat 70).
Jika dilihat keyataan diatas dan ayat Allah yang ditulis, sudah nampak
sesuatu yang musykil. Mula-mula ia perihal mimpi, kemudian mimpi itu pula tanda
taubat diterima.
Untuk menguat hujah mimpi dan taubat diterima, ayat 25:70 telah
digunakan.
25:63. Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi
dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang yang bodoh berucap kepada
mereka, mereka berkata, "Salam",
25:64. Yang melalui malam dengan bersujud kepada Pemelihara mereka, dan
berdiri.
25:65. Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, Engkau palingkanlah
daripada kami azab Jahanam; sesungguhnya azabnya adalah penderitaan yang paling
ngeri,
25:66. Buruknya ia sebagai sebuah tempat menginap, dan sebuah tempat
tinggal."
25:67. Yang, apabila mereka menafkahkan (membelanjakan) tidak membazir,
dan tidak juga kikir, tetapi di antara yang demikian itu, dengan satu pendirian
yang saksama,
25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak
membunuh jiwa yang Allah mengharamkan kecuali dengan patut, dan tidak juga
berzina, kerana sesiapa yang berbuat demikian itu akan menemui harga dosa.
25:69. Akan dilipatgandakkan azab untuknya pada Hari Kiamat, dan dia tinggal di dalamnya, terhina selama-lamanya.
25:70. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan membuat kerja-kerja
kebaikan; bagi mereka itu, Allah akan menukarkan kejahatan-kejahatan mereka
dengan yang baik, dan Allah adalah Pengampun, Pengasih.
25:71. Dan sesiapa bertaubat, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dia
benar-benar bertaubat kepada Allah dalam taubat.
25:72. Dan orang-orang yang tidak mempersaksikan yang dusta, dan apabila
mereka melalui percakapan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan mulia,
25:73. Yang, apabila mereka diberi peringatan dengan ayat-ayat Pemelihara
mereka, tidak jatuh padanya, pekak dan buta,
Ayat itu diturunkan kerana untuk memperlihatkan apa yang saudara kata
adalah tidak releven dengan mimpi yang taubat telah diterima.
26: PENGIKUT-PENGIKUT JALAN
KEROHANIAN
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Orang-orang
yang mengikuti jalan kerohanian terbahagi kepada dua bahagian atau golongan.
Golongan pertama ialah yang termasuk ke dalam kumpulan Sunnis; mereka yang
mengikuti peraturan Qur’an dan amalan serta peraturan yang berasal daripada
kelakuan dan perbuatan Rasulullah s.a.w.
Ada yang menamakan mereka itu Sunnis. Ada yang menamakan kumpulan mereka
Wahbis, Khawarij, Shia, Sufis, dan entah nama pelik yang lain. Ada pula
walaupun Sunnis tapi malu mengaku Sunnis depan Shia, dan ada yang Shia tapi
malu mengaku Shia depan Sunnis.
Golongan-golongan tersebut, bersandarkan kepada peraturan al-Quran, dan
peraturan-peraturan kitab lain yang mereka percaya bahawa peraturan tersebut
berasal daripada kelakuan dan perbuatan Rasulullah. Sila ke www.angelfire.com/trek/bab untuk
keterangan lanjut.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Mereka
ikuti peraturan ini dalam perkataan, perbuatan, pemikiran dan perasaan, dan
mereka mengikuti maksud batin agama - iaitu mereka mengerti bukan ikut secara
taklid buta.
Mereka bertaklid buta tetapi mereka tidak sedar.
25:44. Atau, kamu menyangka bahawa kebanyakan daripada mereka mendengar
atau memahami? Mereka, tidak lain, adalah seperti binatang ternak; tidak,
mereka lebih jauh sesat daripada jalan.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani lagi:
Sebahagian
daripada mereka dijanjikan syurga tanpa hisab, yang lain akan menderita sedikit
azab hari kiamat dan kemudian masuk syurga. Namun ada juga sebahagian yang
memasuki neraka beberapa ketika yang singkat untuk menyucikannya daripada dosa
sebelum masuk syurga.
Inilah satu contoh klasik taklid buta. Telah dibincangkan kes masuk syurga seketika dan “penyucian dalam nereka” dalam bab terdahulu. Allah tidak pernah menjanjikan sesiapa boleh masuk Syurga tanpa hisab !.
21:47. Dan Kami meletakkan timbangan yang adil untuk Hari Kiamat, supaya
tiada sesuatu jiwa akan dizalimi sedikit pun; sekalipun ia seberat sebutir biji
sawi, Kami mendatangkannya, dan cukuplah Kami sebagai penghitung.
23:102. Kemudian orang yang timbangannya berat, merekalah orang-orang
yang beruntung.
23:103. Dan orang yang timbangannya ringan, mereka merugikan jiwa mereka
sendiri; di dalam Jahanam tinggal selama-lamanya.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani menulis lagi:
Golongan
kedua terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang bidaah. Nabi s.a.w telah memberi
peringatan, “ Kamu, seperti Bani Israil sebelum kamu, seperti umat Isa anak Maryam,
akan dibahagikan dan dipisahkan di antara satu sama lain. Sebagaimana mereka
mereka-reka dan mengubah-ubah, kamu juga akan mengadakan bidaah. Dengan masa
berlalu dalam bidaah, tentangan dan dosa, kamu akan jadi seperti mereka dan
berbuat yang sama. Jika mereka masuk ke dalam lubang ular yang berbisa kamu
juga akan mengikuti mereka. Kamu patut tahu Bani Israil berpecah kepada tujuh
puluh satu kumpulan. Kesemuanya dalam kesesatan kecuali satu. Dan orang Nasrani
berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan semuanya sesat kecuali satu. Aku
bimbang umatku akan dipecahkan kepada tujuh puluh tiga kumpulan. Ini terjadi
kerana mereka mengubah yang benar kepada yang salah dan yang haram kepada yang
halal menurut pertimbangan mereka sendiri, untuk muslihat dan keuntungan
mereka, kecuali satu, semua kumpulan itu akan ke neraka, dan kumpulan yang satu
itu akan selamat.” Bila ditanya siapakah yang satu diselamatkan itu baginda
bersabda, “Mereka yang mengikuti kepercayaan dan perbuatanku serta para
sahabatku”.
Banyak sangat sampai tujuh puluh tiga kumpulan. Cukup sekadar tujuh
sahaja.
23:17. Dan Kami menciptakan di atas kamu tujuh tarekat (jalan), dan Kami
tidak lalai terhadap ciptaan.
72:11. Dan sebahagian daripada kami adalah yang salih, dan sebahagian
daripada kami tidaklah demikian; jalan-jalan (tarekat) kami berlainan.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani lagi:
Di
bawah ini dinyatakan sebahagian daripada jalan bidaah yang dipegang dan diikuti
oleh orang-orang yang mengakui diri mereka orang kerohanian:
Hululiyya - percaya kepada penjelmaan dalam bentuk makhluk atau manusia,
mendakwa halal melihat tubuh dan wajah yang cantik, samada perempuan atau
lelaki, siapa sahaja samada isteri-isteri atau suami-suami, anak-anak perempuan
atau saudara-saudara perempuan orang lain. Mereka juga bercampur dan menari
bersama-sama. Ini jelas bertentangan dengan peraturan Islam dan menjaga
kesucian dan kehormatan di dalam peraturan tersebut.
Haliyya
- mencari kerasukan zauk dengan cara menari, menyanyi, menjerit dan bertepuk
tangan. Mereka mendakwa Syeikh mereka
berada dalam suasana yang mengatasi batasan hukum agama. Jelas sekali mereka
terpesung jauh daripada perjalanan Nabi s.a.w yang dalam tindak tanduk mematuhi
hukum agama.
Awliya’iyya
- mendakwa mereka berada dalam kehampiran dengan Allah dan mengatakan bila
hamba hampir dengan Tuhan semua kewajipan agama terangkat daripada mereka.
Seterusnya mereka mendakwa seorang wali, orang yang hampir dengan Allah,
menjadi sahabat akrab-Nya, mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada nabi.
Mereka mengatakan ilmu sampai kepada Rasulullah s.a.w melalui Jibrail sementara
wali menerima ilmu secara langsung dari Tuhan.
Syamuraniyya
- percaya dunia ini kekal abadi, dan sesiapa yang mengucapkan perkataan abadi
akan terlepas daripada tuntutan agama, lagi mereka tidak ada hukum halal dan
haram. Mereka menggunakan alat musik dalam upacara ibadat mereka. Mereka tidak
memisahkan lelaki dengan perempuan. Mereka tidak membezakan dua jantina itu.
Mereka adalah kumpulan kafir yang tidak boleh diperbetulkan lagi.
Hubiyya
- mengatakan bila manusia sampai ke peringkat cinta mereka bebas daripada semua
kewajipan agama. Mereka tidak menutup kemaluan mereka.
Huriyya
- seperti Haliyya, enggan menjerit, menyanyi, menari dan bertepuk tangan, mereka
menjadi kerasukan dan di dalam suasana kerasukan itu mereka mendakwa mengadakan
hubungan jenis dengan bidadari; bila keluar dari kerasukan mereka mandi junub.
Mereka dimusnahkan oleh pembohongan mereka sendiri.
Ibahiyya
- enggan mengajak kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Mereka menghukumkan
haram sebagai halal. Mereka memahatkan pendapat ini kepada kaum perempuan. Bagi
mereka semua perempuan halal bagi semua lelaki.
Mutakasiliyya
- menjadikan prinsip kemalasan dan meminta sedekah dari rumah ke rumah sebagai
cara mendapatkan keperluan harian mereka. Mereka mendakwa telah meninggalkan
segala hal ehwal dunia. Mereka gagal dan terus gagal di dalam kemalasan mereka.
Mutajahiliyya
- berpura-pura jahil dan dengan sengaja berpakaian tidak sopan, cuba
menunjukkan dan berkelakuan seperti orang kafir.
Wafiqiyya
- mendakwa hanya Allah yang boleh kenal Allah. Jadi, mereka membuang jalan
kebenaran. Kejahilan yang disengajakan membawa mereka kepada kemusnahan.
Ilhamiyya
- berpegang dan mengharapkan kepada ilham, meninggalkan ilmu pengetahuan,
melarang belajar, dan berkata Qur’an adalah hijab bagi mereka, dan fikiran
puisi adalah Qur’an mereka. Mereka meninggalkan Qur’an dan sembahyang,
sebaliknya mengajarkan anak-anak mereka puisi.
Walau apa sekalipun nama kumpulan yang diberi ia tidak lebih dari
gelaraan (dalam segi bahasa) sahaja. Ia adalah nama, semata-mata nama yang
diberikan oleh satu kumpulan kepada kumpulan yang lain.
7:71. Berkatalah dia, "Kekotoran dan kemurkaan daripada Pemelihara kamu akan jatuh ke atas kamu. Apa, adakah kamu mendebat aku mengenai nama-nama yang kamu menamakan, kamu dan bapa-bapa kamu, yang Allah tidak menurunkan kuasa padanya? Maka, lihat dan tunggulah; aku bersama kamu melihat dan menunggu."
12:40. Apa yang kamu sembah selain daripada Dia tiadalah melainkan
nama-nama yang kamu sendiri menamakan, kamu dan bapa-bapa kamu; Allah tidak
menurunkan kuasa mengenai mereka. Putusan hanyalah kepunyaan Allah. Dia
memerintahkan bahawa kamu tidak menyembah sesuatu melainkan Dia. Itulah agama
yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
53:23. Tiadalah ia, melainkan nama-nama yang kamu sendiri menamakan, dan
bapa-bapa kamu; Allah tidak menurunkan kuasa mengenai mereka. Mereka mengikuti
hanya sangkaan, dan apa yang jiwa menginginkan; dan sesungguhnya, petunjuk
telah datang kepada mereka daripada Pemelihara mereka.
Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani berkata lagi:
Walaupun
dalam suasana kosong itu ia masih juga berpecah dan berganda, bertukar menjadi
bidaah. Sebahagian menjadi Qalandari - peminta sedekah yang mengembara. Yang
lain menjadi Haydari dan berpura-pura menjadi wira. Yang lain pula menamakan
diri mereka Adhami dan berpura-pura mengikuti wali Allah Ibrahim Adham yang
meninggalkan takhta kerajaan dunia ini. Masih ramai lagi yang lain.
2:101. Apabila datang kepada mereka seorang rasul daripada Allah,
mengesahkan apa yang bersama mereka, segolongan daripada mereka yang diberi
Kitab melemparkan Kitab Allah ke belakang punggung mereka, seolah-olah mereka
tidak mengetahui.
6:159. Orang-orang yang membuat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi
golongan-golongan, kamu bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan
mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu mereka apa yang
mereka telah buat.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Waspadalah
wahai pengembara pada jalan kerohanian, orang buta tidak boleh memimpin orang
buta. Perhatian kamu mesti bersungguh-sungguh agar kamu dapat membezakan
kebaikan yang paling kecil daripada kejahatan yang paling kecil
Waspadalah wahai manusia yang mempuyai minda, yang mempunyai mata,
telinga, otak dan hati yang sihat, Allah telah berfirman :
7:179. Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka
mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi
tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar
dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih
jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.
Saudara sidang pembaca sekelian, awaslah :
23:115. Apa, adakah kamu menyangka bahawa Kami mencipta kamu hanya untuk
main-main, dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
27: PENUTUP
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani lagi:
Pengembara
di atas jalan kepada kebenaran mestilah mempunyai kebijaksanaan, kefahaman dan
pengertian yang mendalam akan fitnah sesuatu. Ini semua merupakan kelayakan
awal yang perlu dimilikinya.
“Allah ciptakan hamba bijaksana dan berkebolehan yang meninggalkan dunia tempat
huru hara mereka ke laut yang hanya ombak menjadi ujian mereka perbuatan baik
adalah kapal yang menempuh gelombang”.
Entah dari mana datangnya ayat yang “Allah ciptakan … menempuh
gelombang”. (Malangnya, penulis tidak dapat cari ayat ini didalam
al-Quran - penulis ).
Berkata Syeikh
Abdul Qadir al-Jilani lagi:
Orang
yang berada pada jalan kerohanian mengatakan segala perbuatan kepunyaan Yang
Menciptakannya, manusia tidak sepenuhnya bertanggungjawab; di dalam tangannya
perbuatan boleh kelihatan lain daripada apa yang sebenarnya. Allah berfirman:
“Apakah mereka (berasa) aman (daripada) percubaan Allah? Kerana tidaklah ada
yang berasa aman daripada percubaan Allah melainkan kaum yang muflis”. (Surah
al-A’raaf, ayat 99).
Ayat Allah itu tidak ada kena mengena dengan jalan kerohanian yang
mengatakan manusia tidak sepenuhnya bertanggungjawab. Sebaliknya, ini adalah
amaran awal, supaya jangan ingat yang bencana Allah tidak akan datang dimasa
manusia itu sedang bersenang-lenang iaitu pada fikiranya dia dalam keadaan
selamat, sihat dan sebagainya.
7:98. Adakah penduduk bandar-bandar raya berasa aman bahawa bencana Kami
tidak akan datang kepada mereka pada waktu pagi sedang mereka bermain-main?
7:99. Adakah mereka berasa aman dengan tipu daya Allah? Tiada yang berasa
aman terhadap tipu daya Allah kecuali kaum yang rugi.
Orang yang berada pada jalan kerohanian pula mengatakan segala perbuatan
kepunyaan Allah, manusia tidak sepenuhnya bertanggungjawab.
52:21. Dan orang-orang yang percaya, dan keturunan mereka yang mengikuti
mereka dalam keimanan, Kami akan menghubungkan keturunan mereka dengan mereka,
dan Kami tidak mengurangi mereka sedikit pun daripada amalan-amalan mereka;
tiap-tiap orang ditanggungkan dengan apa yang dia mengusahakan.
74:38. Tiap-tiap jiwa ditanggungkan dengan apa yang ia mengusahakan,
Tetapi Allah mengatakan sebaliknya. Setiap jiwa bertanggungjawab dengan
apa yang dia mengusahakan dan pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua
itu ditanya di akhirat kelak.
17:36. Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan
mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Hassan
al-Basri pernah berkata bahawa kepada orang yang hampir dengan Allah berjaya
melalui ketakutan mereka terhadap Allah. Di dalam diri mereka takut jauh lebih
kuat daripada harap kerana mereka tahu bahayanya diperbodohkan oleh sifat
semula jadi manusia. Tipu daya ini menarik manusia keluar daripada jalan tanpa
mereka menyedarinya. Dia juga berkata orang yang sihat takutkan penyakit dan
harapannya adalah sedikit, sementara orang yang berpenyakit tidak lagi takutkan
ditimpa penyakit dan harapannya untuk sihat bertambah.
Siapakah pula saudara Hassan al-Basri dalam hiraki Agama Sufi ?. Benar atau tidak apa yang dikatakan beliau mestilah berdasarkan ayat Allah.
Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jilani:
Kami
memohon keselamatan dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhamamd
s.a.w, keturunan baginda, sahabat-sahabat baginda dan sekalian pengikut
baginda. Segala puji dan syukur kepunyaan Allah; kami serahkan segala-galanya
ke dalam tangan-Nya.
AMIN
Sekali lagi manusia
diperintahkan jangan membeza-bezakan Nabi. Nabi mana penghulu atau ketua atau
naib ketua dan sebagainya adalah doktrin palsu.
Pertama, Allah telah berfirman, untuk orang-orang beriman supaya jangan
membeza-bezakan Nabi. 2:136 2:285 3:84 4:152 tetapi ada golongan yang suka
sangat membeza-bezakan darjat sesetengah Nabi seperti ayat 4:150.
Orang beriman tidak dibenarkan untuk membeza-bezakan Nabi, tetapi hanya
Allah yang tahu darjat mereka disisiNya 2:253.
Kedua pula mengapakah saudara Syeikh Abdul Qadir al-Jilani perlu berdoa
“Kami memohon keselamatan dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhamamd
s.a.w ? ”.
Adakah Nabi Muhammad masih belum boleh dikira selamat diakhirat ?.
Perlukah para pengikut Nabi Muhammad untuk mendoa akan keselamatan dan
kesejahteraannya di akhirat ?.
Dan perkataan AMIN tidak dalam al-Quran melainkan satu sahaja.
26:193. Dibawa turun oleh Roh Amin (yang dipercayai),
Tidak ada langsung satu pun satu doa yang Allah ajar diakhiri dengan
perkataan "Amin", tetapi "Amin" telah diulangi sebanyak 50
kali dalam Bible.
Num 5:22.27 Num 5:22.28 Deut 27:15.40 Deut 27:16.17 Deut 27:17.15 Deut
27:18.18 Deut 27:19.23 Deut 27:20.25 Deut 27:21.17 Deut 27:22.27 Deut 27:23.17
Deut 27:24.16 Deut 27:25.19 Deut 27:26.22 1Kgs 1:36.10 1Chr 16:36.18 Neh
5:13.42 Neh 8:6.14 Neh 8:6.15 Pss 41:13.13 Pss 41:13.15 Pss 72:19.15 Pss
72:19.17 Pss 89:52.7 Pss 89:52.9 Pss 106:48.19 Jer 28:6.6 Mark 16:20.24 Rom
1:25.26 Rom 9:5.26 Rom 11:36.19 Rom 15:33.9 Rom 16:27.13 1Cor 14:16.20 1Cor
16:24.10 2Cor 1:20.18 Gal 1:5.10 Gal 6:18.13 Eph 3:21.19 Phil 4:20.12 1Tim
1:17.19 1Tim 6:16.26 2Tim 4:18.25 Heb 13:21.33 Heb 13:25.7 1Pet 4:11.46 1Pet
5:11.10 2Pet 3:18.28 Jud 1:25.26 Rev 1:6.22
Tamat.
Sila limbas sekali lagi kata-kata Syeikh Abdul Qadir
al-Jilani dalam kitabnya “Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar” atau
“rahsia dalam rahsia-rahsia yang Kebenarannya sangat diperlukan” dan jika benar
kata-kata Sheikh Abdul Qadir Jailani, maka punca kekalutan ini bermula bila,
murid-murid, tak cukup dengan sebuah al-Quran, mereka nak lebih lagi, maka,
sang guru pun, mulalah menulis kitab.
Sebahagian daripada murid-murid kami meminta supaya kami sediakan sebuah buku yang memadai buat mereka.
Sesuai
dengan permintaan dan keperluan mereka kami siapkan buku yang ringkas ini
Semoga ia dapat mengubati dan memuaskan mereka serta yang lain juga.
Kami namakan buku ini “Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar” atau “rahsia dalam rahsia-rahsia yang Kebenarannya sangat diperlukan”.
Dalam
pekerjaan ini kenyataan di dalam kepercayaan dan perjalanan kami dibukakan.
Setiap orang memerlukannya.
Komen terakhir kami dengan ayatNya :
24:15. Apabila kamu menerimanya dengan lidah kamu, dan kamu mengatakan
dengan mulut-mulut kamu apa yang mengenainya kamu tidak ada pengetahuan, dan
kamu mengiranya satu yang ringan, dan di sisi Allah ia adalah satu yang besar.