Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

3dtexber.jpg (5600 bytes)

 


PAMERAN

ALAF BARU ( KOMUNIKASI )

DARI:

15 Oktober 2000   sehingga 15 November 2000

BERTEMPAT DI:

GALERI SEMENTARA

KOMPLEKS MUZIUM NEGERI TERENGGANU

BUKIT LOSONG, KUALA TERENGGANU.


IKAN LUMBA-LUMBA HITAM

ikan.jpg (8521 bytes)

Ikan lumba-lumba Hitam biasa terdapat di kawasan perairan pantai terutamanya bahagian barat lautan pasifik.   Laut cetek serta suam merupakan habitatnya.  Ia tidak mempunyai sirip dorsal dibelakangnya warnanya biru kelabu dan bertukar menjadi hitam sesudah mati.  Panjang maksimunnya ialah 1.9 m dan berat hanya 30-45 kg.  Ikan ini memakan ikan, udang dan sotong.

Ikan ini sedang dipamerkan di Galeri Sumber Alam Dan Ekonomi.


SAYEMBARA

PENULISAN ESEI PELANCONGAN BERUNSUR SEJARAH TERENGGANU

Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu menganjurkan sayembara di atas dengan syarat-syarat seperti berikut :-

1.     Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali Ahli dan Keluarga Jawatankuasa Sayembara Penulisan Esei Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu.

2.     Fokus sayembara ialah Pelancongan Berunsurkan Sejarah Terengganu sebagaimana dijelaskan dalam Latar Belakang brosur ini.

3.     Peserta terbahagi kepada dua kategori seperti di bawah ini :-

( a ).     Kategori A : Pelajar-pelajar Sekolah Menengah ( Tingkatan I - V ).

( b ).     Kategori B : Golongan dewasa termasuklah pelajar-pelajar Tingkatan VI dan pelajar-pelajar di maktab-maktab perguruan dan institusi-institusi pengajian tinggi.

4.     Esei hendaklah ditaip langkau dua baris dalam bahasa Melayu pada sebelah muka surat sahaja.

5.     Esei yang dipertandingkan mestilah karya asli penulis, bukan terjemahan, bukan saduran dan belum pernah diterbitkan atau disiarkan di mana-mana dan dalam apa-apa bentuk media sekalipun.

6.     Esei mestilah :

( a ) Kategori A : Di antara 1,000 hingga 1,500 perkataan.

( b ) Kategori B : Di antara 1,500 hingga 2,000 perkataan.

7.     Tajuk esei adalah bebas dan perlu ditetapkan sendiri oleh peserta dan hendaklah berkisar kepada fokus sayembara sebagaimana syarat 2 di atas.

8.     Karya boleh dilengkapkan dengan gambar-gambar, rajah atau peta tempat-tempat yang berkenaan.

9.     Setiap peserta dikehendaki memenuhi borang penyertaan rasmi ( asal/fotostat ) yang diperakukan keaslian karya mereka melainkan rujukan / petikan / nukilan daripada sumber-sumber lain yang setiap satunya dijelaskan.

10.     Setiap penyertaan Kategori A iaitu pelajar sekolah menengah ( Tingkatan 1 - V ) dikehendaki disahkan oleh Pengetua pada borang penyertaan.

11.     Esei yang tidak memenuhi syarat sayembara akan ditolak.

12.     Setia esei yang diterima oleh penganjur akan diakui penerimaany.   Bagaimanapun penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap esei yang tidak sampai atau hilang / rosak dalam perjalanan.

13.     Semua esei yang dihantar tidak akan dikembalikan.

14.     Pihak penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan mana-mana esei sama ada yang memenangi atau tidak memenangi sayembara.

15.     Setiap peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu esei tetapi hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

16.     Hadiah-hadiah adalah seperti berikut :-

( a ) Kategori A : Hadiah Pertama    :  RM 400.00

Hadiah Kedua     :    RM 300.00

Hadiah Ketiga   : RM 200.00

3 Sagu Hati @ RM 100.00

( b ) Kategori   B : Hadiah Pertama    : RM 700.00

Hadiah Kedua : RM 500.00

Hadiah Ketiga : RM 300.00

3 Sagu Hati @ RM 150.00

17.     Semua esei hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 31 Disember 2000 kepada :

Urus Setia

Sayembara Penulisan Esei Pelancongan

Berunsurkan Sejarah Terengganu,

Persatuan Sejarah Malaysia

Cawangan Terengganu,

JKR. 281 Jalan Tok Lam,

20100 Kuala Terengganu.

18.     Keputusan panel hakim adalah muktamad.

19.     Segala pertanyaan hendaklah dikemukakan kepada Urus Setia Seperti alamat 17 di atas ( Telefon 09-6232955 ) atau  kepada Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong 20566 Kuala Terengganu ( Telefon 09-6221444 ).

SILA HANTARKAN PENULISAN ESEI BESERTA BORANG PENYERTAAN  KE ALAMAT:

Urus Setia,

Sayembara Penulisan Esei Pelancongan,

Berunsur Sejarah Terengganu,

Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu,

JKR. 281 Jalan Tok Lam,

20100 Kuala Terengganu.

                                                                       


JUMPAAN ARTIFEK ( GENDANG DONGSONG )

dongsong.jpg (10415 bytes)

Gendang ini diperolehi daripada penduduk kampung.  Ini merupakan jumpaan ketiga (3) di negeri ini menjadikan jumlah artifek ini yang pernah dijumpai di Malaysia sehingga kini tujuh (7) buah.  Sebelum ini dua (2) buah Dong Song telah dijumpai di Batu Burok, Kuala Terengganu pada 1964.  Bagaimanapun keadaan bahan bersejarah ini tidak seelok sebagaimana yang dijumpai di Sungai Lang, Kuala Langat, Selangor.  Jumpaan ini membuktikan terdapat penempatan zaman gangsa ( kira-kira 2 500 tahun lalu ) di kawasan ini atau sekitarnya.

Replika artifek ini dipamerkan di Galeri Sejarah Kompleks Muzium Negeri Terengganu dan artifek asal di pamerkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur.


                                           Eahlile1.jpg (1491 bytes)MAIL

MENU UTAMA  I   PERUTUSAN  I   PROFIL  I  LOKASI I   SEJARAH I   DEFINISI I   KONSEP BANGUNAN I   UNDANG-UNDANG I   ORGANISASI  I   KALENDAR  I GALERI  I   TEMPAT BERSEJARAH I   PENERBITAN I ALBUM I  PERKHIDMATAN  I   TENDER I   INFO I    BERITA  I SMART LINK   I  KELAB