Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

                                Selamat Datang Ke Laman

                        

 

                                                        

   

  Dalam pencarian "Guru Sebenar Guru"...antara ilmu, amal dan bual; manakah satu yang sebenarnya bekal? 

    Ramai mengaku 'berilmu' tapi kurang  berakal apatah lagi yang sedikit ilmunya tapi langsung tidak berakal;

 

                                                                itulah punca amal  dan  bual tidak menjadi bekal.   

 

                              

  

Keranamu

Malaysia

 

 

(Hamzah

Mohamed)

 

Mengenai Saya

Sila ke laman

Latar Belakang Saya

 

Klik Di Sini 

 

 

 

" Tidak akan

        kamu

 berperasaan

 gundah walau sekali,

 jika kau tahu apa

 yang dicari."

 

 ~ Umar

 al-Khattab

           

 

 

 

 

                                     Pengenalan

                 Laman Memoirku

 

Laman Memoir ini dibangunkan dengan tujuan memaparkan pandangan, pemerhatian dan pemikiran saya setelah berkhidmat dan berkecimpung selama tiga puluh empat tahun di dalam dunia pendidikan (daripada seorang guru penolong, kemudian sebagai Pengetua dan Guru Besar) di peringkat rendah dan menengah (di sekolah), di samping ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang tidak ternilai yang telah terkumpul selama tempoh masa tersebut.

Saya percaya dan yakin bahawa seseorang guru sebenar guru: ke sekolah tidak jemu mengajar tidak lesu, seharusnya tidak akan tamat sumbangan dan pemikirannya (walau pun secara rasmi ianya telah tamat perkhidmatan). Seorang guru yang sejati yang mencintai ilmu dan pengetahuan, berfikiran positif dan terbuka, yang sentiasa meneroka alam minda manusia tetap akan mencurah dan menyumbangkan idea dan pemikirannya kepada masyarakat umum melalui pelbagai cara dan media terutama di zaman cyber ini di mana kemudahan dan kecanggihan internet dapat mendekatkan dan mempertemukan dua insan (malah berjuta-juta manusia) menerusi laman-laman web seperti ini.

Satu sifat diri saya ialah sangat suka 'menyumbang' dan 'berkongsi' pengalaman dan pengetahuan dalam memimpin dan mengurus sekolah apabila sahaja saya diberi peluang dan kepercayaan oleh Jabatan Pendidikan Pahang yang melantik saya ke jawatan Guru Besar (dan Pengetua) di sekolah-sekolah yang saya telah pernah berkhidmat dan menabur bakti selaku seorang guru yang berniat menjadi guru sebenar guru dari  pelbagai aspek terutama aspek ketrampilan ilmu, ketrampilan sahsiah dan personaliti, ketrampilan disiplin-diri, serta ketrampilan mengurus, memimpin dan memotivasi.

Kira-kira lima tahun (sejak 1997) sebelum saya bersara (wajib) saya telah berazam untuk menyebarkan apa jua pengalaman dan pengetahuan sebagai seorang  (bekas Pengetua) dan Guru Besar bagi 'membimbing dan melatih' serta 'membentuk' guru-guru saya dan juga rakan-rakan sejawat di dalam Sekolah Kelompok; beberapa aspek dan ciri-ciri yang perlu mereka ada atau miliki jika mahu mencapai tahap kepemimpinan yang berkualiti tinggi di samping mampu menangani sebarang masalah dan konflik ketika mengurus organisasi sekolah yang kian hari kian kompleks dan menuntut ketahanan diri yang betul-betul utuh bukan sahaja dari segi ketahanan fizikal dan mental bahkan ketahanan emosional dan spiritual yang hebat dan teruji.

Segala pengalaman, anekdot serta interaksi yang saya lalui adalah seratus peratus pengalaman peribadi saya dan pandangan dan pemikiran saya sedapat mungkin berdasarkan ciri-ciri profesionalisme, prinsip, gagasan atau konsep yang bersifat universal walau di mana atau dari mana ianya dirujuk.  Semoga niat dan hasrat murni ini dapat menyumbang idea dan penyelesaian masalah dalam membantu sesiapa sahaja yang mungkin memerlukannya (tetapi tidak tahu di mana atau dari mana hendak mengadu) terutama kepada segolongan pengurus dan pentadbir kurikulum dan pendidikan yang sedang berkhidmat di seluruh negara Malaysia yang tercinta.

 

                                                Baik-baik belayar malam,

                                          Ombaknya deras karangnya tajam;

                                              Cari-cari mu'allim yang faham,

                                             Di situ banyak kapal tenggelam.   

     

                                  "Ilmu yang dangkal tak dapat mengajuk laut.

                                                 Hati yang kasar tak dapat mengenal indah."

                                                                                 ~HAMKA

 

                      Saya mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau ulasan

                              daripada para pengunjung yang dihormati sekalian.

 

                                                                 

                                   

                                                    Documents

     

                                     

                       

 

 

 

                                   This page was last updated on 12/18/09.       

                                              

                                                  Anda pelawat yang ke;  

                                                                                                             

 

 

 

 

 

         

        

                                                                    

                                     Copyright © 2002-2003 Hamzah Mohamed