Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

BAHAGIAN MARITIM

fauzi.jpg (3716 bytes)

EN. FAUZI BIN MUDA

(KETUA BAHAGIAN)

Penolong Pengarah

cartam.jpg (6391 bytes)

                                                           3 orang Pembantu Muzium

 

PENGENALAN

Muzium Maritim ditubuhkan secara khusus selain daripada bangunan muzium utama bertujuan khas kepada pendekatan aktiviti perairan.  Objektif utamanya ialah untuk menyelidik, memelihara, membuat dokumentasi, mengumpul dan mempamerkan warisan negeri yang berkaitan dengan aktiviti perikanan, taman laut dan pelayaran serta pengangkutan air di Negeri Terengganu.

Bangunan Muzium Maritim dilengkapi oleh dua buah galeri iaitu Galeri Pelayaran dan Pengangkutan Air yang terletak berhampiran tebing Sungai Terengganu dan berdekatan juga dengan Perahu Besar dan Galeri Perikanan dan Taman Laut bersama-sama dengan Bangunan Pentadbiran.

 

OBJEKTIF

Membuat penyelidikan, pemuliharaan, dokumentasi, pengumpulan dan mempamerkan warisan negeri yang berkaitan perikanan dan pelayaran serta pengangkutan air di Negeri Terengganu Darul Iman.

 

PERANAN

Berdasarkan objektif-objektif yang telah dijelaskan, Muzium Maritim mempunyai peranan sebagaimana berikut :-

1.    Sebagai gedung khazanah yang menyimpan  artifak dan maklumat berkaitan aktiviti perikanan dan pelayaran serta pengangkutan air di negeri ini.

2.  Sebagai pusat sumber rujukan maklumat dan pendidikan kepada masyarakat.

3.    Sebagai sebuah badan yang menyokong pembangunan industri pelancongan.

4.    Sebagai sebuah pusat rekreasi untuk beriadah.

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami di Bahagian Muzium Maritim berjanji dan berikrar akan menunaikan tanggungjawab kami dengan penuh kecekapan, bersih dan amanah berlandaskan piagam pelanggan sebagaimana berikut :-

         1.    Sentiasa bersedia memberi kerjasama dalam segala hal berkaitan Bahagian Maritim kepada para pelawat , penyelidik dan mana-mana badan yang berkenaan dengan penuh mesra.

         2.    Berusaha memberi maklum balas kepada sebarang pertanyaan melalui telefon atau e-mail  selewat-lewatnya dalam 3 hari bekerja dan secara surat dalam 7 hari bekerja.

         3.     Bersedia menguruskan permohonan pinjaman koleksi Bahagian Maritim dalam masa   selewat- lewatnya 7 hari bekerja dan jika permohonan tidak diluluskan, jawapan akan diberi dalam tempoh 3 hari sahaja.

         4.    Akan berusaha mengadakan sekurang-kurangnya satu pameran sementara dalam setahun.

AKTIVITI BAHAGIAN MARITIM

Bahagian Muzium Maritim bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas secara tetap setiap tahun berdasarkan aspek-aspek sebagaimana berikut :-

1.     PENYELIDIKAN DAN PAMERAN

Membuat penyelidikan dari masa ke semasa berkenaan bidang pelayaran dan perikanan yang terdapat di negeri ini, tumpuan diberikan kepada pengumpulan maklumat persejarahan bidang-bidang tersebut dan tokoh-tokoh atau pengiat budaya yang terlibat.

Hasil penyelidikan ini akan disebarkan kepada pelawat melalui pameran yang diadakan sama ada secara Pameran Tetap ataupun Pameran Sementara.  Pameran Tetap dilaksanakan bertempat di galeri berikut :-

i.     Galeri Pelayaran dan Perdagangan

ii.     Galeri Perikanan dan Taman Laut.

Manakala pameran sementara atau pameran berkala sering diadakan bertempat di Galeri Pameran Sementara.

2.     PENGURUSAN KOLEKSI

Bahagian Maritim bertindak mengumpul koleksi-koleksi yang berkaitan objektifnya sama ada dengan cara membeli, meminjam ataupun dihadiahkan.  Koleksi-koleksi ini direkod dan inventori lengkap untuk memudahkan urusan pengeluaran dan kemasukan.

3.     PENERBITAN / DOKUMENTASI

Bahan-bahan hasil dari sesuatu penyelidikan yang telah dibuat akan dikumpul dan dibuat penganalisaan.   Sekiranya perlu, ianya akan diterbitkan sama ada di dalam Buletin Muzium, monograf PESAKA atau lain-lain penerbitan untuk dijadikan sumber rujukan.

4.     PENYELENGGARAAN

Program pembaikan atau membaikpulih koleksi merupakan tanggungjawab berterusan Bahagian ini kerana kebanyakan koleksinya merupakan artifek dan dipamerkan secara terbuka.

5.     PENGURUSAN AM

Di bawah pengurusan ini, perolehan buku-buku untuk perpustakaan, penyediaan laporan buletin dan laporan tahunan Bahagian akan dijalankan.  Di samping itu, penyediaan anggaran belanjawan untuk Muzium Maritim juga disediakan.

 

Ewpe18.jpg (1491 bytes)MAIL

MENU UTAMA  I AHLI LEMBAGA I PENGARAH  I PENTADBIRAN & KEWANGAN I PAMERAN & PENDIDIKAN  I   PENYELIDIKAN I PEMULIHARAAN