Bukit Puteri Letaknya berhampiran dengan Istana Maziah dan Pejabat Pos Besar. Luas bukit ini kira-kira 0.688 hektar dan tingginya lebih kurang 200 meter. Bukit ini sudah dikenali sebelum pemerintahan Sultan Zainal Abidin 1.Di atas bukit ini terdapat beberapa monumen dan artifek bersejarah. Antaranya ialah Genta ( loceng besar ), Meriam Beranak, Tiang Bendera, Rumah Api, Kubur dan kubu pertahanan bandar Kuala Terengganu.
|
Kota Lama duyung Kota ini telah dibina dalam tahun 1919 hingga 1920 oleh Dato Biji Sura ( Nik Mohamad Bin Hitam ) atau dikenali sebagai Tok Hakim. Berukuran tapak lebih kurang 400 meter persegi. Di dalam kota ini terdapat Rumah Bujang Berpeleh dan Limas Bungkus.
|
Gua Bewah Gua Bewah terletak di dalam kawasan Tasik Kenyir. Kawasan gua ini dijangka menjadi tempat penempatan awal orang-orang pra sejarah. Ini berdasarkan kepada bukti penemuan tengkorak manusia hasil galicari oleh Muzium Negara pada tahun 1975 dan penemuan beliong batu oleh seorang penduduk kampung yang sedang menjalankan kerja-kerja pemunggahan tahi kelawar untuk dijadikan baja.
|
Bukit Keledang Sultan Zainal Abidin, seorang putera Tuan Habib Abdul Majid, Bendahara Johor. Dilantik sebagai Sultan Terengganu yang pertama di Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu pada tahun 1725 Masehi.Baginda menjalankan pemerintahan di Tanjung Baru sebelum berpindah ke Kampung Langgar, Pulau Manis, Chabang Tiga, seterusnya ke Kuala Terengganu dan menetap di suatu tempat yang kemudiannya di kenali sebagai Kota Lama. Setelah baginda mangkat, jenazah baginda di makamkan di atas Bukit Keledang dalam bandar Kuala Terengganu. |
MENU UTAMA I PERUTUSAN I PROFIL I LOKASI I SEJARAH I DEFINISI I KONSEP BANGUNAN I UNDANG-UNDANG I ORGANISASI I KALENDAR I GALERI I TEMPAT BERSEJARAH I PENERBITAN I ALBUM I PERKHIDMATAN I TENDER I INFO I BERITA I SMART LINK I KELAB