Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

BAHAGIAN ETHNOLOGI

mnoor.jpg (3548 bytes)

EN MOHD NOOR BIN ISMAIL

( KETUA BAHAGIAN )

Penolong Pengarah

cartae.jpg (6236 bytes)

                                              4 orang Pembantu Muzium                  2 orang Pembantu Muzium

 

PENGENALAN

Bahagian Ethnologi telah ditubuhkan secara tidak rasmi semenjak dari penubuhan Muzium Negeri Terengganu pada tahun 1976.  Unit ini merupakan salah satu disiplin penyelidikan yang memainkan peranan penting ke atas perkembangan muzium terutama di dalam hal-hal yang menyentuh aspek kebudayaan penduduk Negeri Terengganu Darul Iman khususnya dan negeri lain amnya.

 

OBJEKTIF

1.   Mendapatkan bahan dan maklumat mengenai kebudayaan Negeri Terengganu Darul Iman khasnya dan negeri lain amnya.

2.  Mengumpul maklumat-maklumat dan bahan bukti untuk memberi kefahaman dalam usaha mewujudkan  citra, jatidiri serta perpaduan rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.

 

PERANAN

1.  Menyelamat warisan budaya dengan cara memungut, mengumpul, menyimpan dan mempamerkan kepada umum.   

2.    Merancang dan mengadakan pameran yang berkaitan dengan aktiviti sosio budaya penduduk Negeri Terengganu Darul Iman.

3.  Menjalankan penyelidikan terhadap aktiviti-aktiviti kebudayaan penduduk dan seterusnya   menerbitkan bahan-bahan maklumat yang berkaitan dengannya agar diketahui dan dihargai  oleh    penduduk   Negeri   Terengganu khasnya dan penduduk luar amnya.

4.  Membantu perkembangan sektor pelancongan negara amnya dan Terengganu khususnya.

 

PIAGAM PELANGGAN

1.  Menjawab segala pertanyaan lisan atau telefon dengan segera dan menjawab pertanyaan bertulis di dalam tempoh masa 10 hari.

2.  Memberi layanan baik dan maklumat segera kepada para penyelidik yang berurusan dengan Bahagian Ethnologi.

3.  Menjawab permohonan pinjaman koleksi dalam masa seminggu dan jika tidak diluluskan jawapan akan diberikan dalam masa tiga hari sahaja.

4.  Merancang dan mengadakan satu pameran sementara dalam masa setahun.

 

AKTIVITI

1.    Penyelidikan

Program penyelidikan merupakan aktiviti yang menjadi teras utama bahagian Ethnologi. Bidang penyelidikan yang memberikan fokus dan penekanan ialah aspek yang berkaitan dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian yang terdapat dan menjadi amalan rutin, khususnya dikalangan masyarakat di negeri Terengganu. Penyelidikan Lapangan ( field work ) merupakan kaedah penyelidikan yang menjadi nadi kepada aktiviti ini, dimana lokasi-lokasi utama yang menyimpan khazanah warisan budaya diterokai dan dijadikan sasaran penyelidikan. Penyelidikan perpustakaan pula menjadi sokongan kepada aktiviti penyelidikan. Melalui kedua-dua kaedah penyelidikan ini, pengumpulan bahan warisan budaya dapat dilaksanakan dengan penuh berkesan dan bersistematik dan hasilnya nanti berupaya memberikan hasil dan memberi jawapan di dalam usaha untuk memperkenalkan khazanah warisan budaya lokal ( setempat )

2.     Penyelenggaraan Koleksi

Koleksi-koleksi yang tertakluk dibawah bidang kuasa bahagaian Ethnologi akan diawasi, diselenggarakan dan dibaikpulih dengan kaedah penjagaan dan pemuliharaan yang paling bersistematik. Antara koleksi yang perlu dan sering diberikan keutamaan ialah rumah-rumah tradisional, perkakasan kraf ( tembaga / kayu ) dan tekstil. Untuk menjayakan lagi program ini, Bahagian Ethnologi sentiasa berhubung rapat dengan Bahagian Pemuliharaan yang mempunyai pegawai dan kakitangan yang mahir dalam bidang pemuliharaan. Justeru itu, penyelenggaraan koleksi yang baik dan bersistematik akan mampu memanjangkan hayat sesuatu objek dan koleksi.

3.     Pengurusan Koleksi

Koleksi-koleksi yang diperolehi melalui kaedah-kaedah samada pembelian, derma, hadiah ataupun pinjaman akan diuruskan dengan teliti. Aspek pengurusan ini meliputi kaedah penyediaan rak-rak, kaedah penyimpanan, kaedah pengurusan rekod-rekod daftar serta pengawasan pergerakan koleksi. Koleksi yang diuruselia dengan teliti dan teratur sudah pasti akan lebih selamat dan terpelihara daripada gejala-gejala kerosakan, kemusnahan serta kehilangan.

4.     Penerbitan

Bahagian ini juga berusaha untuk menerbitkan segala hasil penyelidikan samada dalam bentuk stansilan, rencana, buku-buku kecil ataupun buku-buku rujukan utama. Tujuannya, agar para penyelidik, penuntut Institusi Pengajian Tinggi, penuntut serta murid-murid sekolah mendapat maklumat yang lebih tepat dan terperinci berkaitan dengan sesuatu isu dan aktiviti yang berhubung kait dengan bidang Ethnologi secara umumnya.

5.     Pengurusan Am

Selain daripada aktiviti khusus yang telah disebutkan dan perkara 1-4, bahagian ini juga melaksanakan beberapa program yang sentiasa berterusan sepanjang tahun. Antaranya, termasuklah program memberikan input dan mengurus aktiviti penyelidikan daripada pihak-pihak luar samada daripada penuntut IPT, pelajar ataupun orang perseorangan. Di samping itu, ceramah-ceramah berkaitan bahagian serta program taklimat dan lawatan berpandu turut diadakan.

Ewpe18.jpg (1491 bytes)MAIL

MENU UTAMA  I AHLI LEMBAGA I PENGARAH  I PENTADBIRAN & KEWANGAN I PAMERAN & PENDIDIKAN  I   PENYELIDIKAN I PEMULIHARAAN I MARITIM