|
Sambungan Keterangan oleh Tok Pulau Manis
Dan demikian itu daripada redho daripadanya dan lupa daripada takut Makri kerana tiada tawafuf amar Allah dalamnya atas ilmunya seperti yang dinyatakan Mualif dengan katanya;
Maka terkadang diputuskan tolong daripadaNya sekira-kira tiada mengetahui ; dan jikalau tiada ada putus tolong melainkan tertegahlah bertambahnya; dan terkadang didirikan pada Maqam jauh daripada sekira-kira tiada tahu ia; dan jikalau tiada jauh melainkan menyembunyikan Ia akan dikau dan berbuat barang yang engkau kehendaki.
Keterangan Suluk
Keterangan di atas adalah lanjutan daripada perbincangan pengajian sebelum ini. Dan demikian itu adalah merujuk kepada keterangan sebelum ini iaitu;
Dan adalah jahil murid itu dengan tiga perkara;
|
Keterangan Suluk
Bagi memudahkan kefahaman, maka tidak salah jika kita permudahkan bahasa di atas sebagai;
Umum memaklumi dan mengakui bahawa tanpa Kurnia Tuhan, siapalah kita sebagai seorang hamba? Sesuatu yang telah dapat, kita lalui, kita rasai dan kita miliki dan keupayaan untuk kita lakukan sesuatu seperti yang kita lakukan sekarang ini adalah bukti kerana adanya limpah kurnia Tuhan. Pimpinan dan tunjukkan ke arah jalan yang lurus yang sedang diikuti pun adalah kerana sentiasa adanya limpah kurniaNya dari Tuhan Yang Maha Mulia.
Namun.....terkadang manusia itu
Tetapi cukuplah kemurkaan Allah ini dengan sekadar tidak memberi penambahan baru dalam bidang keruhanian dan membiarkan engkau menurutkan hawa nafsumu dalam beribadat. Ya...sudah cukup dengan hanya sekadar itu.
Sambungan Keterangan oleh Tok Pulau Manis
Maka memerintah Ia(Allah) akan dikau daripadanya dengan kehendakmu dan menjauhkan Ia akan dikau daripada pintu(RahmatNya) dengan mendatangkan tolongmu. Dan inilah Makri Tuhan.
Keterangan Suluk
Akibatnya, maka akan dibiarkan hamba itu berpenat dan letih dalam usaha dan tadbir mengikut kemahuan hamba; di samping melontar jauh kedudukan hamba itu daripada pintu Rahmatnya dengan membiarkan si hamba berhempas pulas dengan dirinya sendiri. Bila tiada Rahmat dari Tuhan, maka siapalah si hamba itu? Bukankah ini satu bencana atau musibah yang besar wahai mereka yang berfikiran halus, yang sedar diri dan yang punya makrifat. Ini adalah kerana tanpa RahmatNya, maka kusutlah punca, putuslah jalan dan hilanglah petunjuk itu.
Ya Allah, hambamu lemah, dhoif, hina, fakir, haqir, aib, tercela, lalai dan leka, banyak derhaka. Maka ampuni kami, maafkan, dan lindungilah kami dari bala musibah Makri(Perdaya) Tuhan ini. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Wakil dan Engkaulah sebaik-sebaik Maula.
Sambungan Keterangan oleh Tok Pulau Manis
Dan jikalau engkau mulia atasnya, nescaya tiadalah menanggalkan (yakni membiarkan) Ia akan dikau serta kehendakmu. Maka engkau lihat bahawasanya engkau itu dalam tempat hampir; dan{walhalnya) engkau di dalam tempat jauh.
Keterangan Suluk
Keterangan di atas sebagai melanjutkan keterangan berkaitan dengan tanda-tanda orang yang mendapat Makri Tuhan. Orang yang tidak mendapat Makri Tuhan ialah tentu sekali tergolong dalam golongan yang mulia. Orang Mulia yang dimaksudkan ialah mereka yang Allah tidak akan biarkan mereka menilik kepada usaha dan ikhtiar diri dalam mendatangkan dan menghasilkan sesuatu. Allah dengan RahmatNya akan melindungi hamba tersebut daripada terus syirik dan menduakan wujudNya. Antara tanda-tanda orang yang dibiarkan ini ialah;
Dan kata Sheikh Junaid r.a;
Terlebih seni-seni yang diperdayakan dengan dia segala Wali akan segala karamat dan tiada Makri di atas ini.
Keterangan Suluk
Maksud tiada Makri di atas ini, ialah tidak ada lagi wajah-wajah perdaya atau Makri Tuhan ini selepas/di atas Karamat yang disediakan untuk golongan Aulia Allah. Ini juga bermaksud, bahawa golongan Ambiya dan Mursalin tidak terlibat sama sekali dengan Makri Tuhan.
Sedangkan taraf Wali ada juga Makrinya, maka apa pula halnya dirinya yang masih meraba-raba dalam kegelapan ini. Mahasuci Engkau Ya Allah, sebaik-baik Pimpinan dan sebaik-baik Penolong dari terpadaya ini.
Sambungan Keterangan oleh Tok Pulau Manis......
Maka sayugianya bagi murid itu bahawa jangan menghinakan pada sesuatu daripada segala adab; dan memudahkan dia(adab). Bahawasanya yang demikian itu daripada jahil dan ketiadaan Makrifat Allah Taala.
Keterangan Suluk
Sebagai rumusan kepada perbincangan berkaitan dengan ADAB yang telah dan sedang dibincangkan dalam tajuk-tajuk;
ADAB TASAUF DAN HAL-AHWALNYA
JALAN MEMBAIKI ADAB
MAKRI TUHAN
maka, adalah WAJIB bagi seorang murid itu bahawa jangan sesekali ia menghinakan pada sesuatu pada segala adab yang ada mengikut taraf/tahap kedudukannya.
Perbuatan/amalan menghina dan memudah-mudahkan sesuatu adab itu menunjukkan kejahilan seorang murid berkenaan dengan MakrifatuLlah. Tidak hairanlah kerana sifat meremehkan adab ini adalah pakaian mereka yang jahil, buta dan dengan TuhanNya.
Sambungan Keterangan oleh Tok Pulau Manis......
Maka jikalau telah jatuh daripadanya jahat adab, maka
Sebaliknya jika tanpa sengaja mereka berlaku jahat adab dan ada kesedaran pula pada kejahatan itu, maka
Dan sayuginya pula menjauh akan dia murid itu daripada segala bagai kejahatan adab. Maka jikalau ada melintas dalam hatinya atau berlaku atas lisannya suatu daripada demikian itu, maka hendaklah ia segera kepada Istigfar daripadanya.
Keterangan Suluk
Adalah menjadi kewajiban juga seorang murid itu berusaha untuk menjauhkan dirinya dan hatinya daripada cenderung kepada segala jenis jahat adab. Jikalau lisan menuturkan sesuatu yang melanggar adab tanpa sengaja hatta jikalah terlintas sahaja dalam hatinya sesuatu yang cenderung kepada jahat adab, maka hendaklah dengan segera(yakni pada masa itu juga) bertaubat dan meminta kemaafan dan keampunan dari Tuhan Yang Maha Mengampuni.
Sebagai memperteguhkan kefahaman kita berkenaan dengan tindakan kita dalam menghadapi jahat adab di samping memperhaluskan kefahaman berkenaan dengan adab-adab yang perlu dipelihara dan dijaga oleh setiap hamba, maka sama-samalah kita renungi dan ambil pengajaran daripada beberapa kisah pengalaman Pemuka Sufi sebagaimana yang didatangkan Dari Keterangan Tok Pulau Manis yang selanjutnya......
Dan kata Sirri;
Sembahyang aku akan wiridku suatu malam daripada segala malam dan kuhunjurkan kakiku pada kiblat.
Diseruku; "Hai
Sirii!!! duduk engkau akan kedudukan raja-raja!!!!".
Maka kehimpunkan
kakiku, kemudian maka kataku;
"Maha Mulia Engkau(Ya Allah)...Tiadalah aku melanjutkan(menghunjurkan) kakiku selama-lamanya.
Kata Sheikh Junaid r.a.;
Maka berkekalan ia(Sirri) masa empat puluh(40) tahun tiada melanjutkan ia akan kakinya pada malam dan tiada(jua) pada siang.
Dan kata Abu Qasim Al-Qusyairi r.a;
Adalah Sheikhku Abu Ali Al-Daqaq tiada bersandar ia kepada sesuatu. Maka adalah pada suatu hari dalam suatu tempat, maka berkehendak aku bahawa menghantarkan bantal ke belakangnya kerana kulihat akan dia tiada bersandar. Maka ditariknya bantal itu sedikit-sedikit, maka kusangka akan dia bahawasanya gemar kepada bantal itu kerana tiada ada atasnya Farjun(sampul) atau Musola(pelapik)nya seperti demikian itu. Maka katanya;
"Tiada berkehendakku kepada bersandar".
Maka telah kuketahui bahawasanya tiada menyandar ia kepada sesuatu selama-lamanya.
Dan telah diceriterakan orang akan seorang sufiah hilang anaknya yang kecil. Maka tiada diketahui baginya khabar tiga hari. Maka dikata orang baginya;
"Jikalau engkau pinta akan Allah Taala bahawa mengembalikan akan dia atasmu".
Maka katanya;
"Berpaling aku atasnya(Allah) atas hukum terlebih sangat [ditakuti] daripada hilang anak".
Keterangan Suluk
Bayangkan kesalahan Sheikh Sirri As-Saqati dengan hanya menghunjurkan
kakinya ke arah kiblat sahaja sehingga sanggup untuk tidak mengulanginya
selama 40 Tahun.
Betapa pula ketakutan Sufiah daripada berpaling di atas hukuman dan
ketetapan Allah lebih ditakuti daripada kehilangan
Dan apa halnya kita yang terlalu banyak aib dan cela yang asyik dengan
kejahilan, kerbodohan dan kelalaian pada melakukan pelanggaran adab-adab
semada secara sengaja atau tanpa disedari. Yang pastinya, yang
hamba itu tetap hamba;
Bersambung dalam Pengajian yang selanjutnya di bawah tajuk Ketinggian Adab Ahli Sufi
Insya Allah.....jika direzekikan lagi
|
|