Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

                                Selamat Datang Ke Laman

     

                                                                                

         Dalam pencarian "Guru Sebenar Guru"...antara ilmu, amal dan bual; manakah satu yang sebenarnya bekal? 

                  Ramai mengaku 'berilmu' tapi kurang  berakal apatah lagi yang sedikit ilmunya tapi langsung tidak berakal;

 

                                                                           itulah punca amal  dan  bual tidak menjadi bekal.    

                       

 

 

 

Keranamu

Malaysia

       

 

 

 (Hamzah Mohamed)

 

Mengenai Saya

Sila ke laman

Latar Belakang Saya

 

Klik Di Sini

 

     

 

Aspek Positif Pemantauan Bertujuan

Peningkatan Budaya Kerja Organisasi Sekolah

 

 

1. Program pemantauan PKKP Daerah Maran baru-baru ini bukan sahaja bagi melihat, mengesan dan menilai segala aspek pengurusan dan pentadbiran kurikulum tetapi melangkaui semua aspek budaya sesebuah sekolah.

 

2. Budaya sekolah pula ditunjukkan melalui ciri-ciri dan tingkah-laku murid-murid dan guru-gurunya dalam interaksi dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Kebanyakan sekolah tidak terlepas daripada menunjukkan ciri-ciri kelemahan yang lebih daripada aspek atau ciri-ciri kekuatan yang boleh dibanggakan.

 

3. Saya berasa beruntung dapat melihat, mengesan dan menilai terutamanya aspek pengurusan dan pentadbiran di sekolah-sekolah yang dipantau kerana darinya kita dapat mengukur sejauh mana sekolah kita lebih baik dan berjaya dalam banyak hal.

 

4. Kelemahan-kelemahan ketara yang ditemui adalah:

 

  • Panitia Mata pelajaran tidak memuaskan dari segi kandungan, format, fokus perbincangan dan aspek menepati takwim, malah sesetengah mata pelajaran langsung tidak wujud panitianya.

  • Aktiviti kokurikulum sangat tidak memuaskan dari segi kefungsiannya, pelaporan, rekod dan perancangan serta tidak ada satu sistem pengesanan yang komprehensif dan efektif; bukti tidak adanya kreativiti dan inovatif di kalangan GPK-GPK berkaitan!

  • Pencerapan P&P tidak dilaksanakan (sewajarnya) dan tidak atau belum lagi jadi budaya kerja yang profesional walau pun arahan mengenainya telah dikeluarkan sejak 1987 lagi (melalui Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987).

  • Semua sekolah yang dipantau gagal menghantar laporan-laporan berkala yang dikehendaki seperti Laporan Disiplin/Salah-laku, Laporan Kecemaran Sosial, Laporan Kaunseling, Lampiran A Pencerapan, Lampiran B Mesyuarat Panitia, Laporan Kajian Mingguan Aedes, Laporan Program Celik Al-Quran (PCAQ) dan seumpamanya yang sedang berkuatkuasa.

  • Sistem fail tidak memuaskan: tiada kertas minit, surat tidak dinomborkan, fail bercampur aduk isinya, tiada surat litup, daftar fail yang ketinggalan zaman, tak tahu mana satu fail yang 'rasmi' mana satu pula fail 'peribadi' kegunaan guru-guru, kandungan fail tidak diikat dengan tali fail.

  • Tidak wujudkan juruaudit dalaman, tiada nombor pesanan Local Order (L/O), dan tidak lengkap tanda tangan pada L/O di ruangan-ruangan yang disediakan.

  • Tidak ada mesyuarat guru secara profesional dari segi agenda, fokus dan penyimpanan minit dengan kemas.

 

5. Bagaimana budaya kerja, budaya sekolah yang unggul, berkesan lagi mengesankan dapat dibentuk, diwujudkan dan dipamerkan jika kelemahan-kelemahan ketara fungsi setiap aspek dan setiap personel di sesebuah sekolah itu terus-terusan berada dan berasa amat selesa dengan cara kerja yang tidak berkualiti itu?

 

6. Itulah sebabnya mengapa saya sentiasa mengingatkan guru-guru semua bahawa membina budaya dan tamaddun bukan dibina dalam satu hari; perlukan semua orang peka dan prihatin kepada segala perkara yang berkaitan.

 

7. Amatlah mendukacitakan jika ada lagi di antara kita masih tidak sedar malah bertingkah-laku macam orang mabuk gadung apabila mengemukanan kenyataan atau tidak dapat memberikan jawapan yang menyakinkan umpamanya;

 

  • Tidak tahu 'target setting' sekolah sendiri!

  • Tidak tahu berapa bilangan target murid dapat 5A.

  • Tidak tahu dan tidak yakin dengan apa yang telah dibuat seperti soal diagnosis dan program khas sekolah, dan paling memalukan apabila kita kata..."Tanyalah Guru Besar!"

 

8. Yang demikian kita hendaklah lebih berwaspada, lebih bijak dan lebih profesional dalam menghadapi soalan-soalan pihak pemantau. Saya amat berharap tidak berulang lagi respon kita yang "memakan diri sendiri".

 

 

eeefff

 

*   (Nota Khas di atas adalah salah satu daripada kira-kira lebih daripada 105 siri ucapan pengerusi di dalam Mesyuarat Guru setiap bulan yang disampaikan antara tahun 1991 hingga 2002)

 

 

                       

 

                                         Copyright © 2002-2003 Hamzah Mohamed