Kemahiran dan kehebatan
tukang besi telah berjaya menghasilkan pelbagai jenis senjata yang boleh digunakan untuk
mempertahankan diri, sebagai perhiasan atau sebagai lambang kebesaran dan keagungan.
Selain mempamerkan
pelbagai jenis keris yang begitu istimewa, Lawi Ayam, Kuku Harimau, Sundang, Tekpi
dan Sengat Pari juga turut dipersembahkan. Masing-masing mempunyai kehebatan tersendiri.
Ketahuilah juga rahsia kehebatan dan keistimewaan Keris Picit.