Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Mabadi 10 Ilmu Tasauf

Tiap-tiap ilmu mempunyai sepuluh [10] Mabadi yang menjadi tunjang bagi tujuan ilmu itu. Bagi mereka yang hendak masuk belajar mana-mana ilmu sayugianya dipelajari dan mengetahui Mabadi !0 supaya menjadi teguh keyakinan dan tetap pegangannya terutamanya Ilmu Tasauf kerana setengah golongan membilangkan Ilmu Tasauf ini khurafat yang bidaah yang tidak ada Warid daripada Nabi SAW.

Terpulanglah kepada mereka sendiri dan bagi kita memadai menyemak dan membaca kitab-kitab agama(Kitab Tua) terutama Al-quran dan hadis Nabawi serta Asar(bekas peninggalan)sahabat dan perjalanan ulama-ulama yang muktabar. Maka saya tuliskan di sini petikan daripada karangan-karangan ulama tasauf yang dimaksudkan itu:

1. Had (Takrif) Ilmu yang diketahui daripadanya Ahwal nafsu pada kebaikan dan kejahatannya dan kaifiat(cara-cara) membersihkan daripada segala Aib-aib dan penyakit daripada sifat Mazmumah dan najis yang Ma'nawi(syirik khafi) dan menyatakan kaifiat-kaifiat Suluk dan berjalan kepada Allah.
2. Maudu' (Tempat Hantaran) Al-Zat Al-'Aliyyah(Zat Allah) kerana dibahaskan daripada 'itibar makrifat dengan dalil dan burhan atau dengan syuhud dan 'iyan dan Al-Nufus Wal-Qalbu Wal-Arwah kerana dibahas akan dia membersih dan mensucikan.
3. Wadhi' (orang menghantar) Nabi SAW.mengajarkan dia oleh Allah Taala dengan Wahyu dan Ilham. Maka awal-awla orang mendhohirkannya dan mengatakannya Sayyidina Ali Karramallahi Wajhu kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Hasan Basri dan ibunya Umi Khairah Maula' bagi Umi Salamah, isteri Rasulullah dan bapanya Mauli bagi Zaid bin Zabit kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Habibil 'Ajami RA. kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Abu Sulaiman Daud Al-Thoi RA. yang wafat pada tahun 120Hijrah; kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Abu Mahfuz Ma'ruf bin Tiruz Al-Kharkhi RA.; kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Abu Hassan Sirri RA. yang wafat pada tahun 251 Hijrah dan menzhohirkan pemberitahuan hakikat oleh Sheikh Abul Qasim Al-Junaid Al-Bagdadi yang wafat pada tahun 297 Hijrah. Sheikh Junaid inilah menjadi orang yang pertama yang Ijtihad dalam Ilmu Tasauf di mana beliaulah Imam kita kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah.
4. Ismuhu (Namanya) Tasauf dan ilmu Qalbu dan Ilmu Batin dan Ilmu Laduni, dan Ilmu Mukashafah dan Ilmu Asror dan Ilmu Maknun dan Ilmu Hakikat dan Ilmu Zauqi dan Ilmu Wujdan dan beberapa nama yang lain daripada yang tersebut itu.
5. Istimdat (Petikan) Daripada Al-Qur'an dan hadis Rasulullah SAW. dan daripada Ilham Sholihin dan Fatuhat (Penemuan dan pembukaan)'Ariffin.
6. Hukum Wajib 'Aini atas tiap-tiap mukallaf mempelajarinya seperti Wajib 'Aini mempelajari barang yang membaikkan zhohir(syariat/fekah) mereka itu.
7. Masail (Masaalah) Bicara yang bergantung dengan Musyahadah akan Hak Taala dan yang bergantung dengan segala Maqam dan Hal-Ahwal bagi segala Arifin dan Sholihin daripada beberapa Adab dan amalan mereka itu.
8. Faedah Sampai kepada makrifat yang sebenar (hakikat makrifat)
9. Nisbah Bagi Seluruh ('Ilam)Ilmu Bahwa Ilmu ini asal titik 'Ilam dan ilmu yang lain daripanya adalah cawangannya. Bermula nisbahnya bagi batin seperti nisbah fekah kepada zhohir. Ianya metahkiqkan bagi Ilmu Usul dan mengheningkan Ilmu Fekah.
10 Kelebihannya Semulia-mulia ilmu yang dibangsakan kepada agama kerana ia jumlah daripada pati Ilmu Tauhid.

Sila rujuk Kitab Manhalul-Shofi Fi Bayani Rumuuzi Ahli Sufi untuk penjelasan sepenuhnya.

Tajuk Seterusnya[[Penerimaan Agama]]

Kembali ke Index Mengenal diri Mengenal Allah

Penulisan ini adalah sebagai panduan umum. Sebaiknya untuk mendapat penjelasan lanjut eloklah dirujuk kepada Guru-guru yang Ahli dalam Ilmu ini terutamanya Ilmu Usuluddin dan Ilmu Tahqiq [Martabat Tujuh]

Semoga Allah memberi taufiq dan hidayahnya