Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Last Update: 03. 01. 2001 /  19 Syawal 1422
PENGAJIAN KITAB HIKAM
Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari 
Syarah oleh Sheikh Abdul Malek bin  Abdullah (Tok Pulau Manis)
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. [Al-Baqarah: 269]
Bicara dalam laman ini hanyalah sekadar catatan hasil Pengajian Menadah Kitab Tua di sebuah pondok tradisional.  Ianya tidak lebih hanya sekadar panduan dan sebagai perkongsian maklumat kepada keunikan kitab-kitab tua atau kitab kuning warisan Aulia Allah.  Adalah tidak wajar dijadikan catatan ini sebagai sumber amalan  tanpa mengambil talkin dari seorang guru yang ahli.  Penjelasan yang lebih detail dan mendalam hanyalah dengan berguru dengan yang ahli.  Perlu berguru dan carilah guru.
PENGAJIAN SEPANJANG TAHUN 2001
Maksiat Yang Mempusakai Sifat Ubudiyah. Maksiat yang mempusakai ia akan kehinaan dan Iftiqor,  maka keluar hamba itu daripada dirinya dan kembalilah ia kepada Tuhan-Nya terlebih baik daripada taat yang mempusakai ia akan kemuliaan dan kebesaran. 24.11.2001
Memahami Kepada Segala Hakikat Terkadang Allah membuka untukmu pintu taat,  tetapi belum dibukakan bagimu pintu qabul,  sebagaimana ada kalanya ditakdirkan engkau berbuat dosa tetapi menjadi sebab Wasil ilaLlah. 09.10.2001
Suci Faham dan Luas Ilmu Maka iaitu dalam demikian itu(anugerah dan tegah) berkenalkan Diri-Nya kepadamu dan menghadapkan dengan keadaan Sayang-Nya atas mu. 20.09.2001
Di sebalik Anugerah dan Tegah Apabila Allah memberi Kurnia kepadamu,  maka Ia akan menunjukkan kepadamu Kurnia belas kasih-Nya,  dan apabila menegah pemberian-Nya,  maka Ia akan menunjukkan Kekuasaan-Nya. 24.08.2001
Martabat Ibadat Ahli Musyahadah Tiada sekali-kali melihat ia berdiri dengan sezarrah daripada barang diberat padanya.
Dan adalah tiap sezarrah daripada ibadatnya itu jadilah ibadat seribu tahun daripada ibadat mereka itu;  dan iaitulah yang berdiri pada setengah haq segala SifatNya Allah Taala.
10.08.2001
Qasad Amalan Yang Sidiq Bahawasanya tiada beza antara orang yang menyembah berhala dan orang yang menyembah Allah kerana ghorab(tujuan) yang fasid.  Maka bahawasanya berhala yang maknawi itu seperti hissi jua 13.07.2001
Maksud Menyembah Allah .................  kerana bahawasanya Haq Tuhan atas segala hambaNya itu bahawa menyembah mereka itu akan Dia kerana segala SifatNya yang Jamiilah. 04.07.2001
Hamba Yang Diredhoi  Maka memadailah daripada balasan Allah akan dikau atas kebaktian itu bahawa Redho Ia akan dikau bagi taat itu halnya. 24.06.2001
Balasan yang disegerakan  Bermula balas segala orang yang mu'amalah itu tiada tertentu dalam negeri akhirat,  tetapi[bahkan] terkadang diZhohirkan Haq Taala daripadanya bagi setengah kekasihNya dalam negeri dunia 10.06.2001
Ihsan Allah Bermula pemberian daripada makhluk itu dinding;  dan tegah daripada Allah itu kebajikan. 21.05.2001
Keramat Yang Hakiki Bermula lipat yang hakiki itu bahawa dilipatkan pengantaraan(medan) dunia daripadamu hingga engkau lihat akan akhirat itu hampir kepadamu daripada dirimu. 07.05.2001
Kemuliaan Yang Kekal Jika engkau berkehendak bahawa ada bagimu kemuliaan yang tiada fana',  maka janganlah engkau muliakan dengan kemuliaan yang fana' 01.05.2001
Dunia Dari Pihak Zhohir dan Batinnya Bermula segala Kun itu zhohirnya [mem]perdayakan;  tiada hakikat baginya daripada sekira-kira zhohirnya;  dan batinnya ibarat kerana iaitu tempat memandang segala Haqaiq al-Haqaiq daripada Ghina dan Baqa' bagi TuhanNya;   dan Faqir dan Fana' bagi hamba.  21.04.2001
Hakikat Tegah dan Kurnia Terkadang dianugerahi Allah akan dikau,  maka ditegahkan akan dikau;  dan terkadang ditegahkan dikau,  maka dianugerahiNya akan dikau. Manakala dibukakan Allah bagimu pintu faham dalam tertegah yang tersebut itu,  nescaya kembali tegah itu iaitu anugerah yang amat besar. 05.04.2001
Adab Dukacita & Sukacita Dalam Ubudiyah Maka apabila datang atasmu dukacita daripada salah suatu daripada segala sebab ini,  maka Ubudiyah itu menghendaki engkau rujuk kepada ilmu yang diistimalkan baginya seperti yang disuruh engkau 30.03.2001
Hama Nafsu Di Sebalik Sukacita Bermula segala orang yang Arif itu apabila disukakan mereka itu terlebih takut daripada mereka itu apabila didukakan mereka itu,  dan tiada berdiri atas segala had adab pada masa sukacita melainkan sedikit. 05.03.2001
Hal Duka dan Suka  Maka ketakutan akan dikau supaya tiada dikekalkanNya akan dikau serta Sukacita(baseth),  maka jadilah engkau derhaka;  dan Sukakan akan dikau supaya tiada ditinggalkanNya akan dikau serta Dukacita(Qabeth),  maka jadilah engkau dalam picik. 25.02.2001
Sidiq Dalam Ubudiyah Yang dituntut segala orang yang Arif daripada Allah itu Shidiq dalam Ubudiyah dan berdiri(melaksanakan) pada segala Haq Rububiyah 20.02.2001
Roja' Yang Dusta. Dan adapun Roja' yang dusta itu iaitu yang lari daripada amal dan didapatinya atas maksiat dan segala dosa.  Maka tiadalah yang demikian itu Roja' kepada[di sisi] segala Ulama,  tetapi angan-angan dan terpedaya ia pada Allah Taala. 17.02.2001
Roja' atau Harap. Harap itu barang yang beserta akan dia amal;  dan jikalau tiada demikian,  maka iaitu angan-angan namanya.  Maka angan-angan itu hukumnya mati. 10.02.2001
Ke Medan Syuhud Maka jikalu engkau berkehendak bahawa keluar engkau daripada penjara wujudmu kepada luas syuhudmu,  maka fanakan olehmu daripada wujudmu dan haulmu dan kuatmu. 30.01.2001
Berkenaan Isyarat ....... tetapi Arif itu iaitu yang fana dalam wujudNya yang terlipat dalam syuhudnya yang ghaib daripada isyarat dan Musyir dan Musyaribih . 27.01.2001
Arif Yang Hakiki Tiada arif yang hakiki itu mereka yang apabila berisyarat ia kepada suatu makna daripada hakikat pada sama atau sifat maka diperolehnya Haq terlebih hampir kepadanya.... 19.01.2001
PENGAJIAN SEPANJANG TAHUN 2000
Buah Amal dan Buah Makrifat  Maka adalah buah amal itu Ilmu Al-Hidayah; dan buah makrifat itu Mahabbah; dan hakikatnya(Mahabbah) itu Fana daripada melihat dia daripada memandang 'Azomah Al-Mahbub; 12.01.2001
Tanda & Alamat Diterima Amalan  Barangsiapa diperolehnya akan buah amalnya pada sekarang,  maka demikian itu menunjukkan atas diperoleh Qabul dengan Anugerah Allah Taala 05.01.2001
Kesempurnaan Pembalasan Allah Hanya sungguhnya dijadikan Allah Taala negeri akhirat akan tempat bagi membalas segala hambaNya yang mu'min kerana bahawasanya; negeri dunia ini tiada lulus yang dikehendakiNya Mengurniai akan mereka itu.......... 02.01.2001
Kejahilan Ahli Ilmu Bermula memberi jawab daripada tiap-tiap tanya dan mengibaratkan bagi tiap-tiap yang dipandang dan menyebutkan bagi tiap-tiap yang diketahui,  itu alamat atas wujud jahil orang yang bersifat  dengan dia seperti yang telah dikata Muallif. 23.12.2000
Waridat Ruhaniyyah dan Nafhatul Ilahiyyah Sedikit tiada ada Waridat Ilahiyyah itu melainkan dengan terkejut,  kerana memeliharakan baginya daripada mendakwa akan dia segala hamba dengan sebab diperoleh sanggarahanya 17.12.2000
Kadar Untuk Seorang Hamba bagi Allah itu hamba tiada dipatutkan mereka itu bagi MakfiratNya.  Maka disyughulkan mereka itu dengan khidmatnya;  dan baginya hamba tiada dipatutkan mereka itu bagi khidmatNya,  maka diahlikan mereka itu bagi MakrifatNya. 12.12.2000
Pembahagian Wilayah Bermula segala hamba itu atas dua bahagi. Satu kaum yang didirikan Haq Taala akan mereka itu berbuat khidmat akan Dia;  dan 
kedua kaum yang dituntut Haq Taala akan mereka itu mengasih Dia(Makrifat)
08.12.2000
Antara Wirid dan Warid ....maka jangan engkau remehkan pemberian Allah kerana belum terlihat padanya tanda-tanda orang Arif atau Keindahan cinta pada Allah,  sebab sekiranya tidak ada WARID(Kurnia Allah),  nescaya tiada WIRID dari hamba tersebut. 02.12.2000
Ketinggian Adab Sufi 2 Dan daripada sebesar-besar jahat adab murid itu bahawa cenderung ia kepada kepada orang ahli dunia dan hampir ia kepadanya dan bersahabat ia dengannya. 25.11.2000
Ketinggian Adab Sufi 1 Meninggalkan syahwat daripada segala syahwat nafsu itu terlebih memberi manfaat bagi hati daripada puasa setahun dan mendirikan ibadat di dalamnya. 10.11.2000
Makri Tuhan Terkadang Allah Taala memutuskan pertolongan(kurnia) dariNya ke atas seeorang hamba dengan jalan yang hamba itu tidak sedar/rasa,  meskipun putusan pertolongan itu sekadar  berupa tidak bertambahnya sesuatu kurnia terhadapnya. dan 03.11.2000
Jalan Membaiki Adab  Bermula nafsu itu diperangikannya atas jahat adab;  dan hamba itu disuruh dengan melazimkan adab.  Maka nafsu itu melakukan dengan tabiatnya dalam medan taat;  dan hamba itu menolakkan dia dengan Mujahadah daripada jahat yang dituntut[oleh nafsu]. 09.10.2000
Adab Tasauf dan Hal-Ahwalnya Kata Abu Hafshin r.a.; Bermula Tasauf itu sekelian adab;
dan bagi tiap-tiap waktu adab; dan bagi tiap-tiap hal adab;
dan bagi tiap-tiap Maqam adab.
02.10.2000
Antara Taufiq dan Jizlan Setengah daripada jahil murid akan dirinya dan akan Haq TuhanNya,  bahawa dijahatkan akan adab.  Maka diakhirkan balasan daripadanya.  Maka berkata ia(murid);  Jikalau ada kerjaku ini jahat adab,  nescaya diputuskan Allah akan tolongNya dan diwajibkan jauhNya. 16.09.2000
Istidraj Yang Sering Dilupakan Takut olehmu daripada sentiasa ihsannya Allah kepadamu dan daripada sentiasa kejahatanmu sertaNya.  Bahawa yang demikian itu mengeluarkan bagimu seperti firman Allah Taala;  "Lagi akan Kami lorongkan mereka itu daripada sekira-kira tiada mengetahui mereka itu pada yang demikian itu" 29.08.2000
Bahagian Syukur Bahawasanya syukur itu atas tiga bahagi iaitu; Syukur pada hati dan; Syukur pada lisan dan; Syukur pada segala anggota. 15.06.2000
Ni'mat Dan Syukur Barangsiapa yang tidak berhadap ia kepada Allah dengan Lathif Ihsan,  nescaya akan diseret kepadaNya dengan segala rantai ujian. 09.06.2000
Martabat Merdeka. Dan sanya telah menghantarkan(meletakkan) Allah Subhanahuwa Taala lima perkara dalam lima tempat iaitu;Kaya dalam Qana'ah dan
Mulia dalam Taat dan Hina dalam Maksiat dan Hikmah dalam Batin yang telah sunyi dan Haibat dalam mendirikan malam.
01.06.2000
Yang Dikatakan Merdeka Hanya sesungguhnya engkau merdeka daripada yang engkau putus daripadanya;  kerana tiada padanya takluk[hati];  dan engkau hamba yang engkau Tamak baginya. 22.05.2000
Hakikat Tamak Barangsiapa mengetahui akan dirinya kasih akan sesuatu daripada dunia,  maka sanya membunuh ia akan dia dengan pedang Tamak;  dan barangsiapa Tamak dalam sesuatu,  maka hinalah baginya;  dan dengan hinanya itu [maka] binasa[lah] ia. 15.05.2000
Hakikat Wara' dan Halal  Bermula Wara' itu atas dua perkara.  Pertama Wara' pada zhohir bahawa tiada berharkat ia melainkan bagi Allah dan kedua Wara' dalam batin bahawa tiada masuk di dalam hati melainkan Allah Taala 09.05.2000
Cabang-Cabang Kehinaan Tidak akan berkembang biak cabang kehinaan itu,  melainkan di atas bibit tamak. 17.04.2000
Ahli Maqam Musyahadah 2
Bahagian Kedua
Adapun segala orang yang sampai kepadaNya(Allah) itu,  maka dari kerana bahawasanya Allah Taala yang menghaibkan Ia(Allah) akan mereka itu daripada segala "halnya" dengan sebab memandang Dia(Allah) dalam Hadirat hampirNya.  09.04.2000
Ahli Maqam Musyahadah 1
Bahagian Pertama
Telah memutuskan oleh Allah Taala akan segala orang yang berjalan baginya dan segala orang yang sampai kepadanya daripada melihat segala ahwal mereka  01.04.2000
Sambutan Ke Atas Limpah Kurnia Ilahi  2 supaya mereka suka dan bergembira dengan anugerah Allah  bukannya suka dengan menilik-nilik pada amal yang banyak yang dikerjakannya.  Inilah pegangan dan pandangan serta penghayatan dari mereka yang tergolong dalam Ahli Sunnah Wal Jama'ah 31.03.2000
Sambutan Ke Atas Limpah Kurnia Ilahi (Bahagian Per1ama) Jangan merasa gembira atas perbuatan taat(bakti) kerana engkau merasa telah dapat melaksanakannya,  tetapi sukakanlah(bergembiralah) atas perbuatan taat itu,  kerana ia zhohir daripada Allah kepadamu. 25.03.2000
Nur Yang Membukakan Hakikat Bermula Nur itu baginya membukakan daripada Hakikat segala perkara dan mata hati itu baginya Hukum akan yang telah nyata baginya  daripada yang baik atau yang jahat. 05.03.2000
Perang Antara Nur dan Zulumah  Dan ketahui olehmu bahawasanya Dairatul Malakah Al-Insaniayah itu berhimpun bagi segala bahagi lawannya daripada Nur dan Zulumah dan Kufur.  Maka lawan Akal itu Nafsu;  dan daripada tentera Akal itu Malaikat dan daripada tentera Nafsu itu Syaitan dan tiap-tiap satu firqah itu seteru bagi yang satu dengan berserta Wa Thobi'at. 26.02.2000
Tentera Hati atau Qalbun Bermula Nur itu tentera Qalbun seperti bahawa Zulumah itu tentera Nafsu.  Maka apabila dikehendaki Allah menolong akan hambaNya,  nescaya ditolong akan dia dengan segala tentera Nur dan diputuskan daripadanya tolong Zulumah dan Agyar. 19.02.2000
Kenderaan Hati dan Asror Bermula segala Nur itu kenderaan segala hati kepada Hadirat Tuhan Yang Mengetahui segala yang ghaib dan kenderaan segala rahsia kepada Hadirat Tuhan Yang Amat Kuasa dengan kenyataan Ilmu Laduni. 06.02.2000
Warid Makrifat Rabbaniyyah  (2)
Pembebasan Dari Penjara Wujudmu!!!
Telah mendatangkan oleh Haq Taala atasmu Warid supaya dikeluarkannya akan dikau daripada penjara wujudmu kepada padang syuhudmu. 30.01.2000
Warid Makrifat Rabbaniyyah  (1) Telah mendatangkan kepadamu Warid itu semata-mata untuk menyelamatkan engkau daripada cengkaman Agyar dan membebaskan daripada diperbudakkan oleh 'Asar(makhluk) 24.01.2000
PENGAJIAN SEPANJANG RAMADHAN 1420 HIJRAH/1999
Hakikat Nikmat dan Siksa/Bala Nikmat itu meskipun beraneka bentuk rupanya hanya disebabkan oleh kerana Syuhud dan dekat kepada Allah.  Demikian pula siksa, walau bagaimanapun aneka macamnya hanya kerana terhijabnya dari Musyahdah akan Allah Taala. 05.01.2000
Tanda dan Bukti Belum 
Wasil ilaLlah
Keinginanmu untuk tetapnya sesuatu selain Allah itu sebagai bukti bahawa kau belum bertemu pada Allah dan Risaumu kerana kehilangan sesuatu selain Allah itu sebagai bukti tidak adanya hubunganmu dengan Allah. 29.12.1999
Kecederaan Dalam Ikhlas
Al-Tauhid.
"Jangan minta tetapnya itu Warid setelah kau merasakan(mendapatkan) buah terangnya Nurnya dan tertangkap semua rahsia-rahsianya;   maka cukup bagimu mengabdi kepada Allah sehingga tidak membutuhkan sesuatu yang lainnya,  22.12.1999
Buah dan Faedah Warid Jangan terlalu gembira terhadap Warid yang belum engkau ketahui buahnya,  sebab bukan yang diharapkan dari awan itu sekadar hujan,  tetapi tujuan utamanya adanya buah dari pohon-pohonan". 15.12.1999
PENGAJIAN SEPANJANG 1998 DAN1999
Alamat Diterima Amal Tiada suatu amal yang dapat diharapkan diterima oleh Allah melebihi dari amal yang ghaib olehmu memandang akan wujudnya(amal) dan haqir(lekehnya) dalam pandanganmu akan wujudnya(amal). 04.12.1999
Sifat Adil &  Fadhal Allah Tiada kecil apabila membetul akan dikau AdilNya dan tiada besar apabila berhadap akan dikau FadhalNya. 30.11.1999
Nilai Besar Kecil Dosa Jangan sampai terasa bagimu besarnya sesautu dosa itu hingga menegahkan ia akan dikau daripada berbaik sangka dengan Allah. Maka barangsiapa Makrifat akan TuhanNya,  nescaya kecil dosanya itu di samping keluasan KaramNya (kemurahan) Allah 23.11.1999
Tanda Mati Hati Sebahagian  daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa. 13.11.1999
Tuntutan berzikir Setengah daripada Khoshoih Zikir itu ialah dengan tiada berwaktu dengan suatu waktu.  Maka tiada jua daripada suatu waktu melainkan hamba itu dituntut padaNya. Ada kalanya Wajib dan ada kalanya Sunat;  bersalahan dengan lainnya daripada segala Taat. 06.11.1999
Maqam / Martabat  Zikir Lanjutan daripada bicara berkaitan dengan Tingkatan Zikir yang mengupas tentang  Maqam Zikir dan hal-ahwal  orang -orang  yang berzikir mengikut MartabatNya di sisi Allah. 30.10.1999
Tingkatan Zikir Zikir dengan lalai itu terlebih baik daripada mereka yang langsung tidak ada zikir.   Dengan kesungguhan berzikir itu,  mudah-mudahan Allah akan mengangkatkan ke martabar Zikir  Qalbi,  Zikri Sir dan Zikir ke dalam MazkurNya. 26.10.1999
Warid Ilahiyyah Tak dapat tidak bagi tiap-tiap makam itu daripada ilmu dan hal dan amal.  Maka ilmu itu jadi hal dan hal itu jadi amal. 16.10.1999
Hakikat Zahid Sambungan kalam hikmah yang menyentuh tentang hakikat zahid dan martabat di sisi Ahli Syarak,  Alhi Thoriq dan Ahli Tahqiq. 02.10.1999
Kemurnian Ilmu Tasauf Sekadar mempertahankan kesucian dan kemurnian Ilmu warisan Ambiya yang diwarisi oleh golongan Aulia Allah. 25.09.1999
Kelebihan Zahid Pengajian Semula buat kali kedua Kalam Hikmah yang membicarakan mengenai amalan yang paling mulia selepas daripada Tauhid iaitu Zahid di mana amalan yang sedikit oleh orang zahid tapi nilai dan ganjarannya besar di sisi Allah. 18.09.1999
Sahabat Yang Merosakkan Bala dan Penyakit bersahabat dengan orang yang kurang amalannya daripada kita. 11.09.1999
Sahabat Yang Sebenar Panduan dalam mencari dan memilih seorang sahabat mengikut ahli sufiah.  Kenali sahabat sebenar mengikut agama 04.09.1999
Hijrah Kepada Yang Haq 2 Kesempurnaan hal-ahwal  orang -orang yang  beramal dan berjalan dalam menuju  kepada Yang Haq. 21.08.1999
Hijrah Kepada Yang Haq I Maqam orang -orang yang  beramal dan berjalan dalam menuju  dan mencapai maksud dan tujuan mereka. 14.08.1999
Hemah  Kepada Yang Haq Membaiki Hemah Kepada Yang Haq Supaya Perjalanan Salik Tidak Dari Makhluk kepada Makhluk. 07.08.1999
Akibat Buta Mata Hati Akibat buta mata hati yang membawa seseorang itu jauh dari jalan yang Haq dengan memilih jalan yang batil.  31.07.1999
'Ajib Dari Segala 'Ajib Bagaimana manusia yang bijak dan berakal bertindak dalam membuat sesuatu pilihan.  23.07.1999
Husnul Dzan 2 Rahsia dan hikmah di sebalik membaiki sangka kepada  Allah Taala 17.07.1999
Husnul Dzan 1 Kelebihan bersangka baik dengan Allah dengan menilik kepada Sifat Jamal dan JalalNya. 11.07.1999
Adab Meminta Mengetahui adab dan tempat meminta sesuatu hajat oleh mereka yang berhemah tinggi dan di kalangan ahli sufiah.  04.07.1999
Hemah Yang Berakal Hemah Golongan Manusia yang berakal dalam  menghadapkan kejahatannya. 19.06.1999
Haqqul Yakin Perbezaan dan kelebihan antara  Maqam Ilmu Yakin, Ainul Yakin dan Haqqul Yakin 11.06.1999
Cahaya Mata Hati  Nurul Aqliyah, Nurul Ilmu dan Nurul Haq 11.06.1999
Makna'Alim Yg Sebenar Makna 'Alim dan  Jahil mengikut pandangan Ahli Sufiah. 20.05.1999
Punca Semua Maksiat Asal segala dosa dan maksiat berpunca daripada redho 
dengan kehendak nafsu syahwat
13.05.1999
Seruan Allah(2) Ke Hadiratul Qudsi tempat bercakap-cakap, berbisik, mengadap
dan memandang Allah Taala.
12.05.1999
Seruan Allah(1) Seruan Allah Ke HadiratNya bagi hamba yang Tahqiq dengan Ubudiyahnya 24.04.1999
Mahjub Diri Mengapa hati atau pandangan boleh terhijab Allah yang menguasai tiap-tiap sesuatu 17.04.1999
Antara Ghaib & Aib Bersihkan keaiban dan kejahatan hati dan amal untuk Mendapatkan Yang Ghaib.  10.04.1999
Wujud Yang Hakiki 10 Keajaiban kepada mereka yang tidak melihat wujud Allah 03.04.1999
Nur Tawajuh & Muwajahah  Perbezaan kurnia Nur Tawajuh untuk orang-orang Salik dan 
Washil
26.03.1999
Rezeki Makrifat Perbelanjaan orang yang Washil dan orang Salik 21.03.1999
Zahid Amalan sedikit tapi nilai dan ganjarannya besar di sisi Allah 26.02.1999
Perihal Baik Zhohir Baik Zhohir itu kerana baik batinnya[hati,ilmu dan maqam] 26.02.1999
Sahabat Sejati  Apa yang dimaksudkan dengan sahabat yang sejati 26.02.1999
Makrifat, Fana, Mahabbah Mengesahkan dan menyempurnakan Haq Kehambaan dan 
Ketuhanan.
08.02.1999
Makrifatullah Definisi , perihal dan Asal Usul Ilmu Makrifat  08.02.1999
Hukum Waktu Kewajiban Menjaga Hak Hukum Waktu {Taat/Nikmat/Bala/Dosa} 1998
Muraqabah Muraqabah yang tertinggi dengan di sebalik setiap nafas kita 1998
Syirik Khofi Kehendak baik yang mengandungi Syirik yang tersembunyi 1998
Adab Beramal Tanda-tanda Hamba Yang Bergantung Pada Amalannya 1998
Semoga Allah memberi anda Petunjuk dan HidayahNya.
TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN BANTUAN ALLAH DAN KURNIA RAHMATNYA