YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SEBENAR-BENAR LIPAT |
Terjemahan
dan Keterangan Tok Pulau Manis, dari Kalam Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah
As-Kanddari ra yang berikutnya;
|
Keterangan Suluk
Lipat ialah suatu istilah yang dirujuk kepada suatu keistimewaan atau Keramat yang mencarik adat yang dikurniakan Allah kepada seseorang hambaNya. Ianya jarang-jarang berlaku dan jika ianya terjadi, peristiwa itu sering dikaitkan dengan kelebihan seorang Aulia Allah.
"Lipat bumi" di mana ianya bermaksud seorang hamba punya keistimewaan
yang membolehkan mereka pergi dan pulang dari satu destinasi ke satu destinasi
dalam waktu yang singkat.
Contohnya seorang yang tinggal di Terengganu tetapi bersholat Jumaat
di Mekah dan kembali semula dan kemudiaannya dapat bersholat Asar di Madinah.
Perjalanan mereka dapat disingkatkan dalam beberapa langkah sahaja di mana
jika mengikut adat kebiasaannya jika berjalan kaki; ianya akan
mengambil masa berbulan-bulan lamanya.
Terdapat banyaklah cerita-cerita mengenai kelebihan orang-orang Sholeh dahulu kala yang dapat melipat bumi(menyingkatkan perjalanan yang jauh) ini sebagaimana yang pernah dicatitkan oleh As-Sariy As-Saqqathy r.a, Ibrahim Adham, Zin-Nun rahimahullah, dan Aulia-Aulia Allah yang lain.
Mendengar cerita-cerita dan kelebihan-kelebihan beberapa orang hamba Allah yang istimewa itu memang menarik dan mengkagumkan. Penuh dengan kehebatan-kehebatan yang sukar untuk ditandingi dengan sebarang teknologi dan kadang-kadang sampai memukaukan pandangan hati seorang murid dan salik. Pun demikian, kelebihan-kelebihan tersebut hendaklah diambil sebagai i'tibar dan pengajaran dalam memantapkan keyakinan kita kepada Kehendak dan Kekuasaan Allah Yang boleh memecahkan sesuatu aturan yang sedia teradat di samping Pengiktirafan Allah di atas kebenaran jalan-jalan yang ditempuh oleh Aulia Allah. Janganlah dijadikan pula keramat yang boleh melipat bumi sebagai maksud atau tuju hati; jauh sekali daripada mengharap-harapkan keistimewaan itu sebagai peneguh amalan atau tanda-tanda bagi mendapatkan kewalian.
Ini adalah kerana lipat bumi yang sedemikian bukanlah lipat yang hakiki atau keistimewaan yang sebenar-benarnya yang perlu dicari. Lipat yang hakiki itu ialah dilipatkan pengantaraan(medan) dunia daripdamu hingga engkau lihat akan akhirat itu hampir kepadamu daripada dirimu yakni memiliki keyakinan Iman yang tinggi dan teguh kepada Kekuasaan Allah sehingga dapat dilihat yang akhirat itu terlebih hampir dan dekat melebihi dekatnya dengan diri sendiri. Keyakinan Iman yang tinggi ini memancarkan cahaya makrifat di jiwa mereka sehinggakan bisa menembus pandangannya melewati sebab dan aturan malahan bisa menembus dimensi masa dan ruang dalam tilik yang sesaat.
Bukankah ini yang dikatakan sebenar-benarnya lipat atau yang paling pantas.
Berkenaan memandang akhirat itu terlebih dekat daripada diri sendiri sehingga melewati semua dimensi masa dan ruang, sukalah dipetik kata-kata Imam Ghazali dalam Misykaatul Anwar sebagaimana berikut;
Orang-orang yang mempunyai makrifat seperti ini(lipat hakiki) tidak perlu menunggu kebangkitan hari Qiyamat untuk mendengar Allah berfirman;
"Siapakah yang berkuasa hari ini? Allah sahaja Yang Esa dan tidak ada tandinganNya"(Al-Quran).
kerana firman itu sentiasa kedengaran oleh mereka yang mempunyai makrifat (lipat hakiki)itu. Mereka hairan mengapa diteriakkan "Allahhu Akbar" yang menunjukkan ia lebih besar daripada segala kebesaran yang lain. Kenapa? kerena yang besar itu adalah Dia dan Dia sahaja yang mempunyai kebesaran. Lain dari Dia tidak ada besarnya bahkan yang lain itu adalah kosong, tiada ada yang bersekutu dengan Dia. Semua yang wujud ini, pada hakikatnya adalah WujudNya jua.(Intaha: Misykaatul Anwar; Imam Ghazali)
Sebagai detailnya lagi, marilah kita sama-sama jelujuri pula keterangan-keterangan Tok Pulau Manis berkenaan lipat yang hakiki ini sebagaimana yang terdapat .........
Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Bermula lipat pengantaraan(medan) dunia itu hanya sanya tasawwur daripada hamba itu jikalau bercahaya Nurul Yakin dalam hatinya.
Maka pada ketika itu nafilah dunia dalam nazhornya dan terlipatlah(dunia) dalam i'tibarnya; dan dilihat akhirat hadir kepadanya; maujud kepadnya; dan dilihatnya(akhirat) terlebih hampir kepadanya daripada dirinya kerana zat(tubuh)nya fana' terlebih dengan i'tibar ini(akhirat) .
Keterangan Suluk
Perenggan pertama menegaskan kepada kita bahawa tidak akan terlipat medan(dimensi masa dan ruang) dunia ini melainkan pada hati atau jiwa hamba yang telah terterap atau terupa(tasawwur) Nurul Yakin(Cahaya Keyakinan). Hanya dengan tahqiqnya cahaya keyakinan(Nurul Yakin) ini, segala sesuatu yang samar dan jauh akan jadi terang dan dekat.
Maka pada ketika itu yakni pada ketika bercahayanya hati dengan keyakinan yang teguh itu,
Perlu dijelaskan di sini, yang dimaksudkan dengan akhirat itu ialah alam di mana;
Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Maka barangsiapa ada dengan ini Musyahadah, maka tiadalah tasawwur daripadanya kasih yang ghaib yang fana iaitu dunia; dan digantinya dengan yang hadir yang kekal iaitu akhirat.
Keterangan Suluk
Maka apabila hati seseorang hamba sentiasa berada dalam keadaan Musyahadah kepada sesuatu yang kekal dan yang haq, maka sudah tentu tidak akan terupa dan terterap lagi di hatinya cenderung dan kasih kepada sesuatu yang akan hilang dan binasa iaitu dunia dengan segala isinya.
Bukan semestinya nya dengan dibuang segala harta benda yang ada
Bukannya semestinya dengan membuang diri ke bukit atau gua
Tetapi dalam musyahadah itu, segala sesuatu yang mengelilinginya tidak sempat dipandang kerana telah terlipat dunia dan idea-idea yang berkaitan dalam musyahadahnya kepada sesuatu yang nyata di depan matanya, sesuatu yang kekal iaitu alam akhirat.
Maka tidak munasabahlah, dalam Musyahadah ini, masih terdapat lagi pandangan dan tilikan kepada dunia;
Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan kerana demikian itu adalah asal roghob pada dunia itu dan melemahkan dia atas akhirat itu tanda dhoif al-yakin.
Keterangan Suluk
Dengan keterangan yang telah diperhalusi sebelum ini, maka hendaklah difahami bahawa asal atau punca yang menyebabkan tidak terlpatnya akhirat dalam pandangan hatinya ialah kerana roghob atau gemar/cenderung hati pada dunia atau pada sesuatu yang bersifat sementara dan akan binasa.
Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Maka;
Keterangan
Suluk
Setelah difahami bahawa tahqiq hatinya seorang hamba dengan Nurul Yakin yang memancarkan cahaya makrifat,
Masya Allah......betapa ruginya...............
Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Maka inilah lipat yang hakiki bagi pengantaraan dunia yang memuliakan Haq Taala dengan dia segala kekasihNya; dan dengan dia Tahqiq Ubudiyah mereka itu bagi Tuhan mereka itu.
Tiada terlibat pengantaraan, terkadang ada ia Istidraj dan Makri.
Keterangan Suluk
Maka dengan memiliki Nurul Yakin yang memancarkan cahaya makrifat sehingga dilihatnya akhirat berdiri di depannya inilah yang dikatakan sebagai "Lipat Yang Hakiki" selagi seorang hamba itu masih berada di medan dunia ini. Dengan anugerah "Lipat Yang Hakiki" inilah Allah Taala memuliakan para KekasihNya di kalangan hamba-hambaNya Yang Terpilih.
Berhiasan dan berpakaianlah mereka dengan jiwa yang Tahqiq Ubudiyahnya bagi Tuhannya Allah.
Kekasih-kekasih Allah ini tidak terlibat sama sekali dengan sebarang pengantaraan keramat dunia dengan kelebihan lipat dunia atau berjalan di atas air.
Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan dikata setengah mereka itu(sufiah);
Bermula dunia itu satu langkah mukmin; yakni bahawasanya dilangkahinya dengan zahid dalam satu ketika.
Keterangan Suluk
Memperkukuhkan keterangan sebelumnya, maka petikan kata-kata Sufi di atas diperturunkan. Betapa singkat dan betapa sempitnya di dunia jika dibandingkan dengan ahli-ahli cahaya(Nur Yakin/Makrifat) yang jiwa mereka dapat menjangkau alam Ketuhanan dalam satu langkahan sahaja. Menurut Tok Pulau Manis orang-orang Mukmin yang dapat melangkahi dunia ini sehingga menjejaki Alam Ketuhanan ini adalah kerana hal keadaan diri mereka yang zahid yakni dingin hati dan tidak gemar kepada sesuatu keistimewaan yang berbentuk keduniaan. Walau untuk seketika sahaja sudah cukup kerana Zahid ini melepaskan terus kaitan dirinya dengan pengaruh nafsu syahwat dan basyariyah.
Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan dikata orang bagi Abu Yazid[Al-Bustomin ra.];
Keterangan
Suluk
Keterangan Aulia Allah yang memang harum namanya ini cukup jelas dalam membimbing kita kepada apa sepatutnya dihairankan. Bukan dengan melipat bumi, bukan dengan berjalan di atas angin, bukan dengan berjalan di atas air tetapi bahkan apa yang perlu hairankan ialah;
Semata-mata keistimewaan dirinya yang boleh berada dalam "pekerjaan" itu dan "keadaan" itu dalam satu masa jua. (Untuk santapan "jiwa yang memikir dan membuat kesimpulan". Jiwa yang bercahaya dan dapat menjadikan sesuatu yang lain bercahaya)
Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Kata Murna'is ra:;
Barangsiapa diperoleh daripada menyalahi hawa nafsu, nescaya terlebih besar daripada yang berjalan di atas air dan di atas angin.
Keterangan Suluk
Bersambung lagi dalam catatan pengajian yang berikutnya .....Ihsan Allah .Insya Allah
|
|