MENJEJAKI MAQAM MERDEKA YANG HAKIKI |
Terjemahan
dan Keterangan Tok Pulau Manis, dari Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah
As-Kanddari ra yang berikutnya;
|
Keterangan Suluk
Isu pokok yang ingin disampaikan dari Kalam Hikmah di atas ialah berkenaan dengan;
Berkenaan dengan perihal kemuliaan ini, marilah sama-sama kita mengambil iktibar dan kefahaman dari........
Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Bermula kemuliaan yang tiada fana' itu iaitu kaya daripada segala asbab sekeliannya dengan diperoleh musabbabNya kerana Kekal tiada fana' Ia; maka takluk dengan Dia Mulia tiada fana.
Keterangan Suluk
Ada pun apa yang dimaksudkan dengan kemuliaan yang tiada fana' itu ialah kaya yakni tidak berhajat(tidak memandang) dan tidak mengambil sebarang faedah daripada apa jua asbab sekeliannya;
Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan kemuliaan yang fana' itu iaitu kaya dengan segala asbab serta ghaib daripada musabbabNya. Maka bahawasanya segala asbab itu fana', maka takluk dengan dia mulia yang fana; tiada kekal.
Keterangan Suluk
Keterangan di atas menjawab pertanyaan; Mengapa selain daripada Zat Allah itu merupakan sesuatu yang tidak mulia dan akan fana? Sebenarnya sesuatu selain dari Allah itu apabila tiba tempoh waktunya akan fana' atau akan hilang jua kerana mulia yang dipandang itu kaya dengan segala asbab serta ghaib daripada musabbabNya iaitu Kemuliaan itu sebenarnya bergantung dan bersandar kepada sebab-sebabnya dengan melupakan kepada Allah sebagai MusabbabNya.
Sekejappun sudah cukup dan memadai, kerana dengan memandang kepada keperihalan dirimu, akan meletakkan dirimu pada golongan mereka yang memilih kemuliaan yang fana' dengan meninggalkan kemuliaan yang tiada fana'.
Tetapi sebaliknya, jika engkau memilih Kemuliaan yang tiada fana,
nescaya sentiasa engkau akan bersandar dan memandang kepada Allah Taala
dalam setiap waktu dan ketika.
Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan tiada bagimu melainkan salah satu daripada keduanya kerana bahawasanya kedua itu berlawanan keduanya, tiada berhimpun. Maka jikalau engkau pilih kemuliaan kekal pada Allah, maka tiadalah kuasa seorang menghinakan.
Keterangan Suluk
Sesungguhnya dalam sesuatu waktu itu, engkau hanya menduduki salah satu daripada kedua-dua kemuliaan itu. Tidak akan ada istilah mulia di dunia dan mulia di akhirat, malahan apa yang ada ialah;
Penjelasan dan detail berkenaan ini boleh kita dapati dari.................
Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Kata Muaalif ( Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari ra)dalam Kitab Tanwir(Tajul 'Arus);
Maka jikalau engkau mulia dengan Allah 'Azzawajalla, nescaya kekal muliamu; dan jikalau engkau mulia dengan lainnya, maka tiadalah kekal muliamu kerana tiada kekal bagi engkau dengan dia mulia.
Keterangan Suluk
Ini membawa maksud;
Dan kata setengah mereka itu(sufiah);
Maka hendak jadikan olehmu pada Tuhanmu akan tiap-tiap muliamu, maka tetaplah ia. Maka jikalau engkau mulia dengan yang mati, maka mulia itu mati.
Keterangan Suluk
Satu nasihat dan pesanan yang amat berguna;
Jadilah Tuhanmu semata-mata sebagai tempat mulia untuk engkau hadapkan, maka dengan itu kemuliaanmu itu akan tetap dan kekal selama-lamanya; dan jikalah engkau hadapkan kemuliaanmu kepada sesuatu yang mati yakni apa sahaja selain daripada Allah, maka bila tiba masanya kemuliaan itu akan hilang dan lenyap atau mati bersama dengan sesuatu yang mati itu.
Keterangan
dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan telah masuk seorang atas setengah orang Arif pada halnya ia menangis. Maka katanya(yang arif); "Apa kerjamu?". Maka kata seorang yang menangis itu; "Mati sheikhku?" Maka kata arif itu kepadanya; "Apa engkau jadikan sheikhmu orang yang mati!!!".
Keterangan Suluk
Seorang Arif menemui seorang yang sedang menangis.
Maka tanya si Arif;
"Kenapakah engkau menangis sedemikian rupa""
Jawab yang menangis; "Sheikh(Guru Mursyid)ku telah
mati meninggalkan dunia!"
Maka kata si Arif pula; "Mengapa
bodoh sekali engkau bergurukan dengan
seseorang yang mati?"
Keterangan ini bukanlah bermaksud menghalang seseorang itu daripada
berguru dengan sesama manusia, atau mengambil sesuatu dari makhluk Allah
, malahan ianya amatlah diperlukan sekali bagi seorang
murid dan salik semasa awal perjalanan. Jika tidak berguru,
mungkin akan tersesat dan terseleweng nanti. Apa yang dimaksudkan
oleh Si Arif di atas ialah janganlah seseorang murid itu bergantung dan
bersandar kepada kehebatan dan keberkatan gurunya semata-mata. Jadikan
guru itu sebagai penunjuk arah kepada guru yang sebenar-benar guru yakni
Allah tanpa sedikitpun memandang kepada kesan dan asbab yang dizhohirkan
melalui seseorang guru. Fahamilah wahai diri........dengan kefahaman
yang mengenal.
Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Maka adalah dengan demikian itu seolah-olah menyuruh akan dikau dengan melazimkan Maqam Tajrid iaitu menghilangkan barang yang lain daripada hati kerana bahawasnya tiap-tiap mulia itu hijab daripada Allah Taala.
Keterangan Suluk
Maka adalah dengan huraian dan keterangan supaya memilih kemuliaan yang tiada fana' dan melupakan kecenderungan serta pandangan kepada sesuatu asbab, seolah-olah sebagai satu isyarat oleh Sheikh Ibnu Atoillah ra; yang mengajak engkau supaya menetapkan kedudukanmu pada Maqam Tajrid.
Berbeza dengan maqam asbab yang menetapkan dirimu agar berusaha, berikhtiar dan bertadbir dengan upaya dan kekuatan yang dijadikan, maka Maqam Tajrid itu menetapkan agar hilang dan hapus terus, rancangan-rancangan diri, tadbir dan usaha, aturan dan cara yang teradat untuk menghadapkan pandangan hati itu semata-mata kepada Allah Taala pada setiap waktu dan saat.
Ini adalah kerana tiap-tiap mulia yang dipandang pada tadbir diri dan asbab adalah sebenarnya merupakan satu hijab daripada Allah Taala. Hijab yang akan mendindingi mereka daripada mencapai Kemuliaan Yang Hakiki.
Dan inilah kesudah-sudahannya itu fana' . Dan tiap-tiap hina[tajrid di sisi manusia] itu adalah dalamnya menyampaikan kepada Allah Taala. Dan adalah kesudah-sudahan itu Baqa' dengan Allah Taala iaitu Maqam Merdeka.
Keterangan Suluk
Dengan menetapkan diri pada Maqam Tajrid yang melupakan segala sesuatu selain daripada Allah, malahan melupakan terus kewujudan dirinya, maka inilah menunjukkan kepada isyarat dan pengertian berkenaan kesudahan atau sut fana.
Walaupun di sisi kebanyakan manusia, dengan bertajrid itu menjadikan seseorang itu hina;
Dan adalah kesudah-sudahan jalan untuk sampai kepada Allah itu ialah Baqa' dengan Allah Taala yakni hidup kekal dengan Allah,
Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan Maqam Merdeka itu
Keterangan
Suluk
Sebagai rumusannya berkenaan Kemuliaan yang membawa kepada maksud Kesempurnaan Merdeka, maka bertemulah kita berkenaan dengan beberapa petunjuk yang besar. Apa yang ingin dimaksudkan dari perjalanan seorang Salik ialah kemerdekaan yang total dan sebenar-benarnya perlepasan daripada sebarang persyirikan. Kemerdekaan yang lepas bebas daripada bentuk penyembahan perasaan dan perhambaan(kecenderungan dan tilik hati) kepada sesuatu selain daripada Allah.
Ketahuilah, apabila Allah Menghendaki dan memberikan kebaikan yang Mulia di sisinya, maka akan diperintahkan mereka untuk meninggalkan Maqam Asbab dengan melazimkan Maqam Tajrid. Di Maqam Tajrid inilah kesudahannya dan penghujung jalan seorang si pengembara;
Bersambung lagi dalam catatan pengajian yang berikutnya ....Keramat Yang HakikiBergantung dan bersandar kepada kemuliaan hal atau maqam seperti abid, alim, wara' dan zahid tidak akan kekal malahan semua hal dan maqam itu termasuk dalam bidang sesuatu yang akan binasa; sebaliknya jika mereka mulia dengan Allah, maka adalah bagi mereka Maqam yang kekal dan tiada fana' kerana bahawasanya tergolong daripadanya segala hal fana iaitu barang yang lain daripada Haq Taala; yakni hal fana itu sendiri merujuk kepada hapusnya dan hilangnya sesuatu selain daripada Allah. Hanya Allah yang tidak fana malahan kekal selama-lamanya. Di manakah lahi hakikat wujud dan mulia diri? dan jadilah ia daripada Ahli al-Baqa' sesudah Fana' daripada cenderung dan memandang segala Hisiyah(perasaan ada itu ada ini, boleh itu boleh in dan apa sahaja itu ini yang ada) dan 'adam segala martabat makhluqiyah. yakni jadilah mereka daripada Ahli Al-Baqa sesudah hilang dan hapus segala sesuatu yang dikaitkan dengan mumkinil maujud yang bersifat kemakhlukan. Mata yang melihat seumpama menembusi kepada Pembuat Sebab dan Makhluk,
|
|