BAHAGIAN SEJARAH
EN. CHE MUHAMMAD AZMI BIN NGAH
( KETUA BAHAGIAN )
Penolong Pengarah
3 orang Pembantu Muzium 2 orang Pembantu Muzium
PENGENALAN
Bahagian sejarah telah wujud bersama dengan penubuhan institusi Muzium Negeri. Fungsi bahagian ini ialah menjalankan penyelidikan dan mengumpul maklumat-maklumat berkaitan persejarahan Negeri Terengganu Darul Iman khasnya dan Malaysia amnya.
Pada peringkat awal, bahagian ini lebih tertumpu kepada aktiviti pengumpulan koleksi bersejarah. Bagaimanapun dengan perkembangan muzium dan penambahan bilangan kakitangan peranan bahagian ini bertambah luas meliputi projek teras iaitu penyelidikan dan diikuti dengan pemuliharaan serta baikpulih, penyelenggaraan tempat-tempat bersejarah dan penyediaan pameran tetap dan sementara.
Bahagian sejarah ketika ini mempunyai tujuh (7) orang staf yang memberi penekanan kepada bidang tertentu iaitu
:i. Pengurusan dan penyelenggaraan tempat dan monumen bersejarah
ii. Pengurusan dan penyelenggaraan manuskrip dan setor
iii. Pengurusan dan penyelenggaraan seramik
iv. Pemantauan galeri-galeri tetap
Dalam pada itu semua staf terlibat dalam kerja-kerja penyelidikan dan penyediaan pameran sementara.
OBJEKTIF
Sebagai salah satu bahagian paling awal Muzium Negeri Terengganu, Bahagian Sejarah bergerak selari dengan objektif yang digariskan iaitu :
1. Menjalankan penyelidikan, pemuliharaan, dokumentasi, pengumpulan dan mempamerkan khazanah warisan negeri khasnya dan negara amnya untuk generasi masa kini dan akan datang. 2. Menyebarkan maklumat hasil penyelidikan kepada orang ramai melalui kestabilan, pameran dan ceramah dengan harapan menbangkitkan kesedaran dan kecintaan masyarakat terhadap sejarah tempatan.
3. Menonjolkan institusi Muzium sebagai pusat sember bagi para penyelidik sejarah Terengganu. 4. Memberi pendidikan dan pengetahuan kepada orang ramai di samping membantu pembangunan insan dan negeri 5. Membentuk serta merancakkan lagi perkembangan industri pelancongan negeri.
PIAGAM PELANGGAN
1. Sentiasa bersedia melayan, membantu dan memberi maklumat kepada para penyelidik/pengkaji dengan penuh sopan dan mesra. 2. Memberi maklumbalas kepada sebarang pertanyaan bersurat sama ada berkaitan pinjaman koleksi ataupun maklumat sejarah dalam jangkamasa tujuh (7) hari. 3. Mengadakan pameran sementara sekurang-kurangnya satu (1) kali setiap tahun. 4. Merekod, membuat laporan dan seterusnya menerbitkan setiap kajian/penyelidikan yang dilakukan. 5. Bersedia memberi ceramah dan penerangan sejarah kepada pihak luar yang memerlukan. 6. Sentiasa peka mencari dan meneroka tempat-tempat bersejarah baru yang berpotensi untuk dipelihara di samping menyelenggara dengan penuh prihatin tempat-tempat yang sudah dikenal pasti.
AKTIVITI
Perjalanan Bahagian Sejarah lazimnya tidak dapat lari daripada aktiviti penyelidikan berkaitan persejarahan negeri sebagai teras dan aktiviti dengan aktiviti-aktiviti sokongan.
1. Penyelidikan
Aktiviti ini dijalankan sepanjang tahun dalam usaha mendapatkan maklumat-maklumat baru ataupun melengkapkan data-data yang sedia ada. Kajian yang dijalankan meliputi bidang tempat, tokoh, peristiwa dan bangunan / monumen bersejarah dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu iaitu rujukan perpustakaan, interview dan kerja lapangan ( field work ).
2. Galicari Arkeologi
Aktiviti ini adalah satu daripada cabang penyelidikan yang dijalankan oleh bahagian ini. Program ini biasanya dijalankan dengan kerjasama Jabatan Muzium Negara dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Lokasi sasaran hanyalah tempat-tempat yang telah dikenal pasti berpotensi . Antara lokasi-lokasi yang pernah dijalankan kerja-kerja galicari arkeologi ialah Gua Taat " A ", Gua Taat " B ", Gua Bewah ( di Tasik Kenyir ), Kg Padang Burok, Hulu Terengganu, Kampung Gaung, Jertih dan Kampung Seberang Limbungan di Besut.
Semua koleksi ini perlu dilengkapkan dengan dengan keterangan ( kapsyen ) dan ekoran itu kerja-kerja melengkapkan maklumat sentiasa dijalankan. Di samping itu bahagian ini juga sentiasa membuat pemantauan bagi mempastikan koleksi-koleksi semua dalam keadaan yang selamat samada di galeri ataupun setor.
3. Pengurusan Galeri Tetap dan Sementara
Sebahagian daripada koleksi Bahagian Sejarah telah dipamerkan di galeri tetap iaitu Galeri Diraja, Galeri Sejarah dan Galeri Islam manakala sebahagian lagi tersimpan di dalam setor. Untuk itu bahagian ini dengan kerjasama Bahagian Pameran sentiasa membuat pemantauan bagi mengemaskinikan lagi galeri yang ada.
Selain itu kerjasama kedua-dua bahagian ini juga terjalin dalam mengadakan pameran sementara. Antara pameran yang pernah diadakan ialah :
i. Pameran Emas di Terengganu ( Anjuran bersama dengan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu PMINT )
ii. Pameran Motosikal
iii. Pameran Senjata Etnik Malaysia
iv. Pameran dan Pertandingan Lukisan dan Fotografi
v. Pameran 50 tahun UMNO
Bagi tahun 2000 bahagian ini sedang membuat persiapan untuk mengadakan pameran " Menjelang Alaf Baru "
4. Ceramah / Taklimat
Muzium Negeri sentiasa menerima kunjungan para penyelidik luar dan dalam negeri. Selaras dengan fungsi sebagai penyebar maklumat Bahagian Sejarah sentiasa memberi kerjasama dalam membantu mereka yang inginkan maklumat persejarahan negeri. Ceramah dan taklimat juga seringkali diadakan kepada pihak-pihak yang memerlukan.
5. Pemuliharaan dan penyelenggaraan tempat-tempat bersejarah
Negeri Terengganu Darul Iman cukup kaya dengan tempat-tempat bersejarah . Justeru itu beberapa bahagian ini telah menjalankan kerja-kerja pemuliharaan dan seterusnya menyelenggara tempat-tempat berkenaan seperti Bukit Puteri, Bukit Keledang, Memorial Batu Bersurat Hulu Terengganu dan beberapa buah makam dan kubur bersejarah.
6. Baikpulih dan penyelenggaraan monumen / bangunan
Terengganu juga kaya dengan bangunan dan monumen bersejarah. Artifak ini mempunyai keunikan tersendiri baik dari segi seni ukirnya mahupun bahan binaannya. Dengan kerjasama Jabatan Muzium Negara, Jabatan Kerja Raya Negeri dan Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ). Projek baikpulih Kota Lama Duyong merupakan satu era baru dalam program baikpulih yang menelan belanja lebih satu juta. Kejayaan ini telah menjuruskan kepada perancangan baikpulih selanjutnya ke atas bangunan / monumen yang ada di seluruh negeri ini.
7. Pengurusan Koleksi
Koleksi Bahagian Sejarah telah mula dikumpul sejak sebelum penubuhan Muzium Negeri lagi. Koleksi-koleksi ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu :-
i. Koleksi Diraja
ii. Koleksi Sejarah dan Prasejarah
iii. Koleksi Manuskrip
iv. Koleksi Seramik
v. Koleksi Arkeologi
vi. Koleksi Menteri Besar
vii. Dokumentasi dan Penerbitan
Kerja-kerja dokumentasi terutama berkaitan koleksi sentiasa dijalankan bagi menambah keberkesanan serta melengkapkan hasil kajian kerja-kerja penerbitan dilakukan. Sebelum ini bahagian ini telah berjaya membukukan penulisan " Memorial Batu Bersurat Terengganu ". Untuk itu, beberapa program penulisan telah dirancang untuk dibukukan bagi mempastikan penyebaran maklumat secara lebih menyeluruh di samping membantu para penyelidik muda terutama murid-murid sekolah.
8. Pengurusan Am
Aktiviti umum ini rutin setiap awal dan penghujung tahun. Antara lain kerja-kerja ini membabitkan penyediaan :
1. Laporan Tahunan
2. Anggaran Perbelanjaan Tahunan
3. Perancangan Kerja Tahunan
4. Sasaran Kerja Tahunan
MENU UTAMA I AHLI LEMBAGA I PENGARAH I PENTADBIRAN & KEWANGAN I PAMERAN & PENDIDIKAN I PENYELIDIKAN I PEMULIHARAAN I MARITIM