Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

BAHAGIAN PAMERAN & PENDIDIKAN

 

EN. AZMI KHAIRUDDIN BIN ABU BAKAR

( KETUA BAHAGIAN )

Penolong Kurator

cartap.jpg (6910 bytes)

                                             2 orang Penolong Kurator                    2 orang Ahli Fotografi

                                               1 orang Pembantu Muzium  

 

PENGENALAN

Bahagian Pameran dan Pendidikan adalah merupakan peneraju Utama dalam menyiapkan pameran-pameran yang diadakan di Muzium.  Aktiviti Pameran lazimnya dijalankan selepas proses penyelidikan dan pemuliharaan.   Proses persiapan pameran pula mengambil kira dari semua aspek terutamanya dalam merancang, rekabentuk, konsep persembahan, susunatur dan memperagakanya dalam satu produk yang akhir iaitu pameran.

Gabungan kerjasama Bahagian Pameran dan Pendidikan dengan bahagian lain di Muzium memantapkan lagi mutu persembahan pameran.

Justeru dengan itu, pameran menjadi perkara kemestian yang memberi pendidikan dan ilmu kepada masyarakat selaras dengan perubahan muzium ke arah ‘Centre Of Education And Public Enligment’.   Selain daripada itu,bertanggungjawab mengumpul dan merekod foto ke atas semua aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pemuziuman, dibawah Bahagian Fotografi.

 

OBJEKTIF

1.  Menyebarkan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada masyarakat.

2.  Memberi pendidikan kepada masyarakat melalui pameran tetap, sementara  dan bergerak.

3.  Menghidupkan aktiviti-aktiviti di Muzium.

4.  Menarik minat para pelawat ke Muzium.

5.  Menyediakan maklumat-maklumat pameran, tepat dan padat.

 

PIAGAM PELANGGAN

Beriltizam untuk memberikan perkhidmatan cepat, cekap dan berkualiti dalam tugas-tugas berikut :-

1.  Berusaha menghasilkan pameran yang bermutu dan menepati matlamat yang dirancang.

2.  Memastikan penyebaran maklumat pada segenap lapisan masyarakat.

3.  Memastikan dan berusaha menjadikan muzium sebagai satu institusi penyebaran maklumat.

4.  Menyalurkan pelbagai aspek pendidikan melalui program dan pameran yang dijalankan.

5.  Berusaha memberikan khidmat nasihat dan bantuan teknikal pada jabatan-jabatan kerajaan dalam penyediaan pameran.

 

AKTIVITI BAHAGIAN PAMERAN

PAMERAN TETAP

Bahagian Pameran & Pendidikan bagi tahun 1998, meneruskan lagi kesinambungan aktiviti-aktiviti berkaiatan dengan Galeri PameranTetap iaitu meliputi kerja-kerja mengubahsuai balik dan memberi daya tarikan ke arah yang lebih menarik.

Pengubahsuaian galeri-galeri pameran ini akan dilakukan secara berperingkat mengikut keutamaan galeri berkenaan.

Program yang dirancang ini menjadi sasaran kerja Bahagian Pameran dan Pendidikan.

Antara galeri-galeri pameran yang perlu pengubahsuaian :

1.  Galeri Sejarah

2.  Galeri Emas & Perak.

3.  Galeri Kraf

4.  Galeri Diraja

5.  Galeri Islam

6.  Galeri Pelayaran & Perdagangan.

7.  Galeri Perikanan & Taman Laut.

PEMERAN SEMENTARA

Aktiviti ini adalah merupakan salah satu program sokongan kepada pameran tetap setiap tahun dengan kerjasama bahagian-bahagian lain yang ada di muzium.

Pameran yang dirancangkan untuk tahun 1998 ialah :

1.  Pameran : Emas

               Tarikh : Bulan Febuari

2.  Pameran : Sireh

     Tarikh : Bulan April 1998

3.  Pameran : Sejarah Pentadbiran Terengganu

     Tarikh : Bulan Julai 1998

4.  Pameran : Pengangkutan Air

               Tarikh : Bulan November 1998

 

PAMERAN BERGERAK

Pameran ini bergantung kepada permintaan pihak-pihak tertentu yang meminta Muzium mengadakan pameran. Kebanyakkan permintaan ini dibuat oleh pihak sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi, badan-badan berkanun dan swasta.

Struktur cara peragaan pameran dibuat secara mudah alih dan pasang-siap.

 

BANTUAN KHIDMAT NASIHAT

Bantuan secara teknikal ini dikelolakan oleh Bahagian Pameran dan Pendidikan, merupakan satu khidmat Jabatan Muzium untuk membantu jabatan-jabatan kerajaan lain dalam soal-soal yang berkaitan dengan penyediaan pameran.

LAWATAN BERPANDU

Lawatan ini dibawa dengan cara memandu para pelawat ke galeri-galeri secara berkumpulan serta memberikan penerang secara ringkas merujuk kepada bahan-bahan yang dipamerkan. Lawatan berpandu ini dibuat 2 kali seminggu dengan 2 sessi sehari. Masa telah ditetapkan iaitu pada pagi, jam 10.15 pagi dan petang 2.15 petang.

Selain daripada itu, lawatan berpandu serta taklimat ringkas juga boleh dibuat diatas permintaan rombongan-rombongan pelawat dan para pelajar.

PENDIDIKAN

Bahagian Pameran & Pendidikan cuba merangka program-program yang boleh memberi manafaat kepada pelajar-pelajar apabila berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu.

Program seperti ini akan mendedahkan kepada para pelajar terhadap objek-objek Muzium serta menguji kefahaman pelajar tersebut. Program ini adalah sumber menyebarkan maklumat dan ilmu pengetahuan secara tidak formal.

Bahagian ini berharap dapat melaksanakan program yang dirancangkan mengikut kesesuaian masa. Kumpulan atau sasaran kerja permulaan adalah pelajar-pelajar sekolah Rendah dan Menengah agar dapat menyemaikan semangat cintakan warisan budaya kita sendiri.

Program yang dirancang untuk permulaan ialah mengadakan ‘Questionnaire’ iaitu soalan-soalan yang berbentuk subjektif dan objektif serta isikan tempat kosong. Soalan-soalan yang dikemukakan ini akan disokong pula dengan gambar-gambar untuk memudahkan pelajar menepati jawapannya.

 

BAHAGIAN FOTOGRAFI

Aktivit Bahagian Fotografi boleh dibahagikan kepada kepada beberapa pecahan :

1.  Akan melaksanakan kerja-kerja yang dikehendaki oleh semua bahagian sepanjang tahun.

2.  Akan melaksanakan kerja-kerja yang diperlukan oleh Pengarah Muzium.

3.  Akan melaksanakan kerja-kerja yang diperlukan oleh pihak-pihak luar dengan persetujuan Pengarah Muzium.

4.  Akan memberi bantuan kepada penyelidik dan pelajar-pelajar yang ingin membuat kajian sepanjang tahun.

Ewpe18.jpg (1491 bytes)MAIL

MENU UTAMA  I AHLI LEMBAGA I PENGARAH  I PENTADBIRAN & KEWANGAN I   PENYELIDIKAN I PEMULIHARAAN I MARITIM