Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

                BAB 10: EKOSISTEM TERANCAM.....

        PENGENALAN

        ANCAMAN TERHADAP
           EKOSISTEM

        JENIS DAN PUNCA            PENCEMARAN

        KESAN RUMAH HIJAU

        PENIPISAN LAPISAN
           OZON

        PENGURUSAN DAN
           PEMBANGUNAN EKOSISTEM

        BAHAN RUJUKAN

        PENGHARGAAN


    BALIK
  • Kepekatan ozon diukur dalam unit Dobson. Kebocoran pada lapisan ozon mula dikesan pada tahun 1985 apabila saintis menjumpai lubang sebesar Amerika Syarikat di antartika dan lubang sebesar benua Afrika di Artik dua tahun kemudian.
  • Penipisan pada ozon disebabkan oleh penggunaan CFC serta secara semulajadi (melalui letusan gunung berapi).

  • Sinar ultralembayung memecahkan molekul CFC lalu membebaskan atom klorin. Atom klorin bergabung dengan ozon untuk membentuk klorin monoksida dan molekul oksigen.
    Cl + O3 ClO + O2

      Buka/Tutup

Graf Ketinggian Lawan Kepekatan Ozon
  • Atom oksigen di atmosfera bergabung dengan klorin monoksida dan menghasilkan klorin dan molekul oksigen.
    ClO + O Cl + O2

  • Proses ini berlanjutan di mana satu atom klorin boleh memusnahkan 100 000 molekul ozon dalam setahun. Ini kerana CFC yang dilepaskan ke udara boleh kekal tanpa berubah selama 100 tahun kerana ketidakbolehannya untuk larut dalam air menyebabkannya tidak dapat dilarutkan oleh air hujan atau laut

Peta ini menunjukkan jumlah kepekatan ozon yang ada di Hemisfera Selatan pada Oktober 1994. Peta satelit ini mewakili kepekatan ozon yang berbeza dengan warna yang berbeza. Warna merah jambu merupakan kawasan yang mempunyai jumlah kepekatan ozon yang terendah.

SETERUSNYA