Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Lima,
Sibu atau di akronimnya
SMKBL ataupun SMKB5 di
tubuhkan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri
Sarawak untuk menampung
keperluan di kawasan
Lanang dan Sungai Salim
serta kawasan
berhampiran untuk
menampung bilangan
pelajar yang semakin
bertambah di kawasan
ini. Sekolah ini mula
beroperasi pada 1
Disember 1989. Mesyuarat
Pengagihan Tugas Staf
Pertama dia adakan di
Bilik Mesyuarat, Jabatan
Pengagihan Tugas Staf
Pertama diadakan di
Bilik Measyuarat, Jabatan Pendidikan
Bahagian, Sibu, pada 22
November 1989 jam 9.00
pagi di pengerusikan
oleh Encik Putit Matzen
( Ketua Penolong
Pengarah, Bahagian
Penyeliaan Sekolah di
Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak ).
SMK Bukit Lima, Sibu,
merupakan sebuah sekolah
menumpang yang sedang
menumpang di kawasan SK
Bandaran Sibu No. 2.
Pada awal bulan Disember
1989 hingga akhir bulan
April 1990, SMK Bukit
Lima tidak mempunyai
bangunan sendiri. Semua
pengajaran dan
pembelajaran terpaksa
diadakan di sebelah
petang dengan mengunakan
bilik darjah SK Bandaran
Sibu No. 2 Senarai
guru/kakitangan SMK
Bukit Lima, Sibu bagi
sesi permulaan 1989/1990
ialah seperti berikut:-
1. Encik
Wan Aju b. Tuanku Abu
Bakar ( Pengetua )
2. Encik
Tay Cho Sei ( Penolong
Kanan 1 )
3. Encik
Stepen Lai King Ming (
Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid )
4. Puan
Kho Bee Hung ( Guru )
5. Encik
Chiong Wei Shiong ( Guru
)
6. Cik
Doris Ak. James Sandom (
Guru)
7. Cik
Liong Siw Len ( Guru )
8. Puan
Manjit Kaur A/P Gurdip
Singh
9. Cik
Hii Hie Sing ( Guru )
10. Cik
Rubian ak. Daha
11.
Encik Norgi bin Ghani (
Guru )
12. Puan
Hashimah binti Hamzah
13. Puan
Cheng Hie Chai ( Kerani
)
14. Cik
Lu Leh Hiong ( Pembantu
Am Rendah - Att. Makmal
)
15. Puan
Tiong Bili ( Pembantu Am
Rendah )
16. Cik
Tang Siong Kiong ( Guru
Sandaran )
17. Cik
Sarah Freda bt Wilfred (
Guru Sandaran )
18. Cik
Rosnah binti Median (
Guru Sandaran )
19.
Encik Shamsur bin Jemani
( Guru Sandaran ) (
mulai 18.6.90)
20. Cik
Tang Kui Mee ( Pekarja
Am Sambilan) (-30.4.90)
21.
Encik Annie bin Abbas (
Pekerja Am
Sambilan)(-30.4.90)
22.
Encik Ahmad bin Abu
Bakar ( Pekerja Am
Sambilan )
Satu bilik darjah SK
Bandaran Sibu No. 2 di
guna sebagai bilik guru
dan pejabat untuk
Pengetua, 14 orang guru
dan seorang kerani.
Ambilan pelajar untuk
tahun persekolahan
1989/1990 ialah 236
orang ( 95 orang kelas
peralihan dan 141 orang
Tingkatan 1). Pada
ketika itu, pembinaan
dua blok bangunan kayu
SMK Bukit Lima, Sibu,
sedang di laksanakan
oleh Jabatan Kerja Raya,
Sibu di dalam kawasan Sk
Bandarn Sibu No. 2. Dua
blok bangunan dua
tingkat ini mengandungi
sebuah bilik guru,
sebuah pejabat am,
sebuah pejabat pengetua,
dua buah makmal sains
dan lima buah bilik
darjah.
Pada awal bulan Mei
1990, segala urusan
pentadbiran, pengajaran
dan pembelajaran baru di pindahkan ke bangunan
sendiri yang telah
siap dibina. Satu bilik
kecil telah diasingkan
dari bilik guru untuk
menjadi perpustakaan
sekolah.
Pada awal tahun 1992,
satu blok engkel KMT (kayu)
telah didirikan secara
gotong royong oleh PIBG
sekolah untuk
menyempurnakan proses
pengajaran. Sebelum ini,
makmal fizik telah
dibahagikan menjadi
bilik ERT dan KMT.
Pada akhir tahun 1993,
sebuah gelanggang bola
tampar siap di bina di
hadapan blok
pentadbiran. Gelanggang
ini sebenarnya merupakan
gelanggang serbaguna
untuk segala aktiviti
ko-kurikulum,
perhimpunan dan perayaan
sekolah. Perpustakaan
telah di pindah ke
sebuah bilik darjah di
bangunan SK Bandaran
Sibu No 2, meluangkan
bilik untuk semua
penolong kanan.
Memandangkan bilangan
pelajar kian bertambah
tahun demi tahun, 5 buah
bilik darjah yang sedia
ada dengan pinjaman
bilik darjah ( sesi
petang ) dari SK
Bandaran Sibu No. 2 (terhad kerana tidak sesuai) masih tidak
mengizinkan pengajaran
dan pembelajaran di
jalankan dengan
sempurna, maka pada
tahun yang sama, sebuah
bilik darjah kecil yang
hanya dapat memuatkan 30
orang pelajar ( kerana
ruang yang terhad ) di
bina bersama dengan
dengan satu gelanggang
sepak takraw/ badminton.
Oleh kerana tiada ruang
lagi untuk membina
bangunan, pelan sekolah
SMK Bukit Lima, Sibu,
tidak berubah lagi sejak
itu.
Bercakap ,mengenai
sejarah kelas 5 Bestari.
Kelas 5 Bestari atau
dahulunya di kenali
sebagai kelas 5A di
adakan buat kali pertama
pada tahun 1998 untuk
membolehkan lulusan PMR
1996 SMK Bukit Lima
menduduki SPM. Pada
tahun 2001 nama kelas 5A
di tukar kepada kelas 5
Bestari.
Pada tanggal 14 Januari
2002 seluruh warga SMK
Bukit Lima telah
berpindah ke kampus baru
di Jalan Kenari, Salim
yang kami namakan
"Kampus Kenari" yang
menggantikan kampus lama
yakni "Kampus Ubah".
(Banggalah kamu junior dapat
sekolah baru...) |