Pengajian
Kitab Hikam Kuliah Maghrib Hari Khamis ( 08. 02. 2001 / 14 Zulkaedah 1421)
Sambungan
Dari Pengajian Terdahulu
Petikan
dari Keterangan Pengajian Terdahulu;
Dan tatkala ada orang yang Ahli al-Qulub
daripada orang yang ahli Hakikat, maka adalah raghob(gemar) mereka
itu dalam Sir kerana bahawasanya raghob Sir itu dalam Haq Taala.
Keterangan
Suluk
Seorang ahli hakikat adalah seorang yang hidup mata hatinya dengan cahaya
hakikat dan makrifat. Dengan kerana itulah, mereka dikelaskan
sebagai Ahli al-Qulub(yang bersinar cahaya mata hatinya) yang mana dalam
hati mereka itu cenderung dan gemar untuk memandang kepada apa yang dinamakan
sebagai
"SIR". Dan adalah kecenderungan
Sir itu ialah semata-mata kepada Allah Taala sebagaimana mengikut sebuah
hadis Qudsi, Sir itu adalah batin dalam batin hati atau rahsia
kepada hati itu;
Telah Aku memperbuatkan
di dalam rongga anak Adam itu suatu mahligai dan
adalah
-
di dalam
mahligai itu dada(Shodron) dan
-
di dalam
dada(Shodron) itu Hati dan
-
di dalam
Hati itu Fuad dan
-
di
dalam Fuad itu Shaghof dan
-
di dalam
Shaghof itu Lubbun dan
-
di dalam
Lubbun itu Sirrun dan
di
dalam Sirrun itu Aku(yakni di dalam Sirrun itu tempat
tajalli Aku dan tempat ia mengenal akan daku)
Dan kerana inilah; yakni kerana
cenderung dan gemarnya Ahli Hakikat kepada hal-hal yang berkaitan dengan
Sir atau rahsia hati itu yang berupaya menjejaki hakikat yang Haq,
maka terjelmalah ketinggian pandangan dan tuntutan mereka sebagai seorang
hamba sebagaimana;
Kalam
Hikmah Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari yang selanjutnya;
|
Yang
dituntut segala orang yang Arif daripada Allah itu Shidiq dalam Ubudiyah
dan berdiri(melaksanakan) pada segala Haq Rububiyah
|
Keterangan
dan Huraian oleh Tok Pulau Manis
Bermula yang dituntut oleh segala orang
yang Arif terlebih tinggi daripada yang dituntut lain daripada mereka itu,
-
sama ada orang yang Abid atau
-
orang yang Zahid atau
-
orang yang Alim
kerana bahawasanya yang dituntut oleh segala
orang yang Arif itu hanya sanya iaitu
-
Sidiq dalam Ubudiyah dan
-
berdiri pada Haq Rububiyah
-
daripada tiada memelihara bahagian
-
dan tiada tinggal serta nafsu;
dan tiap-tiap yang lain daripada mereka itu
tiada menceraikan mereka itu bagi segala bahagian nafsu dan bagi segala
ghorab(faedah) daripada segala yang dituntut mereka itu.
Keterangan
Suluk
Dari kalam hikmah dan keterangan di atas, kita ditemukan dengan
perbezaan hala tuju dan maksud tujuan peribadatan antara golongan orang-orang
Arif dengan beberapa golongan hamba yang lain.
Orang-orang arif memiliki tujuan yang terlebih tinggi dan mulia
berbanding dengan golongan-golongan lainnya yang terdiri daripada orang-orang
Abid, orang-orang Zahid dan Alim Ulama; Ini adalah kerana apa
yang dituntut oleh orang-orang Arif ialah;
-
Sidiq dalam Ubudiyah(Kehambaan) dan
-
menyempurnakan Haq Rububiyah(Ketuhanan)
-
di samping membebaskan diri mereka dari belenggu nafsu syawat seperti;
-
kedudukan dan kemuliaan
-
balasan pahala atau nikmat
-
keramat atau kelebihan
-
syurga dan segala darjah-darjah ketinggian di dalamnya
-
menjadi seseorang yang dikenali dan yang menjadi tumpuan manusia.
Berbeza dengan golongan abidin, zahidin dan ahli ilmuan yang
tiada menceraikan mereka yakni yang masih tidak bebas tuntutan
mereka dengan belenggu bahagian nafsu tersembunyi yang faedah kepentingannya
untuk diri mereka sendiri;
-
Si Abid takutkan siksaan Allah dan inginkan pahala serta kedudukan yang
mulia di akhirat nanti
-
Si Zahid masih mahukan kelebihan maqam-maqam yang lebih tinggi berbanding
dengan maqam-maqam yang lain
-
Si Alim masih inginkan kemasyhuran dan tagihan perhatian manusia ramai;
yang menunjukkan maksud dan tuju hati kehambaan mereka masih bercampur-baur
dengan bahagian-bahagian nafsu yang tersembunyi dan faedah-faedah kepentingan
diri.
Adalah maksud Sidiq dalam Ubudiyah itu ialah benar dan ikhlas dalam
kehambaan. Benar-benar menduduki hakikat sebagai seorang hamba yang
lemah, hina, fakir, dhoif, jahil lagi haqir.
Benar dengan mengikut jalan atau thoriq yang dibawa oleh Rasul, para sahabat
dan sholohin. Adapun maksud sidiq dalam Rububiyah pula, tunduk
dan akur dengan Kehendak dan Ketentuan Allah Yang Maha Pekuasa, Yang
Mulia, Yang Kaya, Yang Maha Mengetahui lagi Maha Sempurna.
Seorang yang benar-benar Sidiq dalam hakikat kehambaan dan Rububiyah ini
tidak akan memperlekehkan syariat Rasulullah atau mengiktirod(mengkritik/mempertikaikan)
ketentuan dan kehendak Allah ke atasnya.
-
Jika sebagai seorang ahli maqam asbab yang terpaksa berusaha-kasab untuk
melaksanakan tugas dan tanggung-jawabnya tidak akan meninggalkan usaha-kasab
ini dengan semata-mata kerana ingin mencapai kehampirannya dengan Allah.
-
Jika sebagai seorang ahli maqam tajrid pula, mereka tidak akan cuba-cuba
untuk berpindah kepada maqam asbab dengan tujuan untuk berbakti kepada
manusia umum.
-
Jika sebagai seorang yang ditentukan untuk menjadi seorang hamba abdi,
mereka akan tetap di atas kedudukan itu walaupun terpaksa menerima cacian
dan hinaan daripada manusia lain.
-
Jika sebagai seorang yang diberikan kelebihan harta atau ilmu, atau amal,
mereka akan berlepas diri daripada memandang upaya dan kekuasaan diri dengan
menggunakannya sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya.
Tegasnya sebagai seorang ahli ibadat yang melaksanakan Haq Kehambaan(Ubudiyah),
-
Mereka banyak mendirikan amal taat kepada Allah walau dalam apa jua kedudukan
mereka.
-
Mereka benar dalam banyak mengerjakan amalan yang wajib dan sunat sebagaimana
yang terjelma dari Rasulullah SAW. para sahabat dan para sholihin;
-
Mereka sidiq dengan mengerjakan ibadat mengikut kaifiat-kaifiat yang shohih
tanpa taklid buta
-
Alim dengan Ilmu Syariat atau Fekah
-
Beramal dengan Thoriq Muhammadiyyah
-
Berhakikat dengan MakrifatuLlah.
Demikian jua sebagai seorang hamba yang melaksanakan Haq Ketuhanan(Rububiyah),
hatinya sentiasa digilap menembusi ke Sirnya sehingga;
-
akur dan patuh dengan ketentuan dan ketetapan Allah,
-
bebas daripada sebarang pesekutuan sama ada syirik Jali atau syirik Khofi
-
yang tidak memandang kepada dunia dan kepentingan diri sendiri
-
yang tidak menuntut selain daripada Allah Yang Haq
Demikianlah sebagai sebahagian penerangan berkaitan dengan keinginan dan
tuntutan para ArifbiLlah; semata-mata sebagai ingin melangsungkan
Sidiq dalam Ubudiyah(Kehambaan) di samping melaksanakan Haq Rububiyah(Ketuhanan).
Keterangan
dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Kata Sayyidi Abu Madyan ra.;
Jauhlah antara yang hemahnya kepada segala
anak bidadari dan segala mahligai dan di antara yang hemahnya terangkat
segala dinding dan sentiasa hudur.
Keterangan
Suluk
Mengikut Wali Qutub ini, adalah tersangat jauh bezanya maksud
hati atau hemah seorang hamba yang menghambakan dirinya kepada Allah kerana
mengharapkan balasan syurga serta segala nikmat-nikmatnya dengan seorang
yang hemahnya yang ingin meruntuhkan segala tabir hijab dengan TuhanNya
dan sentiasa ingin merasa kehadiran(kehampiran) dengan Allah dalam setiap
nafasnya.
Betapa tidak jauh bezanya kerana;
-
yang pertama itu menginginkan makhlukNya iaitu syurga dengan segala nikmatnya;
berhemah seperti kanak-kanak yang sukakan gula-gula dan coklat;
-
yang kedua itu hanya mengharapkan kepada kehadiran dan bersekedudukan dengan
dengan Tuannya(syurga) yakni dengan Allah semata-mata..
Keterangan
dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan adalah Sidiq itu terlebih tinggi martabat
segala orang yang salik seperti firman Allah Taala; "Hai segala mereka
yang percaya, Takut olehmu akan Allah Taala dan adalah Kami serta
segala orang Sidiq".
Keterangan
Suluk
Keterangan di atas, mempertegaskan lagi kelebihan dan ketinggian
seorang yang dapat menyempurnakan Sidiq dalam Kehambaan dan Sidiq dalam
hak Rububiyah. Dengan nas atau pengiktirafan dari Allah sendiri,
maka jelaslah hanya yang Sidiq sahaja yang dapat mencapai hakikat "kehampiran"
dengan Allah.
Keterangan
dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Dan bahawasanya Ubudiyah itu bagi hati orang
yang memandang akan dirinya bagi TuhanNya, kerana umum(meliputi)
Ubudiyahnya itu bagi Sir dan ibadat itu bagi diri dan menyempurnakan pada
segala adab itu menyampaikan bagi jalan.
Keterangan
Suluk
Keterangan di atas mendetailkan dan memperhalusi lagi berkenaan dengan
maksud hakikat Ubudiyah. Dikatakan Ubudiyah itu adalah sebagai pekerjaan
hati atau lebih tepatnya pekerjaan SIR yakni batin kepada batin hati.
Adalah pekerjaan atau fitrah SIR itu ialah tempat terhimpunnya segala kenyataan
dan hakikat Tuhan yakni Allah. Sebab itulah sebagaimana yang telah
disebutkan oleh hadis Qudsi di atas di
dalam Sirrun itu Aku(yakni di dalam Sirrun itu tempat
tajalli Aku dan tempat ia mengenal akan daku).
Dengan kerana inilah, maksud Ubudiyah itu adalah luas dan ianya meliputi
segala keperihalan peribadatan seorang hamba. Jika bergemilapan SIRnya,
maka terjelmalah segala amal dan ibadat lahiriah yang menjejaki Sidiq bagi
segala amal, Sidiq bagi segala adab dimana dengan menyempurnakan
adab-adab kehambaan dan Ketuhanan akan menyampaikan seorang hamba kepada
jalan untuk sampai kepada TuhanNya.
Fahamlah kita bahawa "kunci" untuk menyempurnakan adab-adab kehambaan
dan adab-adab Ketuhanan itu adalah semata-mata dengan SIR, bukannya
bergantung kepada mendirikan atau melaksanakan ibadat-ibadat yang zhohir
bagi keperluan diri sedangkan perihal hati atau SIR dipinggirkan sehingga
menhijabkan daripada menerima Tajalli Allah.
Keterangan
dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
-
Dan menyempurnakan pada segala adab Ubudiyah
itu menyampaikan bagi ain Al-Thoriq
-
dan menyempurnakan pada segala Ubudiyah Ilahiyah
hak Al-Thoriq,
-
dan menyempurnakan pada segala martabat Ilahiyah
hakikat hak Al-Thoriq.
Keterangan
Suluk
Setelah difahami bahawa dengan bercahayanya rahsia hati itu yakni SIR,
barulah seorang hamba akan dapat menyempurnakan segala adab-adab Ubudiyah
yang ada.
-
Maka dengan menyempurnakan segala adab Ubudiyah itu akan terbukalah padanya
jalan yang boleh menyampaikan kepada jalan yang sebenar-benarnya jalan
(ain
Al-Thoriq) untuk mencapai kehampiran dengan Allah.
Ianya terjelma dari perihal seorang hamba pada zhohirnya sentiasa taat,
patuh dan menjunjung perintah Allah dengan hatinya sentiasa menyerah kepada
Allah.
-
Selanjutnya bila disempurnakan pula segala adab Ubudiyah
Ilahiyah "wazifah(pekerjaan) Ketuhanan" maka
barulah seorang hamba itu dikatakan telah melaksanakan hak
Al-Thoriq yakni hakikat jalan menuju kepada Allah.
Ianya terjelma dengan bagaimana seorang hamba menjaga hati daripada diperhambakan
oleh nafsu syahwat dan dengan mendirikan wazifah(pekerjaan) Ketuhanan.
Menghinakan diri dengan Kemuliaan Allah, Memfakirkan diri dengan
Kekayaan Allah, Menjahilkan diri dengan Kealiman Allah, Mendhoifkan
diri dengan Kekuasaan Allah, Menghaqirkan diri dengan Kehebatan Allah.
-
Seterusnya pula dengan menyempurnakan adab-adab pada segala martabat
Ilahiyah yakni menggugurkan pandangan sehingga dinampak
Allah Yang Mentadbir ke atas sesuatu, maka inilah yang dikatakan
sebagai hakikat hak Al-Thoriq.
Isyarat keterangan di atas, jika diperhalusi lagi akan terbitlah
darinya rangkaian tiga keperluan yang wajib diseiringkan dalam perjalanannya
menuju kepada Allah. Tiga rangkaian saling pintal-memital itu ialah
Syariat, Thoriqat dan Hakikat. Kenyataan ini boleh diperolehi
dari Keterangan
dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis sebagaimana berikut;
Umpama demikian itu,
apabila engkau kata "Permulaan
Ayat 5 Al-Fatihah" ertinya "akan dikau
kami menyembah", maka engkau lihatlah dengan dia alam Al-Syariat;
dan
apabila engkau kata "Sambungan
Ayat 5 Al-Fatihan" ertinya "akan dikau
kami minta tolong", maka engkau lihatlah dengan dia alam Al-Thoriq;
dan
apabila engkau kata "Ayat
6 Al-Fatihah" ertinya
"tunjuk olehMu akan kami jalan yang betul, maka engkau lihatlah dengan
dia alam Al-Hakikat.
Keterangan
dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis
Maka segala Hadrat itu tiga perkara;
Pertama, Hadrat al-Rububiyah iaitu
Hadrat Al-Jalal
Kedua, Hadrat al-Ruhaniyah iaitu
Hadrat Al-Jamal
Ketiga, Hadrat al-Ilahiyah iaitu
Hadrat Al-Kamal.
Keterangan
Suluk
Bersambung dalam catatan pengajian yang berikutnya di bawah tajuk Hal
Suka dan Suka
[[Kembali
ke Index Pengajian Kitab Hikam]]
Semoga Allah memberi
taufik dan hidayahnya
|
Tiada daya dan upaya
melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar
|