Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

SuPerCumBanG

sebuaHKenYataaN

Ruang ini adalah sambungan isu mengenai petua-petua lama yang boleh dikongsipakai  oleh semua kaum lelaki yang ingin dan memerlukannya

Seks Kumbang

"Keseksualan ialah desakan
untuk menghindari hidup bersendirian, keseorangan,
ke arah pertemuan dengan orang lain.
Pertemuan ini mungkin khayalan ataupun hakikat.
Jika ia hakikat
ia mungkin terutamanya
bersifat fizikal atau
keseronokan bersama menerokai badan
dan fikiran dengan kata lain ia menjadi cinta"
-Derek Lyewwllyn-Jones


 



 

Masalah Seks Psikologi
Sebelum kita mendalami masalah seks kita harus tahu punca utama yang menjadi penyebabnya. Terdapat perangkaan pengidap masalah seks berpunca dari masalah psikologi ialah 40% . masalah fizikal pula menyumbang sebanyak 40%. Manakala 20% lagi melibatkan masalah psikologi dan fizikal berlaku sekaligus.

Ketegangan
Ketenangan dan keselesaan amatlah penting dalam sesuatu situasi perlakuan aktiviti seks untuk mencapai ke tahap yang optima.
 

Punca
- fantasi libido yang berlebihan (terutama pasangan baru)
- masalah kemurungan
- kurangnya pengetahuan seks dan salah maklumat tentang keseksualan
- perasaan buruk atau rasa bersalah terhadap seks
- perasaan buruk terhadap diri sendiri
- masalah dalam perhubungan
- masalah sejarah kehidupan remaja


Tabiat
Kelakuan atau sikap seharian seseorang itu juga memberikan kesan yang mendalam terhadap aktiviti seksnya. Hal ini boleh disesuaikan dan didisplinkan agar dapat membantu dalam mengoptimakan perlakuan seks yang sihat

 
Punca
- pengambilan ubat
- alkoholik
- pengambilan dadah
- perokok yang hebat
- tergesa-gesa
- terlalu mementingkan diri sendiri
Masalah Seks Fizikal
Untuk memahami masalah ini, kita harus tahu terlebih dahulu gerak fungsi zakar. Secara umumnya, ketegangan zakar berlaku selepas kejadian bersiri yang kompleks, yang melibatkan arteri dan saraf zakar, dan digerakkan oleh mesej-mesej yang dihantar oleh otak. Jika pusingan ini terganggu atau otak mennghantar maklumat yang terrencat, ketegangan tidak akan berlaku. Ini disebabkan oleh berlakunya aliran darah yang tidak mencukupi ke dalam zakar untuk mengembangkan silinder (korpusa kavernosum) zakar, dan aliran darah keluar daripada zakar melalui vena tidak dihalang.
 

Berikut adalah masalah disfungsi seks berikutan permasalahan seks psikologi dan juga masalah seks fizikal;

Kurang Nafsu / Lemah Tenaga Batin
Lemah tenaga batin adalah lumrah bagi mereka yang meningkat usianya, namun otak memainkan peranan yang lebih penting. Tenaga batin yang tersedia pada sesuatu ketika itu tidak mampu digunakan secara optima.
  Definisi
Lemah tenaga batin adalah tanda awal ke arah mati pucuk. Ia digambarkan dengan zakar yang tegang tetapi tidak seperti ketegangan zakar orang yang normal.

Punca
- tekanan dalam diri lelaki itu sendiri
- ganguan fantasi libido
- rasa bosan terhadap pasangannya
- aktiviti seks yang rutin dan biasa
- kurang mendapat perhatian oleh pasangan
- pengambilan ubat
- ketagih arak
- penyakit
- penyelewengan kesehatan (tidak bersenam dll.)

Rawatan
- memasrahkan dirinya kepada kenikmatan berjima'
- berhenti risau tentang perlakuan seksnya
- jangan terlalu mengambil kira tentang kepuasan pasangan
- jangan terlalu memikirkan tentang masalahnya
- mula memikirkan diri sendiri apabila bercinta
- bersenam dan pernafasan
- petua dan berpantang
- pi mengurut (bomoh tidak digalakkan)
 

Petua

      • makanan 

      • amalkan memakan asparagus, kayu manis, ketumbar, bawang, halia, madu,susu, daging, daun selasih, biji sawi, telur, halba.
        Kepalkan nasi putih sebesar jari kelingking dan ditelan sebelum makan
        yang lain.
        kurangkan makan berkuah.
         
      • minuman
                   amalkan minum air didih beras (seminggu sekali)
                   amalkan minum air mati bila bangun tidur (paling elok dicampur madu)
                   kurangkan minum air batu
      • aktiviti 

      • amalkan kencing di atas bunga kuku ibu jari kaki
        amalkan kencing sedikit dan tahan hingga sakit dan lepaskan
        amalkan kencing dahulu kemudian diikuti buang air besar
        jangan jima' ketika kenyang, dahaga, atau lapar sangat
        jangan berjima' ketika letihatau ketika badan kotor
      • senaman 

      • lepas jima' cuba tundukkan kepala ke paras lutut buat seketika. 
Mati Pucuk / Impoten 'biar tiada beras jangan tiada keras'
Terdapat 2 jenis impoten. Pertama ialah jenis primer iaitu yang tidak pernah merasa ketegangan dan nikmat daripadanya. Manakala jenis skunder pula ialah pengidap pernah menikmati suatu masa dahulu tetapi tidak lagi sekarang.

Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa impoten ini sebenarnya dialami oleh semua lelaki, cuma jenis dan tempoh masanya sahaja yang berbeza. Ada yang mengidapnya dalam bentuk hari, ada yang berbulan dan ada yang bertahun.
 

Definisi
Darjah mati pucuk dan masa ia terjadi adalah berbeza-beza. Masa tertentu, dan keadaan tertentu. Seseorang itu dikatakan mati pucuk apabila dia gagal menegangkan zakarnya meskipun dia sudah berahi. Atau zakar seseorang itu mampu menjadi tegang seketika tetapi apabila hendak dijima' , ia mnjadi lembik kembali.

Punca kegagalan erektil
- penyakit kelenjar pituitari (mengekang alat kelamin apabila mencapai 
   akhir baligh)
- depresi yang teruk
- pengambilan dadah
- pengambilan alkohol
- kencing manis
- hepatitis
- penyakit tiroid
- penyakit yang melumpuhkan
- kecederaan otak dan saraf
- penyakit buah pinggang
- jangkitan kuman
- kecederaan pada batang dan buah zakar (urat zakar telah kembang atau
   kurang keanjalan otot)
- darah tinggi
- penyakit di pundi kencing
- terkena buatan (no coment)

Rawatan
Secara dasarnya terdapat dua kaedah utama untuk rawatan. Pertama sekali ialah rawatan pesakit yang berpunca oleh sebab-sebab organik (A). dan yang kedua ialah kaedah pengunaan (B) bagi mereka yang disebabkan oleh kesan psikologi. Berikut;

- penggunaan dos prostaglandin E(1) dan Papaverine (ikut ratio yang 
  dicadangkan)(A)/(B)
- penggunaan Splin 'ErectAid System' (dengan nasihat doktor)
- impalan zakar ataupun penggunaan Prostesis (penganduh dalaman) (A)
- kaunseling seks (B)
- jangan risaukan tentang zakar anda ataupun tindak balas pasangan 
  anda
- senaman dan rehatkan otot
- lapangkan fikiran
- pi hospital
 

Pancutan Mani Pramasa/Terlalu Awal 'wham, bam, thank you, ma' am'
Hal ini merupakan fenomena yang paling biasa dialami oleh ramai kaum lelaki, sehinggakan ada yang tidak sedar atau menganggap bahawa hakikat ini suatu 'kebiasaan' dan bukannya merupakan suatu masalah.
  Definisi
Masih belum dapat satu definisi ayng nyata untuk menggariskan siapakah yang boleh ditanggap sebagai pengidap fenomena ini. Hal ini berikutan bentuknya yang subjektif kerana pertelagahan berlaku sama ada untuk mengukurnya dari segi masa pancutan atau pun tahap capai puncak syahwat.

        Namun secara kasarnya boleh dikatakan bahawa mereka ini menghadapi masalah tidak dapat melambatkan gerak balas seksnya secara sedar, dan juga dengan cepat melepasi peringkat mendatar lewat (tempoh lama bagi mereka yang normal) ke peringkat yang apabila air mani tidak dapat ditahan lagi.

       Walau bagaimanapun perlu diingat, sepanjang hidup seseorang lelaki itu, memang ada ketikanya dia terlalu cepat memancutkan air mani. Ini normal. Tekanan perasaan, ketegangan, atau sesuatu perkara yang memberahikan yang dilihat boleh menyebabkan pancutan mani pramasa. Apabila seseorang lelaki itu sentiasa mengalaminya, barulah dia dianggap mengalami 'disfungsi seks'

       Terdapat dua fenomena utama, pertama dikatakan terlalu awal memancutkan air mani, dan yang kedua pula ialah 'Ketidakcekapan Pancutan Mani' atau 'Pancutan Mani Terencat' ini berakibat air mani sukar untuk dipancutkan sehingga kita benar-benar menjadi letih.

Punca
Antara penyebab kejadian ini dipercayai berpunca dari;
- sifat pentingkan diri sendiri
- sikap yang tergesa-gesa
- latarbelakang ibubapa yang berfikiran sempit terhadap seks
- pernah menjalankan seks pada usia muda tanpa persediaan mental
- dendam terhadap wanita (teori Freud)
- pertaruhan kuasa 'dominasi' antara individu dan pasangannya
- terlalu memikirkan kepuasan di pihak pasangannya
- terlalu letih
- fikiran terganggu

Rawatan
Berikut beberapa cadangan (yang disyorkan);
- berfikiran terbuka dan tenang
- jangan tergesa-gesa dan mulakan dengan sweet romance
- memicit dengan kuat hujung zakar selama 3 hingga 5 saat (antara 
  Frenulum dan Rabung korona)
- bersenam
- amalkan petua

Berikut beberapa pendapat (kurang popular dan menyusahkan);
- menggunakan kondom yang tebal
- guna minyak pelali pada zakar
- penggunaan akohol atau pil tidur
- melancap sebelum berjima'
- latihan mental semasa berjima' untuk melekakan(buat kira-kira dsb.)
- mencengkam kuku atau mengigit bibir ketika berjima'
- minum air bercampur serbuk 'Tanduk Badak Sumbu'
- suntikan androgen (hormon seks lelaki) dalam bentuk metiltestosteron 
   (hanya sesuai apabila ia berpunca 
  dari penyakit dan bukan masalah psikologi)

petua
- pipis halus lada sulah dan limau purut, dimakan ketika hendak berjima'
- gambir kudat dan sedikit air, disapu di kepala zakar (sapu sedikit untuk 
   kekebasan)
- kuning telur, sebuku bawang merah, sebuku bawang putih dan sedikit air
   dijerangkan sehingga mendidih. Dimakan pada waktu asar dan sebelum
   makan petang.
- bawang merah secawan yang dihancurkan dan dicampur sebiji kuning 
   telur, diminum 3 pagi berturut-turut  (memekatkan air mani)
- hempedu ayam jantan yang disapu sekitar lubang zakar 5 minit sebelum 
  jima


         

 


 

ingin kembali ke ruang sebelumnya?


ingin kembali ke
Pintu Masuk Taman?

 
 
 

   

ingin beralih ke ruang selanjutnya?