Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

BAHAGIAN PEMULIHARAAN

norainah.jpg (4479 bytes)

PN. NOR AINAH BINTI MAHMUD

( KETUA BAHAGIAN )

Penolong Kurator

cartak.jpg (6500 bytes)

                                          3 orang Pembantu Muzium

 

PENGENALAN

Selaras dengan matlamat serta objektif penubuhan Muzium untuk menyelamatkan warisan sejarah budaya negeri Bahagian Pemuliharaan menjadi salah satu bahagian terpenting di Muzium. Bagi menjayakan usaha kerajaan untuk menggalakkan industri pelancongan di negara ini, Muzium telah dinamanahkan untuk mentadbir dan memelihara khazanah budaya dan tinggalan-tinggalan bersejarah untuk dibangunkan dan dikekalkan agar ianya tidak pupus ditelan zaman. Penyelamatan warisan dan khazanah budaya ini dilakukan dengan cara memungut, memelihara, menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan sejarah kepada masyarakat, umumnya.

 

OBJEKTIF

Objektif Bahagian Pemuliharaan ialah untuk memastikan bahan-bahan koleksi Jabatan Muzium dalam keadaan baik dan berkekalan dengan membuat kerja-kerja kajian pemuliharaan ke atas bahan-bahan tersebut bagi dijadikan bahan warisan peninggalan untuk tatapan generasi akan datang.

 

PERANAN

Sesungguhnya penjagaan dan pengawalan itu adalah lebih baik daripada menerima rawatan. Mengelakkan bahan-bahan koleksi tinggalan sejarah daripada mengalami sebarang jenis kerosakan adalah objektif utama Bahagian Pemuliharaan. Demi itu, Bahagian Pemuliharaan telah membentuk beberapa peranan yang positif bagi merealisasikan objektif serta matlamat jabatan dan kerajaan iaitu dengan :-

1.  Melakukan kerja-kerja pemuliharaan dan pengawalan ke atas bahan-bahan artifek dan bahan kertas ( dokumen penting dan manuskrip ) agar ianya tidak mudah di datangi oleh faktor-faktor kerosakan dan kemusnahan.

2.  Memberi penumpuan kepada rumah-rumah tradisional ( koleksi Muzium ) dengan membuat pemeriksaan serta pengawasan dan menjalankan "treatment" sekiranya perlu.

3.  Membuat pemeriksaan serta pengawalan ke atas galeri-galeri dengan mengukur kadar suhu, R.H. dan cahaya yang bersesuaian dengan bahan yang dipamerkan.

4.  Menyelia kerja-kerja pengurusan setor koleksi Muzium Negeri Terengganu dengan mengenal pasti permasalahan dan memberi pendedahan mengenai kesesuaian dan gaya penyusunan koleksi yang sesuai di dalam setor-setor dari sudut ilmu konservasi. Pemeriksaan tahap R.H. dan suhu juga dijalankan oleh Bahagian Pemuliharaan.

5.  Menjalankan penyelidikan mengenai teknik lama dan baru dalam kerja-kerja teknikal pemuliharaan.

PIAGAM PELANGGAN

1.  Memberi layanan segera kepada mana-mana bahagian / organisasi yang memerlukan perkhidmatan pemuliharaan artifek.

2.  Menyiapkan kerja-kerja pengawetan dan penjilidan manuskrip dengan kemas dan berkualiti.

3.  Sentiasa membantu mana-mana badan yang berkaitan ke arah memulihara dan mengekalkan warisan sejarah negeri khususnya dan negara amnya.

4  Sentiasa bersedia menerima arahan untuk dilaksanakan demi kemajuan jabatan.

AKTIVITI BAHAGIAN PEMULIHARAAN

Bagi melicinkan lagi penyelarasan kerja Bahagian Pemuliharaan demi mencapai objektif Muzium, maka digariskan perancangan aktiviti-aktiviti bagi bahagian ini. Aktiviti-aktiviti tersebut dipecahkan kepada 6 bahagian :

1.   Koleksi

2.   Rumah-rumah Tradisional

3.   Pameran

4.   Penyediaan Setor-setor Koleksi

5.   Kajian Pemuliharaan

6.   Pengurusan Am

KOLEKSI

Kerja-kerja konservasi ke atas koleksi dipecahkan pula kepada dua perkara iaitu :

1.   Pemuliharaan Artifek

2.   Pemuliharaan Kertas

Pemuliharaan Artifek

Skop kerja bagi pemuliharaan artifek bermula dari pemeriksaan, pencucian, pemulihan, pemeliharaan dan pengawalan. Kerja-kerja konservasi yang dilakukan ke atas bahan artifek ini adalah melalui kaedah-kaedah tradisional dan sainstifik. Bahan-bahan artifek yang terlibat ialah dari jenis seperti buluh, kayu, rotan, seramik, tekstil, tembaga, logam, perak, emas dan lain-lain.

Artifek-artifek yang terlibat adalah seperti ukiran kayu, jebak, perangkap, barang kraf, tembikar, pasu, keris, pinggan mangkuk, kain, baju, barang kemas dan lain-lain lagi.

Pemuliharaan Kertas

Muzium Negeri Terengganu ada menyimpan banyak koleksi manuskrip lama, dokumen-dokumen bahan bercetak yang penting, peta-peta dan lain-lain bahan yang berbentuk kertas. Koleksi seperti ini sangat mudah didatangi oleh faktor-faktor kerosakan dan kemusnahan. Oleh itu ia perlu dijaga dan bagi bahan-bahan yang telah hampir rosak, kerja-kerja konservasi perlu dijalankan segera ke atasnya. Proses bermula dari semakan, pengeyahan asid, pengawetan dan penjilidan.

RUMAH-RUMAH TRADISIONAL

Penumpuan diberikan juga kepada rumah tradisional koleksi Muzium Negeri Terengganu seperti Rumah Limas Belanda, Rumah Bujang, Rumah Tele/ Rumah Berserambi, Istana Tengku Long / Limas Bungkus dan Bukit Puteri. Pemeriksaan dilakukan 2 kali sebulan dan sekiranya terdapat sebarang masalah yang boleh mendatangkan unsur-unsur kerosakan maka ‘ trement ’ yang bersesuaian akan dilakukan ke atasnya.

PAMERAN

Membuat kajian serta penyediaan bagi ' Pameran Sementara' sekiranya ada.

Pameriksaan ke atas Galeri

Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan kadar suhu, R.H. dan cahaya di dalam persekitaran ‘ showcase ’ adalah bersesuaian dengan bahan yang dipamerkan demi keselamatan koleksi. Segala catatan mengenai suhu, R.H. dan kadar cahaya akan direkodkan bagi tujuan rujukan.

Kawalan

Setiap ‘ showcase ’ di galeri akan dibekalkan dengan ‘ silika gel ’ bertujuan untuk mengawal ‘ humuditi ’ persekitaran bahan pameran. Setiap minggu kerja-kerja menukar ‘ silika gel ’ akan dijalankan di setiap ‘showcase ’.

PENYELIAAN SETOR-SETOR KOLEKSI

Membantu setiap bahagian dalam penyusunan dan penyimpanan semula koleksi di setor dengan kaedah yang betul. Mengadakan mesyuarat 4 kali setahun bersama dengan kesemua pembantu-pembantu muzium yang terlibat secara langsung dengan pengurusan setor di bahagian masing-masing. Mesyuarat ini bertujuan mengenal pasti permasalahan dan memberi pendedahan mengenai pengurusan koleksi di setor dari sudut konservasi agar dapat diberi tindakan yang tepat dan bersegera. Perbincangan mengenai kesesuaian rak dan penyusunan koleksi secara sistemetik dilakukan.

Pemeriksaan dari setor ke setor akan dilakukan oleh bahagian konservasi setiap bulan dengan menentukan tahap R.H. dan suhu adalah bertetapan sepertimana kadar yang telah disarankan. Segala catatan dan rekod pusingan graf akan di simpan sebagai rujukan.

PENGURUSAN AM

1.  Anggaran Belanjawan bagi setiap tahun

2Mengurus Pembelian Kelengkapan

3.  Laporan Bahagian / Penulisan tahuanan

4.  Arahan Semasa

Ewpe18.jpg (1491 bytes)MAIL

MENU UTAMA  I AHLI LEMBAGA I PENGARAH  I PENTADBIRRAN & KEWANGAN I PAMERAN & PENDIDIKAN  I   PENYELIDIKAN  I MARITIM