Petronas merupakan syarikat petroliam utama
yang menjalankan operasi pengeluaran petroliam dan gas di luar pantai Negeri Terengganu
hari ini. Sebagai menghargai kerjasama yang erat antara Kerajaan Negeri dan Petronas
sebuah galeri yang memaparkan aktiviti petroliam dan gas di wujudkan di Muzium Negeri
Terengganu yang dinamakan Galeri Petroliam di mana keseluruhan perbelanjaannya ditanggung
oleh pihak Petronas.
Galeri ini yang
terletak di tingkat tiga Block C mempunyai segmen-segmen tertentu seperti asal-usul
kejadian minyak mentah dan gas, contoh-contoh batuan di perut bumi yang digerudi, profil
lapisan tanah dan batuan, model-model kilang yang berasaskan petroliam dan gas serta
produk-produk akhir daripadanya.
Para Pelawat dapat
menyaksikan sendiri bagaimana bentuk pelantar minyak yang didirikan ditengah laut serta
bagaimana kehidupan pekerja-pekerja di atas pelantar tersebut. Sebuah dewan teater
yang menayangkan video tentang kerja-kerja yang berkaitan dengan industri ini juga
disediakan. Jadi, marilah kita hayati kecanggihan teknologi yang digunakan
dalam industri petroliam di Galeri Petronas. |