BAHAGIAN
PENTADBIRAN & KEWANGAN
TUAN HAJI ABDULLAH BIN TAIB
( KETUA BAHAGIAN )
Pembantu Tadbir Kanan
33 orang Pembantu Am Rendah 2 orang Pekerja Rendah Awam
OBJEKTIF
Mengurus dan mengelola hal-hal berkaitan dengan pentadbiran am, kewangan, perjawatan dan perkhidmatan serta mempastikan pekeliling-pekeliling dan peraturan-peraturan di terima pakai.
PERANAN
1. Merancang, mengurus dan mengawal ( hal ehwal pentadbiran, perjawatan, perkhidmatan, peperiksaan dan latihan kakitangan.
2. Merancang, mengawal dan mengakaunkan perbelanjaan dan kutipan hasil jabatan.
3. Mengendalikan hal-hal berkaitan keselamatan dan kebersihan kawasan bangunan, galeri dan bahan-bahan pameran.
4. Menyediakan bahan-bahan rujukan kepada para penyelidik, memilih dan mencari bahan-bahan yang relevan untuk perpustakaan dan mengedarkan bahan-bahan terbitan Muzium.
AKTIVITI
1. PENTADBIRAN, PERKHIDMATAN & PERJAWATAN
* Pentadbiran Am dan penyelarasan.
* Pentadbiran Personel.
* Pengujudan jawatan
* Pengambilan & pengesahan jawatan
* Menyediakan penyata perubahan / rekod kakitangan
* Urusan peperiksaan
* Menerima, mengagihkan dan mengirimkan surat.
* Membuka, mendaftar dan menyimpan fail.
* Memberi latihan kepada kakitangan.
* Mengurus penggunaan dan penyelarasan kenderaan pejabat.
* Mengendalikan berbagai mesyuarat diperingkat jabatan.
* Menyediakan penilaian prestasi tahunan.
2. KEWANGAN
* Pentadbiran kewangan.
* Menyediakan anggaran belanjawan tahunan jabatan.
* Mengurus pembayaran gaji kakitangan, pembelian harta benda Muzium dan pinjaman untuk kakitangan.
* Menyeliakan penyediaan dan memeriksa penyata-penyata dan rekod-rekod akaun.
* Menyediakan laporan dan penyata kewangan jabatan.
* Menguruskan peruntukan dan pungutan hasil jualan.
3. PENGURUSAN HARTA
* Mengendalikan hal-hal berkaitan keselamatan bangunan, bahan-bahan pameran dan dewan pameran.
* Menyelenggarakan kemudahan-kemudahan bangunan dan peralatan-peralatan menjaga kebersihan bangunan dan kawasan Muzium.
* Membuat pesanan kemudahan, perabot dan keperluan jabatan.
4. PERPUSTAKAAN
* Menyediakan bahan-bahan rujukan kepada para penyelidik.
* Memilih dan mencari bahan-bahan yang sesuai untuk perpustakaan.
* Menyediakan bahan-bahan terbitan Muzium.
* Mengkatelog bahan-bahan rujukan.
MENU UTAMA I AHLI LEMBAGA I PENGARAH I PAMERAN & PENDIDIKAN I PENYELIDIKAN I PEMULIHARAAN I MARITIM