Galeri Tekstil yang merangkumi kawasan seluas 30 meter persegi ini memaparkan segala-galanya mengenai sejarah, proses penghasilan, perkembangan serta jenis busana yang hampir tidak dapat dilihat lagi sekarang. Saksikan sendiri kecanggihan teknologi tradisional serta keindahan dan keunikan kain yang dihasilkan seperti Kain Songket, Tiga Karat, Mastuli, Samarinda, Limar, Gerus, Telepuk, Pelangi, Batik dan Cindai. Corak yang menarik, warna yang menawan serta potongan yang unik pada busana yang dipamerkan pasti membayangkan kepada anda keindahan fesyen masyarakat dahulu. |
BATIK
TULIS TANGAN TERPANJANG yang berukuran 200 meter panjang dan 1.08
meter lebar ini telah mendapat pengiktirafan dunia dan telah dicatatkan dalam buku 'World
Guiness of Record' turut dipamerkan di galeri ini. Ia berjaya disiapkan oleh 150
orang pelukis batik daripada seluruh Negeri Terengganu dalam masa kira-kira 3 jam, pada 23
Julai 1989, di Pantai Batu Buruk sempena Pesta Pantai Terengganu 1989. Kain ini dihiasi
dengan pelbagai jenis motif dan ragam hias yang menarik.
|
MENU UTAMA I ADAT ISTIADAT I DIRAJA I KRAF I SENJATA I SEJARAH I PETROLEUM I ISLAM I SUMBER ALAM & EKONOMI I PELAYARAN & PERDAGANGAN I PERIKANAN & TAMAN LAUT I SEMENTARA