BAHAGIAN
SUMBER ALAM & EKONOMI
EN. ZAKARIA BIN ABDUL HADI
( KETUA BAHAGIAN )
Penolong Kurator
1 orang Pembantu Muzium 1 orang Pembantu Muzium 2 orang
Pembantu Muzium
PENGENALAN
Negara kita Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Kawasan-kawasan hutan yang selama ini menjadi tempat tinggal hidupan liar terus diterokai oleh manusia untuk dijadikan kawasan industri dan pertanian. Lantaran itu, hidupan liar yang menjadi penghuni tetap sebuah hutan itu terancam kehidupannya. Ini menjadi satu faktor kepupusan setengah-setengah spesis hidupan liar selain daripada kegiatan pemburuan secara haram. Menyedari keadaan yang sedemikian rupa, maka Muzium Negeri Terengganu mengambil inisiatif untuk menyelamatkan spesis-spesis hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan yang terancam itu dengan menubuhkan Bahagian Sumber Alam Dan Ekonomi yang berperanan untuk mengumpul contoh flora, fauna, dan batu-batan. Sebuah Galeri Sumber Alam Dan Ekonomi diwujudkan bagi mempamerkan sebahagian daripada spesis flora, fauna, awetan dan batu-batan yang setiap masa diancam kepupusan untuk tatapan generasi masa kini dan masa depan yang berkemungkinan setengahnya sudah pupus.
OBJEKTIF
Secara umumnya Bahagian Sumber Alam Dan Ekonomi Muzium Negeri Terengganu telah diwujudkan bagi mencapai objektifnya yang tersendiri iaitu menyediakan koleksi flora, fauna, batu-batan dan galian serta yang ada hubungan dengannya untuk tujuan rujukan penyediaan pameran dalam usaha mendapatkan contoh tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang telah, sedang dan akan pupus.
PERANAN
1. Menjalankan kerja-kerja penyelidikan ke atas koleksi flora, fauna dan batuan serta sebagai tempat rujukan kepada penyelidik.
3. Mempamerkan koleksi flora, fauna dan batuan kepada masyarakat melalui pameran di Galeri Sumber Alam Dan Ekonomi.2. Menyediakan bahan koleksi yang berkaitan dengan flora, fauna dan batuan bagi tujuan pameran.
4. Sebagai daya penarik masyarakat dan para pelancong ke Muzium Negeri Terengganu.
PIAGAM
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan mesra dalam tugas-tugas berikut:-
1. Membantu mana-mana organisasi yang memerlukan kepakaran Unit Sumber Alam & Ekonomi.
2. Bersedia membantu mewujudkan dan memelihara koleksi alam semulajadi.
3. Bersedia menyediakan maklumat hasil daripada penyelidikan yang dibuat kepada umum.
4. Menyediakan koleksi alam semulajadi kepada generasi akan datang untuk menghayati kewujudan flora dan fauna di muka bumi yang diancam kepupusan.
AKTIVITI PENYELIDIKAN
Bahagian ini akan meneruskan penyelidikan tentang penggunaan tumbuhan sebagai ubat-ubatan dikalangan orang-orang Melayu di Terengganu. Penyelidikan ini meliputi beberapa orang pengamal perubatan tradisional di seluruh Terengganu.
Penyelidikan terhadap flora, fauna dan batu-batan akan berterusan.
Selain daripada penyelidikan terhadap pameran yang akan diadakan, penyelidikan terhadap koleksi yang sedia ada akan diteruskan. Ianya bertujuan menyediakan malumat tentang setiap koleksi Sumber Alam Dan Ekonomi untuk rujukan para penyelidik dan Muzium sendiri.
Menjalankan penyelidikan dan pemetaan aktiviti yang melibatkan industri berasaskan khazanah dari perut bumi seperti perlombongan dankuari di Negeri Terengganu.
PENGURUSAN KOLEKSI
Program Mengumpul Koleksi di Lapangan
Program ini merupakan nadi kepada Bahagian Sumber Alam Dan Ekonomi. Di mana kerja-kerja di lapangan perlu dijalankan yang bertujuan untuk mendapatkan koleksi bahagian ini. Hasil daripada kerja-kerja lapangan inilah membolehkan aktiviti penyediaan koleksi seterusnya dapat dilakukan. Kerja-kerja di lapangan di jalankan samada di hutan, sungai, laut, bukit atau gunung adalah semata-mata bertujuan untuk mendapatkan koleksi yang terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu :
1. Haiwan ( mamalia, reptilia, amfibia dan lain-lain lagi )
2. Burung-burung
3. Serangga
4. Tumbuhan
5. Batu-batan dan mineral
6. Ikan air tawar dan ikan laut.
Proses pengumpulan koleksi ini melibatkan beberapa cara. Diantaranya ialah dengan memburu bagi haiwan, burung dan reptilia besar. Kerja-kerja pemburuan ini dijalankan oleh kakitangan Muzium dan juga infomer yang tahu selok belok sesebuah lokasi pemburuan itu.
Kerja-kerja pemburuan ini dijalankan untuk tempoh yang tertentu. Ianya dijalankan khusus untuk kerja pemburuan. Beberapa lokasi yang berpotensi dikenal pasti untuk tujuan pemburuan ini.
Untuk setiap tahun sekurang-kurangnya 5 program ekspidisi lasak akan dijalankan bergantung kepada kewangan. Ini kerana permit memburu akan tamat pada setiap akhir tahun . Di samping itu pemburuan yang tidak formal terus juga dijalankan mengikut situasi dan masa.
Selain daripada itu jerat atau perangkap juga digunakan untuk burung dan haiwan kecil serta ikan.
Pada setiap tahun , kerja-kerja menangkap burung hidup perlu dipergiatkan lagi bagi menambah bilangannya di dalam sangkar yang terdapat di kawasan Muzium.
Bagi mengumpul tumbuhan perubatan dan buahan hutan, ianya hanya dapat dilakukan dengan cara memungut atau mencabut terus di lapangan.
Bagi serangga, ianya dapat dilakukan dengan menangkap atau menahan perangkap di lapangan.
PENGAWETAN SPESIMEN
Awetan Basah
Aktiviti ini merupakan salah satu cara bagaimana sesuatu spesimen di simpan dalam bentuk asalnya. Tujuan pengawetan ini dijalankan adalah sebagai sumber rujukan kepada penyelidikan dan kepada generasi yang akan datang. Bahan pengawet yang digunakan ialah alkoho atau formalin. Diantara spesimen yang dibuat awetan basah termasuklah ikan dan hidupan laut, reptilia seperti ular, organ dalaman haiwan serta buahan dan isi sesuatu tanaman.
Penyelidikan Kulit Sainstifik
Proses ini dilakukan adalah untuk menyimpan kulit burung dan mamalia kecil supaya ianya akan tahan lebih lama. Ianya boleh digunakan sebagai kulit rujukan kepada penyelidik dalaman dan luaran. Sebahagian besar kulit ini disimpan di dalam almari. Kerja-kerja penyediaan kulit sainstifik ini dilakukan berterusan dan penekanan diberikan kepada spesis yang diancam kepupusan.
Membentuk Semula Spesimen
Proses ini dilakukan adalah bertujuan untuk menyediakan spesimen bagi tujuan pameran dan rujukan. Haiwan yang biasa dilakukan proses ini ialah burung, mamalia besar dan kecil, serangga serta lain-lain spesimen. Proses ini memakan masa yang agak lama untuk disiapkan terutamanya haiwan besar. Setakat ini kebanyakan spesis yang telah dibentuk semula adalah digunakan untuk pameran di galeri Sumber Alam Dan Ekonomi. Kerja-kerja ini dijalankan berterusan kerana inilah caranya yang terbaik bagi kita untuk mempamerkan haiwan yang semakin pupus kepada masyarakat hari ini dan akan datang.
Penyediaan Rangka
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menyediakan sebanyak mungkin rangka haiwan yang siap dibentuk semula untuk tujuan rujukan dan pameran. Aktiviti ini merangkumi spesis ikan air tawar dan laut, haiwan kecil dan besar serta burung. Aktiviti ini dirasakan penting kerana peranan muzium sebagai agen pendidikan yang tidak formal boleh memberi maklumat kepada pelajar tentang rangka haiwan yang mana tidak terdapat di agensi lain selain daripada muzium. Aktiviti ini pada amnya adalah berorientasikan kepada pendidikan dan penyelidikan.
Penyediaan Replika Koleksi
Aktiviti ini mempunyai tujuan yang sama seperti pengawetan kering dan basah. Tetapi ianya mempunyai kelainan kerana untuk tujuan pameran ianya amat baik disebabkan warna spesimen yang tidak luntur kalau dibandingkan dengan pengawetan basah. Spesimen yang biasa dibuat replika ialah ikan, hidupan air, buahan, ular dan lain-lain lagi.
PENYELENGGARAAN KOLEKSI
Penyelenggaraan Sarang Burung
Muzium Negeri Terengganu sekarang ini telah membina sebuah sangkar burung. Kini sejumlah burung telah di pelihara didalamnya yang terdiri daripada beberapa spesis burung. Penyelenggaraannya perlu dilakukan setiap hari. Ini termasuklah kebersihan, makanan burung, kesihatan burung,keadaan sangkar burung tersebut dan lain-lain lagi yang bersangkutan dengannya.
Penyelenggaraan Dalam Setor Dan Galeri
Memandangkan muzium mempunyai sejumlah koleksi yang disimpan dalam setor dan galeri, maka satu penyelenggaraan perlu dijalankan setiap hari. Ini termasuklah memastikan koleksi tidak ditumbuhi oleh kulat ( fungus ), kandungan bahan pengawet di dalamnya pada level yang ditetapkan, mengawasi tiada serangga yang menyerang koleksi dan lain-lain yang perlu.
Koleksi yang tersimpan dalam setor dan di dalam galeri perlu dibuat semakan serta direkodkan perjalanannya. Ini adalah bertujuan sepaya semua koleksi ini dapat dikesan kedudukannya. Pendaftaran koleksi yang baru diperolehi perlu dilakukan di dalam sebuah buku pendaftaran dan komputer. Setiap pergerakan koleksi adalah dicatat dan direkodkan setiap masa.
Selenggaraan Pokok-pokok Taman
Sebagaimana yang diketahui muzium mempunyai sebuah taman yang telah ditanam dengan pelbagai pokok samada pokok bunga, buahan, ubatan dan lain-lain lagi. Bagi pokok-pokok selain daripada pokok bunga, seliannya adalah patut dibuat. Ini adalah kerana keadaan pokok-pokok tersebut perlu di jaga kedudukannya, menamakan spesis pokok tersebut, penanaman pokok baru dan sebagainya.
DOKUMENTASI DAN PENERBITAN
Bahagian ini akan meneruskan kerja-kerja pendokumentasian mengenai Penggunaan Tumbuhan Sebagai Ubat Tradisional dikalangan Orang Melayu Terengganu. Kerja-kerja ini melibatkan pengambilan gambar foto ke atas tumbuhan dan kajian mengenainya serta akan diterbitkan dalam bentuk buku atau penulisan.
Penyediaan Slaid Dan Foto Koleksi
Untuk memudahkan lagi inventori koleksi di jalankan, kesemua koleksi perlu di ambil gambarnya. Ini bertujuan supaya koleksi senang di kenalpasti dan di rujuk. Kesemua ini akan disimpan dalam fail bersama dengan borang maklumat koleksi.
PENGURUSAN AM
1. Anggaran perbelanjaan setiap tahun .
2. Laporan tahunan setiap tahun.
3. Penyeliaan P.A.sistem, Dewan Teater dan AV Van
4. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa
MENU UTAMA I AHLI LEMBAGA I PENGARAH I PENTADBIRAN & KEWANGAN I PAMERAN & PENDIDIKAN I PENYELIDIKAN I PEMULIHARAAN I MARITIM