MISI
MENYELAMAT, MEMELIHARA, MENYELIDIK, MEMPAMER & MENDIDIK
OBJEKTIF
Penubuhan Muzium Negeri adalah berlandaskan kepada beberapa objektif tertentu sebagai garispandu dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti . Diantaranya adalah:-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PIAGAM
1. Sentiasa berusaha mengumpul dan memulihara khazanah warisan sejarah dan budaya negeri termasuk fauna, flora dan batu-batan.
2. Bersedia memberi kerjasama dengan penuh mesra kepada para pengkaji dan penyelidik termasuk pelajar sekolah.
3. Sentiasa berusaha menjalankan penyelidikan dan seterusnya menyebarkan maklumat terkini kepada orang ramai.
4. Bersedia memberi ceramah dan penerangan berhubung persejarahan dan budaya negeri kepada pihak luar yang memerlukan.
5. Berusaha menjadikan muzium sebagai satu tempat yang harmoni dan selesa kepada semua peringkat masyarakat dalam dan luar negeri.
PERANAN MUZIUM DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN NEGARA
Muzium memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan negara. Sumbangan serta peranan yang dizahirkan melalui aktiviti-aktiviti dijalankan dapat dilihat daripada beberapa aspek. Antaranya :-
1. Muzium sebagai gedung khazanah sejarah dan budaya negara.
Muzium mempunyai komitmen dan rasa tanggungjawab yang tinggi menyelamatkan dan memelihara warisan manusia dan persekitarannya. Aktiviti menyelamatkan dan memulihara disusuli dengan perlengkapan maklumat dan dokumentasi sebelum dibuku dan diterbitkan untuk sebaran kepada umum.
Sehubungan dengan itu, muzium dapat dilihat sebagai pencari dan pengumpul maklumat untuk orang ramai.
2. Muzium sebagai penyebar maklumat dan mendidik masyarakat.
Penyebaran maklumat dan mendidik masyarakat mengenai bidang-bidang tertentu adalah salah satu fungsi utama Muzium. Pameran-pameran dirancang dan diadakan beberapa kali sepanjang tahun merupakan satu cara penting menarik orang ramai ke Muzium sekaligus menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Selain itu, hasil penyelidikan dan kajian ilmiah yang dijalankan diterbitkan dalam bentuk buku, monograf, journal dan lain-lain lagi untuk diedar disalurkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat keseluruhannya. Cara ini diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu pengetahuan dan peka terhadap sejarah dan budaya sendiri.
Dalam usaha penyebaran maklumat, Muzium Negeri mengambilkira semua golongan peringkat masyarakat. Ini kerana Muzium berpegang kepada konsep " Jika mereka tidak dapat datang ke Muzium, oleh itu Muzium perlu pergi kepada mereka ".
Justeru itu, Muzium Negeri turut merangka program pameran bergerak seperti ke sekolah-sekolah, memberi ceramah, seminar dan lain-lain lagi.
3. Memupuk semangat kesedaran masyarakat terhadap sejarah dan budaya sendiri.
Aktiviti-aktiviti Muzium seringkali selari dengan matlamat mengenai semangat kesedaran dan kecintaan masyarakat terhadap budaya warisan sendiri. Usaha-usaha pemuliharaan dan penyelidikan yang dijalankan dapat membuka mata masyarakat betapa perlunya budaya warisan dipelihara. Serentak itu, ceramah, seminar serta bengkel turut diadakan bagi mengajar dan mendidik masyarakat tentang cara dan kepentingan memelihara budaya warisan.
4. Muzium sebagai institusi pendidikan dan pembelajaran.
Sebagai institusi pendidikan dan pembelajaran Muzium Negeri menyediakan beberapa program tertentu bagi memenuhi aspek ini seperti ;-
a. Lawatan Berpandu.
Pihak Muzium menyediakan pegawai serta kakitangan yang berpengalaman untuk memberi maklumat dan penerangan kepada para pengunjung terutama pelajar sekolah.
b. Ceramah
Ceramah dan penjelasan turut diberikan kepada umum mengenai kemudahan yang ada di Muzium. Guru-guru diberi penerangan dan digalakkan untuk menggunakan artifek Muzium sebagai alat bantu mengajar disamping memaklumkan kepada pelajar penggunaan bahan-bahan rujukan di perpustakaan Muzium.
c. Bengkel
Pihak Muzium juga menyusun program cuti sekolah dengan mengadakan bengkel untuk melatih pelajar sekolah seperti bengkel penyediaan pameran, bengkel pemuliharaan dan lain-lain lagi.
d. Penerbitan Promosi
Sebagai agen penyebar maklumat, Muzium Negeri mengedarkan pamphlet, Buletin dan poskad sebagai hidangan ringan yang menyediakan maklumat ringkas sesuatu perkara seperti pameran, tempat bersejarah dan lain-lain.
e. Menyemai Semangat Kekitaan dan Negarawan
Melalui aktiviti Muzium, seseorang itu dapat belajar untuk mengenali diri sendiri dan orang lain. Sebagai universiti terbuka bahan pameran yang dipertontonkan memberi peluang kepada setiap anggota masyarakat untuk mengenali budaya keturunan atau bangsa lain. Hal ini dapat memupuk semangat kekitaan.
Para pelawat juga berpeluang mengambil iktibar daripada sejarah lampau, mengenai tokoh-tokoh dan pahlawan negara malah perkembangan teknologi.
Keadaan ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat negarawan terutama di kalangan generasi muda.
Selain itu Muzium secara tidak langsung juga menonjolkan peranan dalam membentuk masyarakat peka dan mempunyai kesedaran yang tinggi dengan menanam semangat;
Past teaching the present
Be proud of your Heritage
Present guiding the future
Culture Heritage Wealth of a nation
Museum source of your Roots
5. Muzium dan Industri Pelancongan
Dalam industri pelancongan tidak dapat dinafikan lagi bahawa Muzium menjadi aspek penting ke arah perkembangan industri pelancongan sesebuah negeri khasnya dan negara amnya. Muzium merupakan front line kepada para pelancong untuk mendapat maklumat mengenai sesebuah negeri atau negara yang dilawati.
Agensi-agensi pelancongan pula cukup berminat menjadikan Muzium sebagai satu daripada destinasi yang perlu dilawati dalam tawaran pakejnya.
Sebagai tempat tumpuan, Muzium merupakan suatu tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negeri tidak kira peringkat usia atau darjat.
Dengan berkunjung ke Muzium, pelancong-pelancong dapat mengenali sesebuah negeri serta budaya dan sejarah penduduknya dalam jangka masa yang singkat.
MENU UTAMA I PERUTUSAN I PROFIL I LOKASI I SEJARAH I DEFINISI I KONSEP BANGUNAN I UNDANG-UNDANG I ORGANISASI I KALENDAR I GALERI I TEMPAT BERSEJARAH I PENERBITAN I ALBUM I PERKHIDMATAN I TENDER I INFO I BERITA I SMART LINK I KELAB